CUA - 23

Romance Completed 81171

Adara masih berkurung di dalam bilik semenjak hal tragedi hitam yang berlaku pada dirinya 2 minggu lalu.

      Nedina mengeluh berat apabila Adara langsung tidak mahu membuka pintu mahupun berbicara dengannya.

      "Macam mana?" Hud bertanya sambil menunggu Nedina bersuara.

    Nedina menggeleng.

     "Aku sedih bila tengok dia macam tu Hud, entah siapalah yang kejam buat dia macam ni..." Nedina sebak.

      Hud mengeluh dan matanya melihat ke ruangan atas rumah.

       "Babah belum tahu?"

     Nedina geleng.

       "Adara yang degil taknak babah tau, dia takut babah risau..." Balas Nedina sayu.

     "Babah patut tahu, benda ni dah 2 weeks happens! Babah bukan tunggul kayu yang boleh dia buat-buat tak tahu!" Ujar Hud tegas.

      "Tapi Dara halang aku dari call babah, siap ugut aku lagi, kalau aku bagitau babah...Dia akan lari rumah dan menghilangkan diri" balas Nedina.

     Hud mengerut dahi.

      "Aku tengah usaha cari jantan tu Ned, aku rasa dia bukan calang-calang orang yang boleh menyusup masuk dalam hotel aku tanpa dijejak, dia buat benda terkutuk tu dalam hotel aku! Dia rosakkan Luna dalam hotel aku!" Hud mengetuk meja.

       Nedina hanya mengeluh.

        "Kau kenal sesiapa yang berdendam ataupun gilakan Luna?" Hud bertanya.

      Nedina diam dan cuba berfikir.

      "Tak ada rasanya, Sufi pun dah lama senyap" balas Nedina.

     "Kau buat report polis?" Nedina melihat Hud.

     Hud geleng.

       "Tak, aku sendiri yang akan selesaikan hal ni dan aku akan habiskan jantan tu dengan tangan aku sendiri!" Hud tampak serius.

      "Sabar Hud, aku rasa kita kena buat laporan polis dan biarkan polis sendiri yang hukum penjenayah tu, lagipun kes rogol ni bukan kes ringan" Nedina cuba menasihati Hud.

      Hud mengurut pelipis perlahan.

     "Aku niat nak kahwin dengan dia Ned... tapi Luna bencikan aku and sangka aku yang buat dia macam ni..." Hud mengeluh kesal.

     "Ini ujian Dara dan juga kau, kau ikhlas dengan dia?"

     Hud senyum tipis dan mengangguk.

      "Kau tau kan aku dah lama sukakan dia dari dulu lagi..." Balas Hud perlahan.

      "Ya, kalau dia tahu kau lah lelaki yang pernah buat dia tutup hati, mungkin dia lagi marah..." Ujar Nedina simpati dengan kisah lama mereka berdua.

      Hud meraup wajah kesal.

     "Aku bersyukur yang dia tak cam aku Ned, aku menyesal buat dia macam tu dulu" balas Hud.

       Hud teringatkan kejadian sepuluh tahun lepas...

       "Saya suka awak"

     Gadis itu meluahkan perasaannya.

     Hud yang waktu itu dikenali sebagai Fal hanya tersengih sinis.

      "Kau bukan perempuan yang ramai orang admire ke?" Hud melihat gadis itu secara dekat.

        "Saya taktau, tapi yang saya tau saya suka awak!" Ujarnya kembali.

     Hud menyembunyikan tawa sebelum dia melepaskan ketawa besar.

     Adara melihat aneh lelaki ini.

      "Apa function kau suka kau? Sebab aku anak peneraju kolej ni? Macam tu?" Hud mengejek gadis itu.

    Adara geleng.

        "Tak...saya ikhlas sukakan awak, dah lama saya perhatikan awak, awak ada daya tarikan tersendiri..." Adara menunduk malu.

     Perasaannya pada Hud sangat kuat.

     Hud memegang dagu Adara dan membuat gadis itu mendongak memandangnya.

       "Kau cantik" puji Hud sinis.

     Tanpa banyak bicara dia mencium bibir gadis itu depan khalayak ramai.

     Adara terkejut dan menolak Hud kasar.

      Adara mengelap bibirnya yang sudah dinodai oleh lelaki bukan mahramnya itu.

      "Apa awak buat ni!" Jerit Adara, dia malu bila orang mula berbisik-bisik sesama sendiri memandang mereka berdua.

     Hud senyum senget.

       Hud cuba menyentuh wajah Adara sekali lagi.

      Adara menepis kasar tangan Hud dan menampar pipi Hud kuat.

      "Lelaki tak guna! Jangan nak kurang ajar eh, saya ikhlas sukakan awak tapi awak kurang ajar dengan saya! Saya menyesal sukakan awak!" Adara menolak bahu Hud yang berdiri dekat dengannya.

     Hud tergelak.

      "Damn, I thought you like it, satu ciuman pun buat kau bencikan aku?" Hud menyentuh bibirnya dan senyum mengejek.

       "Yes, I hate you!" Adara kemudian membuka langkah untuk pergi.

     Hud menarik tangan Adara.

      "Aku tak bagi keizinan kau pergi"

     Adara menyentak tangannya semula.

        Hud mula menjerit.

        "She got my first kiss guys!! Now she's mine!!" Jerit Hud mengejek buat gadis-gadis lain memandang Adara meyampah.

      Adara mengangkat tangan untuk menampar Hud buat kali kedua.

       Hud memegang lengan Adara da tersenyum sinis.

      "Ini yang kau nakkan? Dapatkan lebih perhatian? Kau dah lama jadi perhatian lelaki dalam kolej ni bukan? Tak sangka perempuan miskin macam kau ni pun ramai peminat, aku ingat perempuan kaya ja akan boleh jadi menarik..." Hud menghina pula.

     Tubir mata Adara mulai berair.

        "Menangis? Kenapa? Malu? Buat apa nak malu? Kau layak dapat layanan macam ni, perempuan miskin macam kau ingat aku suka? Huh? Perempuan macam kau layak jadi mainan aku je" sungguh tajam kata-kata Hud pada Adara.

       Adara kemudian berlari pergi dari situ setelah dihina habis-habisan oleh Hud dan pelajar lain.

Hud hanya melihat tajam langkah pergi gadis itu, dia sempat tersenyum sinis.

'She's got my heart already...'

new version better or old version, hm?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience