41.Tragedi Ngeri(TAMAT)

Horror & Thriller Series 5227

RADZIAH pun memapah dan mendudukkan Maira di bangku gerabak hujung itu buat seketika. Sambil itu Radziah mengusap perut Maira yang sedang sarat hamil itu.

"Maira sakit lagi ke?"Radziah membelai rambut anak angkatnya itu.

"Dah kurang.."

"Maafkan mama sayang. Mama terpaksa buat macam tu tadi..kalau tidak nyawa mama yang melayang. Tak apalah..ni semua salah mama..biarlah mama je yang jaga Maira"

Maira memalingkan wajahnya ke lain. Dia enggan menatap ke wajah ibu angkatnya.

"Suami Maira tak ikut sekali?"tanya Radziah sambil mengusap belai ke perut sarat Maira.

"Kami tak bernikah"

"Ouh..tak apalah. Kalau dia tak ikut sekali,mama boleh tolong jaga dan tengok-tengokkan Maira"

"Izad mana?"tanya Maira.

"Izad ada kat gerabak katil. Dia dah tidur dengan adik-adik dia yang lain"

"Ini anak Izad"

GULP!

Radziah teguk air liur.

"Apa betul ke ni Maira?"

"Mmm"balas Maira

"Hal ni berlaku waktu Izad masih tinggal dengan Maira dulu.."ujarnya.

Radziah termenung panjang. Manalah dia menyangka bahawa Izad anak lelaki sulungnya yang baru berusia sepuluh tahun namun memiliki tubuh yang tinggi dan tegap kerana aktif bersukan itu sudah 'dewasa' rupanya.

Maira tiba-tiba bertindak di luar dugaan. Wanita muda itu bangun dari kerusi dan mengutip semula bilah pisaunya yang terjatuh sebelum ketawa menjadi-jadi.

"Hahahahahaha"

Perkara tidak di jangka itu membuatkan Radziah benar-benar terkejut dan mengurut dadanya.

"Maira cukup-cukuplah tu.."

"Cukup kata kau Radziah?! Hei kata-kata kau bila tahu aku dah 'mati' berbeza dengan kata-kata kau bila aku masih hidup tau tak!!"

Radziah sedar dia tidak dapat mengubah lagi pendirian Maira. Apa yang mampu di lakukannya sekarang ialah berusaha lari dan menyelamatkan diri. Tanpa bertangguh dia pun lari meninggalkan gerabak belakang itu.

"Hahahahaha"

Maira sekadar ketawa dan berdiri tercegat sambil membiarkan sahaja Radziah lari ke gerabak hadapan.

"Encik! Encik!..bangun Encik! Puan!..awak kena tolong saya..ada orang nak bunuh saya!"kata Radziah dengan suara cemas sambil mengejutkan penumpang di gerabak depan.

Akan tetapi penumpang-penumpang itu di lihat tertidur dan tak sedarkan diri.

"Puan...bangun Puan.."

Tiada satu penumpang pun yang terjaga. Radziah berasa pelik. Dia pun meninggalkan gerabak tersebut dan pergi pula ke gerabak yang seterusnya. Keadaan yang sama juga berlaku apabila tiada penumpang yang terjaga.

"Eh kenapa dengan dia orang ni? Takkanlah langsung tak boleh terjaga dari tidur?"

Sudahnya dia pergi ke gerabak tempat duduknya dan mengejutkan suaminya Pak Abu.

"Bang bangun bang..Maira ada dalam tren ni..dia ugut nak bunuh Ziah bang.."

Begitu juga dengan keadaan Pak Abu yang terlena dan tidak sedarkan diri. Hampir kesemua penumpang di setiap gerabak berkeadaan begitu. Apakah yang telah berlaku sebenarnya?

Maira muncul lagi di gerabak tempat duduk Radziah.

"Hahahahaha..tak ada orang yang akan terjaga untuk selamatkan kau dari aku Radziah"

"Maira dah buat apa kat mereka?!"soal Radziah.

"Jeng..jeng..jeng.."Maira pun mengeluarkan suatu tangki penyembur dari dalam begnya.

"Aku dah lepaskan gas yang mampu menyebabkan sesiapa pun yang terhidunya akan pengsan untuk jangkamasa setengah jam..hahahaha"

"Maira memang dah gila tau tak? Dah gila!!"tinggi suara Radziah. Wajahnya merah dan marah.

Maira terus ketawa dan ketawa.

Akhirnya Radziah berlari pula ke gerabak lebih hadapan. Dia harus memaklumkan hal yang sedang berlaku kepada kapten pegawai keretapi agar suatu tindakkan dapat di ambil. Maira yang sedang sarat hamil itu pun mengejarnya.

Baju Radziah di tarik dari belakang. Tengkuk dan kepalanya di cengkam oleh Maira sebelum wajahnya di hempas ke tingkap keretapi yang sedang meluncur laju itu.

BUKK!

"Arghhhhhh!"

Radziah menekup mukanya. Darah meleleh dari hidung. Kemudian terjadilah pergelutan di antara mereka berdua.

"Lepaskan aku!"kata Radziah apabila kedua tangannya telah di cengkam oleh Maira.

"Jangan haraplah Radziah"

"Ahh!"

Radziah tendang wanita muda itu.

"Ughhhh"

Kali ni Maira terpaksa melepaskan tangan Radziah dan memegang perutnya yang mula berasa sakit dan senak.

"Aduh!!"Maira jatuh berlutut ke lantai.

Radziah naik kasihan pula melihatkan anak angkatnya itu.

"Maira.."

Dia menerpa untuk membantu namun suatu perkara tidak terduga telah berlaku.

ZAPP!

Sebilah pisau tertusuk tepat ke bahu Radziah hingga tembus di belakang badannya.

"Mai..Maira.."Radziah bagai tidak percaya melihatkan apa yang telah terjadi. Darah mulai membasahi pakaiannya.

Sementara itu Maira sendiri pun sudah tidak mampu untuk berdiri kerana kesakitan yang di alaminya. Kainnya basah. Rupanya air ketubannya telah pecah menandakan sudah tiba masa untuk bayi dalam kandungannya di lahirkan.

"Aduhh.."Maira terbaring dan terpejam-pejam mata.

Radziah tidak menghiraukan Maira. Dalam kesakitan di tusuk pisau dekat bahu itu dia terus merangkak dan menggagahkan dirinya untuk pergi bertemu dengan anak-anaknya yang berada di gerabak katil.

Air mata Radziah berlinangan. Darahnya melimpah dengan banyak di sepanjang lantai gerabak yang di laluinya. Bersusah-payah dia mengerah kudrat agar cepat tiba ke gerabak katil. Dia bimbang kalau-kalau dirinya tidak sempat melihat anak-anaknya dan mati kerana kehabisan darah.

Mujurlah sempat dia tiba ke gerabak itu dan melihat-lihatkan anak-anaknya yang lima orang itu. Budak-budak itu lena kesemuanya di katil masing-masing. Radziah belai dan cium seorang demi seorang dari mereka bersama linangan air mata.

Tangannya sudah menggigil-gigil dan tubuhnya lemah. Radziah merangkak pula untuk pergi ke bertemu dengan Pak Abu. Seluruh tubuhnya bermandikan darah.

Dalam keadaan merangkak itu,mujur sempat Radziah menghubungi ke balai polis melalui telefon pintar yang sentiasa ada dalam poketnya dan memberitahukan segala yang telah terjadi termasuk kemunculan Maira dan dirinya yang sudah di tikam dengan pisau.

"Puan Radziah..cuba Puan bertahan untuk sikit masa lagi. Pihak polis dan pegawai perubatan dalam perjalanan ke sana untuk memintas tren yang Puan naiki agar tindakkan dapat di ambil"kata pegawai polis di hujung talian.

PAKK..

Telefon pintar itu terlepas dari tangan Radziah.

Dia sudah terasa amat lemah dan tak bermaya lagi. Pandangan Radziah mulai terasa kabur sedikit. Dia terbaring lesu. Darahnya keluar tak henti-henti.

Di ketika itulah Maira sudah menyusul sambil mengheret perut yang sarat. Radziah tidak terdaya lagi untuk mempertahankan dirinya. Pisau yang masih terbenam di bahu Radziah lantas di rentap oleh Maira.

"Maira......."kata Radziah bersama tangisan dan suara yang amat lemah.

Maira tidak menghiraukannya.

ZAPP!

Pisau itu di benam ke perut Radziah. Wanita itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"Huh..huh"Maira tercungap keletihan sambil memegang perut.

Kesakitan untuk bersalin sudah mencengkam dirinya. Tren itu masih terus meluncur laju di atas rel. Keadaan senyap-sunyi. Lantai gerabak di limpahi darah.

Maira terbaring dan membuka kedua kakinya. Dia pun mengumpulkan segala kudrat yang ada lalu meneran agar bayi itu dapat di lahirkan.

TIDAK lama kemudian tren itu pun berhenti secara cemas setelah mendapat signal kecemasan. Pintu-pintu gerabak di buka sebelum gerombolan pihak polis dan kakitangan pegawai perubatan menyerbu masuk.

Para penumpang kembali tersedar dari pengsan dan masing-masing terpinga-pinga dan bingung dengan apa yang sedang berlaku apabila melihat lantai gerabak di kotori limpahan darah.

Maira telah selamat melahirkan bayinya. Wanita muda itu bangkit dari baringannya. Ketika itulah pihak polis telah tiba dan menemui mayat Radziah sudah mati di tikam dan kehabisan darah. Kelewatan mereka amat di kesali kerana gagal menyelamatkan Radziah.

PAMM!

Sekujur tubuh Maira rebah ke lantai dan tidak bergerak-gerak lagi setelah peluru yang di tembakkan oleh pihak polis membenam ke tubuhnya. Bekas banduan wanita paling di kehendaki itu akhirnya menemui ajalnya.

Pak Abu menangis kesal saat mayat Radziah yang berlumuran darah itu di usung pergi oleh kakitangan pegawai perubatan. Sungguh tidak di duganya apabila perjalanan tren malam ini bertukar menjadi suatu tragedi menyayat hati. Namun begitu dia bersyukur kerana anak-anaknya semua terselamat.

Sementara itu jasad Maira juga telah di masukkan ke dalam beg mayat. Bayi yang di lahirkannya telah di serahkan penjagaannya ke Rumah Kebajikkan dan Anak Yatim.


-----------------------------------------

Beberapa Tahun Kemudian...

SEPASANG suami isteri telah mengambil seorang kanak-kanak dari rumah kebajikkan masyarakat untuk di jadikan anak angkat. Budak lelaki itu di beri nama Aidan.

Di fahamkan bahawa Aidan tidak begitu gemar bercampur-gaul dengan kanak-kanak lain yang sama-sama menghuni di rumah kebajikkan masyarakat terbabit. Dia lebih gemar menyendiri,pendiam dan kadang-kadang di dapati bercakap sendirian.

Sesuai dengan kemahuan pasangan suami isteri terbabit yang inginkan anak yang tidak hiperaktif dan mudah di bentuk maka Aidan sememangnya menepati kehendak mereka. Malah mereka amat menyayangi Aidan sepenuh hati.

Cuma ada sesuatu yang aneh tentang Aidan. Budak lelaki itu sering di dapati melukis gambar sebuah rumah kotej dan mengajak pasangan suami isteri yang menjadi ibu bapa angkatnya itu untuk pergi ke sana.

Malah ada alamat di tulis pada kertas lukisan tersebut.

"Desa Terpenchil? Eh saya rasa saya tahu kat mana lokasi ni"kata si bapa.

"Aidan dapat alamat ni dari mana?"tanya si ibu.

Budak lelaki itu tidak menjawab soalan tersebut namun sebaliknya dia melukis pula gambar seorang wanita hamil dengan dada berlubang seperti kesan di tembak bersama seorang kanak-kanak perempuan berbaju gaun putih yang di tompoki darah.

Berkerut dahi pasangan suami isteri terbabit sambil saling berpandangan sesama sendiri. Gambar lukisan itu sangat mengerikan.

"Siapa perempuan hamil dengan kanak-kanak perempuan yang Aidan lukis ni?"tanya si Bapa.

"Ini gambar mama kandung Aidan dengan sahabat dia"

"Mama kandung Aidan? Tapi bukan ke Aidan tak pernah berjumpa dengan dia kerana dia meninggal sejurus Aidan di lahirkan?"tanya si ibu pula.

"Mama selalu datang dalam mimpi Aidan. Dia dengan sahabat dia tinggal kat rumah kotej ni. Malam tadi mama muncul dan kejutkan Aidan dari tidur. Dia yang tuliskan alamat rumah kotej ni. Dia ajak Aidan datang ke sana. Kita pergi ke rumah kotej tu boleh kan ibu?ayah?"ajak kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu sambil tunjuk pada kertas lukisan.

"Nanti ibu dan ayah bincang dulu ya"

Pasangan suami isteri itu pun berbincang buat seketika.

"Mah risaulah bang..ini bukan perkara normal bila seorang kanak-kanak melukis gambar ibu kandungnya yang dah mati walhal dia tak pernah berjumpa pun sejak di lahirkan"kata si isteri.

"Awak jangan risau lah Mah..Aidan kan kanak-kanak lagi. Normal lah tu bila dia berimaginasi macam tu"pujuk si suami.

"Habis tu macam mana pulak dengan alamat yang tertera ni? Tak mungkinlah Aidan yang baru berusia enam tahun begini boleh tahu tentang alamat kat Desa Terpenchil tu?"soal si isteri.

Si suami juga mulai berasa ragu tentang hal itu. Jadi pasangan tersebut pun bercadang untuk pergi ke sana.


TENGAH malam tu si isteri pun terjaga dari tidur. Dia lalu keluar dari bilik dan pergi ke bilik tidur Aidan untuk melihatkan anaknya itu.

Di lihatnya pintu bilik ternganga dan terdengar suara Aidan seperti sedang berbual-bual lalu dia pun terus menerjah masuk.

"Aidan..dah lewat malam ni kan..Aidan kenapa tak tidur lagi?"

"Aidan sedang berbual-bual dengan mama kandung Aidan dan sahabat dia"balas budak lelaki itu.

"Mama kandung Aidan? Mana ada sesiapa kat sini"si ibu tercari-cari. Tiada sesiapa pun di bilik tidur itu selain Aidan.

"Tu!"balas Aidan sambil tunjuk dekat dua buah kerusi di tepi katil.

Berkerut dahi si ibu. Walhal kerusi itu letaknya di tingkat bawah. Dia pun hairan dan tertanya-tanya kenapa Aidan membawa kerusi itu ke biliknya. Untuk mempercayai kononnya mama kandung Aidan dan sahabatnya datang bertandang ke situ agak sukar untuk si ibu mempercayainya kerana kedua-dua buah kerusi itu kosong dan tiada sesiapa pula di lihat sedang duduk di situ.

"Tak apalah..Aidan pergi tidurlah. Biar ibu bawa turun semula kerusi ni ke tingkat bawah"

Selepas menutup lampu dan menyelimutkan Aidan,si ibu pun beredar.

Ketika sudah kembali ke bilik tidurnya dan terlelap beberapa ketika,si ibu pun bermimpi di datangi oleh seorang wanita hamil yang masih muda. Wajahnya cantik namun pucat lesi dan putih macam mayat.

Lebih mengerikan pakaian wanita muda hamil itu berlumuran darah di bahagian dadanya serta terdapat kesan lubang akibat di tembak.

"Kenapa kau ambik kerusi tu tadi? Aku datang nak jenguk anak aku sekejap je pun tak boleh ke? Eeghhhh!!"wanita hamil itu menjerkah marah si ibu di dalam mimpi.

Turut ada di sampingnya ialah seorang kanak-kanak perempuan berbaju gaun putih yang di kotori darah. Kedua-dua mereka kelihatan pucat lesi,kulitnya putih sejuk seperti mayat.


* * * *

"Aaaaaaaaaaaaa! Tolong! Tolong!"si ibu meracau-racau di dalam tidur. Mujurlah sang suami segera bangun dan mengejutkannya.

"Mah bangun Mah! Bangun!"

Si isteri pun terjaga sambil tercungap-cungap dengan wajah berkeringat.

"Awak mengigau apa Mah?"

"Perempuan hamil dalam lukisan Aidan tu muncul dalam mimpi saya tadi bang. Dia marah dan cekik saya. Seram betul saya tengokkan wajahnya yang putih pucat macam mayat tu"

Si suami sekadar mampu menenangkan saja isterinya.


_____________________

KEESOKKAN harinya, kereta yang di naiki oleh pasangan suami isteri itu pun tiba di perkarangan sebuah rumah kotej terbiar yang letaknya bersebelahan ladang tebu luas.

Turut ada dibawa sekali bersama mereka ialah Aidan. Mereka pun turun dan melihat-lihat ke rumah tersebut. Suami isteri itu tercengang-cengang kerana ternyata rumah kotej dan alamat yang tertera pada kertas lukisan Aidan benar-benar wujud.

"Aidan!! Jangan masuk ke dalam tu!"teriak si ibu apabila kanak-kanak itu terus berlari masuk ke halaman rumah kotej itu melalui pagar yang tidak berkunci.

Aidan buat tidak endah saja dengan tegahan tersebut. Dia masuk dan berdiri di tengah laman rumah yang rumput-rumputnya sudah memanjang.

Pasangan suami isteri itu pun turut berkejar sebelum langkah mereka terhenti apabila melihat Aidan tiba-tiba berkelakuan pelik dan aneh.

"Eh? Aidan tu sedang buat apa pulak tu bang?"si isteri terlongo.

Suaminya terus memerhati tanpa kata-kata.

Aidan di lihat seperti sedang berpelukkan dan mendakap angin kosong. Tiada sesiapa. Kemudian budak lelaki itu bercakap-cakap pula seolah-olah dia sedang bersama seseorang yang halimunan dari pandangan mata si suami dan isteri.

Selang tak lama kemudian barulah kanak-kanak lelaki itu kembali semula ke pangkuan ibu dan ayahnya di luar pagar rumah kotej itu.

Kereta yang di naiki tiga beranak itu pun beredar pergi dari situ.

Di sebalik dalam pagar rumah berkenaan ada kelibat wanita muda hamil sedang berpaut pada pagar sambil tercegat memerhatikan kereta itu pergi dan hilang dari pandangan mata. Dress hamilnya berlumuran darah dengan kesan lubang tembakkan peluru kelihatan di dada.

"Aidan.............."

Air matanya berlinangan membasahi pipi. Rambutnya beralun di tiup angin. Wajah cantiknya yang pucat,putih dan sejuk itu bertambah pilu.

Seorang kanak-kanak perempuan berbaju gaun putih yang berlumuran darah muncul di sisinya sambil mengusap di belakang tubuhnya.

"Sudahlah tu Maira.. janganlah sedih-sedih lagi. Sekurang-kurangnya anak kau datang jugak jengukkan kau kat sini. Biar lah Mak dengan ayah angkat dia jaga dan besarkan dia baik-baik"pujuk Dahlia.

Maira pun menoleh dan mengesat air matanya sebelum mengukir senyuman.

"Apalah kau ni..dah mati pun nak sedih-sedih lagi ke?..dah jom lah kita melepak atas bumbung tu jap"ajak Dahlia.

"Okey cik Dahlia pendek"

"Tak nak lah panggil aku pendek. Mentanglah kau mati dewasa kan"

"Hahahaha"

Dua kelibat itu pun berjalan lalu terawangan ke udara lalu terus terbang tinggi ke puncak atap bumbung rumah kotej terbiar usang yang pernah terlakar pelbagai kisah ngeri,kejam dan seram itu.


(TAMAT)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience