CUA - 1

Romance Completed 81171

Senyuman lebar langsung tidak lekang meniti bibir Luna Adara.

      Diri ini sedang menunggu sang jejaka kekasih hati menjemput didepan rumah.

     Batu random yang ada dekat tanah dikuis perlahan guna hujung kasut sport yang di pakainya.

     "Oi , senyum macam beruk dapat bunga apahal?"

    Adara segera menoleh ke arah rumah sebelah.

     Lelaki itu segak dengan kemeja putih sedang membuka pagar rumah, bersiap untuk keluar juga barangkali.

     Adara buat muka jengkel.

    "Kenapa? tak puas hati?" Adara jeling saja lelaki itu.

    Dia hanya senyum sinis.

     "pagi-pagi bersiap macam orang gila , takde keja?" Hud meneliti pakaian yang dipakai gadis itu, Baju T-shirt jersey lengan pendek bersama seluar jeans yang carik di lutut, gaya rambut lurus beralun itu pula dibiar lepas.

     "Orang gila?" Adara melihat gaya fashion untuk harini, okey apa?

     Hud memeluk tubuh dan bersandar di pagar rumahnya.

     "Kenapalah seluar yang dah carik juga kau pakai? tu rambut kau, dah macam hantu kak limah, ikat boleh tak? rimas aku tengok" komen Hud selamba.

     "Kau ada masalah ke? buta fashion ek? kesian" Adara membalas sinis.

   Hud berpura-pura ketawa.

     Getah rambut yang sedia ada di pergelangan tangan, ditarik dan ikat rambutnya.

      "Baru la sesuai dengan kau, part seluar tak lawa, pergi tukar , kang boyfriend kau malu berjalan dengan orang gila macam kau" arahnya selamba.

     Adara menahan saja rasa sakit hati.

     "Kau siapa nak arah aku?"

      "Aku sebagai lelaki mestilah faham perasaan lelaki lain, tang baju dah cun, seluar kau tak kena, pakai la yang loose sikit, carik lutut tu pahal? miskin ke?" kutuknya.

     Marah-marah pun Adara tetap masuk semula ke dalam rumah dan menukar seluarnya.

    Hud sudah gelak.

     "Ikut juga cakap aku, nextime aku kena guna ayat faham perasaan lelaki lain kalau nak kenakan minah acah lawa ni" Hud ketawa nakal.

     Melihat keluar semula dengan gaya seluar di arahnya sudah buat Hud sembunyikan senyum.

     Adara pandang wajah selamba Hud tajam.

     "Puas hati kau?" soalnya berpeluk tubuh.

    Hud angkat bahu.

     "Kau pakai apa pun tetap buruk" balas Hud terus berlalu pergi.

    Adara menghentak kaki geram.

     Kereta berjenama BMW itu menghentikan kereta dihadapan rumahnya.

     Melihat si gerangan yang keluar dari kereta membuat semua perasaan sakit dihati ini berlalu pergi.

     "Hola my love" tangan Adara dicapai dan dibawa kebibirnya.

     Adara tersenyum malu.

    "Sorry lambat sayang, Jalan jem" ujar Suffian Qailish kekasih hatinya, Luna Adara.

     "It's sokey, I pun baru siap je ni" Padahal dah 30 minit dia terpacak kat sini, nak pula dia kena paksa tukar gaya fashion.

     Suffian melihat Adara dengan senyuman.

     "You looks pretty today!" puji Suffian .

      Adara menekup muka , malu taik kucing.

    "Oh sebelum ni I tak cantik la?"

    Suffian ketawa sahaja.

     Pintu sebelah penumpang dibukanya dengan gaya gantelman.

     "Get in my love" Suffian menyuakan tangannya.

     Adara mencapai dengan senyuman lebar dan masuk ke dalam perut kereta.

      Suffian sempat kenyit mata sebelum menutup pintu kereta itu.

    Adara ketawa perlahan, ada-ada saja Suffian mahu mencuit hatinya.

    "Lets go!" jerit Suffian saat masuk ke dalam kereta.

    Lalu kereta itu terus meluncur pergi.

     "My love? Puih! geleman aku!" Hud buat gaya nak muntah.

    Nedina yang perhati mampu sembunyikan senyuman.

    Ada yang cemburu~

...

    Tangannya tengah sibuk mengelap gelas sambil matanya turut sibuk melilau memandang sekeliling.

       Apron hitam disarung dan diikat kemas.

     Customer pun boleh tahan ramai.

    Maklumlah hujung minggu, sebagai seorang barista memang jarang nak dapat cuti.

          Tangannya lancar membancuh kopi Latte yang dipesan oleh pelanggan sebentar tadi.

     Banyak mata nakal perempuan yang curi-curi merakamnya.

    Hud hanya buat tidak peduli, salah satu marketing yang dia tak perlu susah payah buat untuk kedainya berkembang.

     Jarinya menekan butang loceng kecil apabila selesai membancuh kopi itu.

    "Latte coffee done!" Ujar Hud kuat.

     Lelaki yang memesan kopi itu bangun dan menghampiri kaunter.

    "Terima kasih bang" ucapnya.

    Hud mengangguk.

      "Hud, ni pasta untuk meja 7" Tirai dibalik belakang dibuka sedikit.

     "Mana Johan?" soal Hud mencari kelibat pekerjanya yang bernama Johan.

     Selalu Johan lah yang menjadi pelayan.

    "Tengah melepas bro" balas Dani.

    Hud mengangguk faham.

     Pinggan pasta dia ambil dan keluar dari kaunter, meja nombor tujuh dia tuju.

     Seorang gadis yang duduk membelakanginya, dia pandang.

    "Pasta cik dah siap, selamat menjamu selera " ujar Hud sopan saat meletakkan pinggan itu di atas meja.

    Gadis itu mendongak.

    Terkejut bukan main bila nampak wajah 'musuhnya' yang menjadi tatapan.

      "kau kerja sini rupanya" gadis yang dia amat kenali itu terus pandang segenap ruang kedai ini.

    Hud jeling , dulang dia bawa ke sisi.

     "Just enjoy you meal miss" malas mahu melayan gadis ini.

     "Thank you" ujarnya sepatah.

    Hud ingin melangkah pergi, namun dia tiba-tiba teringatkan sesuatu.

    Hud kemudian jalan mengundur semula ke arah Adara yang sedang menikmati pasta itu.

     "Bukan kau keluar dating pakwe kau ke tadi? mana mamat tu?"

     Adara berdecit, kenapalah mamat ni selalu sibuk tentang diri dia?

      "dia ada urusan mendadak" Balas Adara .

    Hud terus tarik senyum sinis, urusan yang amat mendadak lah sangat.

    Minah ni kadang dia rasa buta kot.

    Minah ni tak nampak ke yang lelaki tu hanya nak permainkan dia?

    Betullah orang kata, cinta itu buta.

      "Oh ok" Hud balas bersahaja dan terus berlalu pergi.

      Adara berhenti mengunyah dia mengeluh.

     Hud duduk di kaunter dan memerhatikan Adara dari jauh.

     "Hud , sorry bro aku sakit perut gilak!" Johan datang dengan tangan yang berada di perut.

     Muka pun berkerut habis.

     Hud pandang jam ditangannya.

    Ada lagi dua jam sebelum masuk waktu lunch.

    "Kau rehat je lah sampai waktu lunch , aku suruh orang dekat dapur ganti kau, aku lepas lunch nak kena keluar ada hal" ujar Hud.

    Terpancar sinar pada wajah sugul Johan.

    "Betul ke ni bro?" Jarang sekali boss nya nak bagi rehat.

    Hud angguk.

    "Dah pergi sebelum aku ubah fikiran" halau Hud selamba.

    Johan mendabik dan terus pergi ke bilik rehat staff.

    Tirai yang berada dibelakangnya yang menyambungkan ke dapur Hud selak.

     "Safuan! Gantikan Johan" ujar Hud sedikit menjerit.

    Safuan yang sedang membasuh pinggan terus mengangguk.

      Hud terus menyambung buat kopi pesanan pelanggan.

     Sesekali matanya melihat Adara yang termenung jauh.

     Segaris senyuman diukir , cantik.

edit ckit , harap okey dh laaa, jln cerita tak ubahhh

Share this novel

Hawani Hashim
2024-03-03 07:09:01 

Bab 1 ni kisah author ke kisah adara sebab perkataan Nya xsesuai pd ayat


NovelPlus Premium

The best ads free experience