Adara masuk ke dalam butik untuk bekerja semula selepas sebulan dia memilih untuk menyendiri.
"Adara!!" Mereka meluru ke arah Adara dengan masing-masing buat muka sedih.
Habis badan Adara mereka periksa.
"Apa korang ni?" Adara tergelak dengan perangai sorang-sorang.
"kau dah sihat ke? terkejut aku bila kau minta cuti sebulan, kau excident ke?" Melur bertanya.
Adara memandang Nedina , Nedina hanya mengangguk dan senyum.
Adara senyum, syukurlah Nedina menjaga aibnya.
"Aku ada masalah sikit, yang penting aku dah sihat dan ada depan mata korang" balas Adara.
Mereka mengangguk.
"okeyh! kalau macam tu lunch nanti aku belanja semua orang, okay girls?" ceria suara Melur.
Mereka bersorak gembira.
...
Adara berdiri diluar kedai yang dituju Melur untuk belanja makan tengahhari.
Cafe Falah.
Adara mengeluh berat.
Dia tak sangka bossnya mahu membawa mereka makan tengahhari disini.
Melur menoleh memandang Adara yang masih berdiri tidak mengikut mereka masuk.
"Dara! meh la, tunggu apa lagi?" Melur menarik tangan Adara masuk kedalam cafe itu.
Adara tetap masuk ke dalam cafe itu.
Adara melihat Hud turut ada di dalam cafe itu dan terkejut melihat kedatangan Adara.
Adara berpura-pura tidak melihatnya dan duduk di kerusi bersama kawan-kawan sekerja.
"Dara, pergilah godek godek bakal suami kau , mana tau dapat diskaun lebih?" Melur senyum nakal.
Mereka ketawa.
Hud menghampiri meja kami dengan senyuman manis.
"Tak sangka saya dapat rombongan cik Melur harini?" Hud bersandar di belakang kerusi yang diduduki oleh Adara.
Adara menjadi tidak selesa dengan keadaan Hud yang tiba-tiba berdiri dekat dibelakangnya.
Terasa trauma nya bagai menusuk kembali.
Melur gelak bersama yang lain.
"Yelah, bakal isteri you ni baru lega sakit, so memang patut I bawa dia and other staff keluar makan, sekali-sekala" balas Melur melirik ke arah Adara yang hanya diam.
Adara langsung tidak senyum.
Hud menundukkan kepalanya melihat Adara, dia senyum nipis.
"It's okay, you guys boleh oder anything you guys nak, saya belanja" Hud memegang dadanya dan senyum hormat.
Mereka semua mengusik dan gembira.
Adara menepis tangan Hud tangan Hud yang berada di kerusinya depan semua orang dengan muka dingin.
"sorry, aku tak ada selera" Adara terus berdiri dan berlalu keluar segera.
Mereka tercengang.
Hud mengeluh dan kembali tersenyum kepada mereka.
"Oder la eh, saya nak tengok dia kejap" Hud membuka apron dan mengejar Adara dari belakang.
Mereka saling berpandangan dan agak keliru.
Nedina menjadi risau.
...
Adara menyentuh dadanya yang berdegup kencang.
Dia bersandar di dinding dan mencari nafas.
"Luna?"
Adara yang sedang menenangkan diri menoleh.
Hud menghampiri.
Adara merengus dan mula melangkah pergi, bencinya tengok muka dia!
"Luna wait!" Hud meraih pantas tangan Adara agar berhenti.
Adara menepis kasar.
"kau faham tak apa aku cakap sebelum ni? AKU, BENCI, KAU!" Herdik Adara menunjal dada lelaki itu.
"I know, but listen to me first, Aku cuba tolong kau Luna, percayakan aku...aku sayang kau"
Adara menjeling, sudahlah dia tak percayakan sesiapa lagi.
Adara merasa pening namun dia tahan rasa itu.
Hud menghampiri Adara lagi, Adara berundur.
"Jangan dekat! kalau tak aku jerit!" Adara melihat sekeliling.
Menyesal pula dia masuk ke lorong belakang kedai, sudah la sunyi.
Adara hampir tumbang, namun Hud bertindak pantas menangkap tubuh Adara dari jatuh.
Adara berdesis sakit memegang kepalanya , pandanganya kian kabur.
"Luna! kau okey tak ni?" Hud menepuk perlahan pipi gadis itu.
Adara dengan keadaan lemah itu cuba menolak Hud dari memegangnya.
"per...pergi!"
Adara terus menutup mata dan pengsan dalam dakapan Hud.
"Luna! Luna!" Hud mencempung kemas tubuh Adara ke dalam pegangannya.
Keretanya dituju.
Hud gegabah membaringkan tubuh Adara ke tempat duduk belakang.
Dia berlari anak masuk ke dalam cafe, wajah risaunya menarik perhatian Nedina.
"kau kenapa? mana Dara?"
Hud kelam kabut mengambil barangnya dan menoleh memandang Nedina.
"dia pengsan, aku kena bawa dia ke hospital dulu, Jo, jaga kaunter , aku keluar kejap, makanan diorang masukkan dalam bil aku" kelam kabut suara Hud sambil menapak keluar dari kedai.
Keadaan Adara kini lebih penting dari segalanya!
Nedina terus menghubungi babah.
...
Hud terduduk mendengar berita itu.
kertas itu dia pegang kemas.
Wajah Adara yang pucat sedang tertidur itu dia tatap penuh perasaan.
Hud memegang tangan Adara dan mengusap perlahan.
"Aku gagal lindungi kau Luna, apa gunanya aku cintakan kau tapi aku gagal lindungi kau...aku minta maaf, aku akan jaga kau dengan anak kau" Hud berkata perlahan.
"Anak?" Suara serak Adara membuat Hud tersentak.
Adara menarik tangannya dan bangun dari baring.
"Apa maksud kau dengan anak!" Jerkah Adara.
"Luna, sabar" Hud cuba menenangkan Adara.
Adara menyentuh perutnya yang masih menipis.
"Aku mengandung ke? bagitau aku Hud!" Adara memegang kasar baju Hud.
Hud menyentuh tangan Adara.
"Yes, your pregnant, 2 months" balas Hud lembut.
Adara menepis tangan Hud dan mula terdiam.
"Luna, aku boleh jaga anak tu dengan kau, aku sanggup jadi ayah dia..." Hud cuba lagi.
Adara mula menitiskan air mata yang dia tahan dari tadi.
"Kau yang rogol aku! kau cuba berdalih lagi?! kau jahat! kau jahat! aku benci kau! keluar!" Jerit Adara buat babah berlari masuk ke dalam wad.
"Percayalah Luna, bukan aku, demi Allah!"
Adara menampar wajah Hud.
"Kau jangan berani nak guna nama Allah untuk tutup salah kau la jantan tak guna! keluar! aku benci tengok muka kau!" Babah memegang erat Adara yang mula bersikap aggresive itu.
"Hud...keluarlah dulu, biar Dara bertenang dulu" ujar Babah.
Hud mengangguk dan mengeluh lemah.
Adara masih meraung.
Hud menutup pintu wad itu, dia tersandar ditepi dinding.
Hud tidak kuat lagi , dia kena cari dalang itu secepat mungkin!
"Siapa pun kau, aku akan pastikan kau mati dalam tangan aku!"
Tq reader's saya❤️
Share this novel