15.Video Kiriman

Horror & Thriller Series 5227

RADZIAH ke pasar lagi. Sejak tahu Pak Abu berniaga di situ,rajin pulak Radziah membeli ikan-ikan dan sayur darinya. Kesempatan itu di guna untuk berbual tentang perihal rumah kotej.

"Lepas di soal-siasat barulah pihak polis jumpa tapak kubur di mana puluhan kanak-kanak yang di bunuh oleh Doktor Bachtiar. Letaknya dekat tengah kebun tebu luas berhektar tu juga..tapi jauh dari rumah tu"

"Agaknya tak ada orang berani pergi situ kalau tau sejarah silam tempat tu kan Pak Abu?"Radziah duduk di salah sebuah bangku di gerai Pak Abu sambil termenung jauh. Seronok pulak mendengar cerita dari orang tua bermisai lebat,putih dan tebal itu.

"Iyalah..oh ya suami kamu tak temankan sekali ke pergi pasar hari ni?"

"Mmh suami saya mana maunya nak ikut pergi ke pasar..cuti hujung minggu macam ni dia lebih suka lepak di rumah je tengok tv..semua Ziah yang yang buatlah pakcik..''Radziah tertawa kecil sambil duduk menyilang peha kanan atas peha kiri. Betisnya terjulur keluar sikit dari belahan kain ketatnya. Sampai Pak Abu terpaksa menoleh ke lain beberapa kali.

"Hahaha iyalah..suami kamu orang laki..hm tapi untunglah dia dapat isteri macam kamu Ziah..cantik jelita..rajin ke pasar"puji Pak Abu.

Radziah tersenyum saja.

"Ziah rasa lagi untung kalau dapat suami macam Pak Abu je..puas makan ikan..tak payah pergi pasar dah. Misai Pak Abu pun tebal..nampaklah jantan sikit banding suami saya yang cukur misai licin tu"

Berdekah-dekah Pak Abu ketawa.

"Hahahahaha..tak tau pulak kamu ni suka laki misai tebal rupanya Ziah"

"Ahahaha"

"Kalau kamu susah-susah nak ke pasar..Pak Abu boleh tolong hantarkan ke rumah Ziah je"

"Tak apa jelah Pak Abu..kalau hantar rumah nanti tak dapatlah nak duduk sembang-sembang sambil tatap misai jantan Pak Abu sebab suami saya ada kan..ahahaha"Radziah berlawak.

"Haha..pandai kamu bergurau"

"Eh seriuslah ni Pak Abu..Ziah tak guraulah"

Pak Abu tertawa geleng-geleng kepala sambil gentel misai lebat dan putihnya itu.

Radziah pun senyum-senyum kulum juga.

Pada pandangan Radziah Pak Abu tampak jantan,seksi dan macho dengan misai tebalnya yang putih tu walau sudah separuh usia. Tak berani juga Radziah nak tenung lama. Boleh teguk air liur di buatnya.


----------------------------------------

HUJUNG minggu berikutnya,Radziah ada menerima kiriman video wassap dari nombor telefon lama Cikgu Azura.

"Eh..bukan cikgu dah pakai nombor baru ke? ini kan nombor lama dia. Video apa pulak ni?"kata Radziah lalu memainkan video tersebut.

Maira lah yang menghantar video tersebut ke wassap Radziah untuk mendedahkan perbuatan serong yang di lakukan oleh Arman dan cikgu Azura.

Sejurus terlihat kelibat suaminya dan guru kelas Maira bukan main intim berpelukkan dan berkucupan mesra dalam video yang di rakam dekat rumah kotej terbiar itu,serta-merta Radziah merasakan dunianya menjadi gelap-gelita. Kakinya lemah bagai hilang darah.

Tidak setakat itu,malah dalam video yang di hantar senyap-senyap oleh Maira itu turut merakam aksi panas Arman dan cikgu Azura di atas katil dekat ruang tamu rumah kotej terbabit.

Tak sanggup Radziah hendak menontonnya sehingga habis. Hatinya remuk-redam. Tidak di sangka suaminya Arman yang tenang dan lemah-lembut itu rupanya telah berlaku curang di belakangnya. Malah bukan dengan siapa-siapa,melainkan dengan guru kelas Maira sendiri.

"Aaaaaa!!"

Raungan Radziah memecah suasana. Dia terjelepok duduk di lantai ruang tamu sambil tersedu-sedan menangis.

"Suami tak guna! kenapa kau buat kat aku macam ni?! menyesal aku bawak betina sundal yang pandai bermuka-muka tu datang ke rumah dan kenalkan kat kau tempoh hari.."

Radziah membentak dan menepuk-nepuk ke lantai. Dia tahu rumahtangganya sudah habis setakat di situ.

Dan kebetulan pada masa yang sama Radziah sedang meraung di rumah itu,suaminya Arman pula seperti biasa sedang bergelak-tawa dan berasmaradana dengan guru kelas Maira di rumah kotej terbabit.


*****

"Ah puasnya..ahahaha"Cikgu Azura dan Arman tersadai puas di katil.

"Jomlah kita balik cikgu..i tak boleh lama-lama ni.."

"Okey.."

Sedang kedua mereka menyarung pakaian ke tubuh,pintu rumah kotej itu pun terbuka. Dan Maira pun memunculkan dirinya.

"Mai..Maira?! Apa Maira buat kat sini?!"Arman jadi tak keruan dan tak tentu arah.

"Maira?!"terbeliak biji mata cikgu Azura.

Maira merenung kedua-dua orang dewasa itu dengan renungan yang tajam dan penuh dengan kebencian.

Arman meneguk liurnya beberapa kali. Dia tahu rahsianya telah terbongkar. Hal ini terlalu berbahaya sekiranya sampai ke pengetahuan isterinya Radziah.

"Kita kena buat sesuatu. Kalau tidak nahas kita nanti Encik Arman"bisik cikgu Azura sambil menyarung tudung di kepalanya.

"Aaa..sebenarnya uncle sama cikgu datang sini nak cari Mairalah. Mama yang suruh. Sebab dia risau, tak tahu Maira keluar berbasikal selalu pergi ke mana"Arman cuba mereka-reka cerita.

Hanya renungan tajam sahaja di lemparkan oleh Maira kepada lelaki itu tanpa sepatah mahupun sebutir kata-kata keluar dari mulutnya. Gadis berusia sepuluh tahun itu di lihat menyembunyikan sebelah tangannya di belakang tubuh.

"Err...Maira sorokkan apa tu?"cikgu Azura berasa sedikit curiga.

Tanpa mahu berselindung lagi Maira pun menunjukkan sebilah parang kecil yang ada di tangannya.

"Eh bahaya kanak-kanak main dengan parang tu Maira..boleh terluka nanti..buangkan parang tu"kata Arman lalu datang menghampiri gadis itu.

Tiba-tiba sesuatu tak di duga berlaku. Maira terus menikam parang itu tepat ke perut suami ibu angkatnya itu.

Urghh!!?

Terbeliak mata Arman sebelum menunduk melihat ke perutnya. Darah memancut dengan banyak sekali.

Lelaki itu pun terbaring dan tersembam ke lantai dalam genangan dan limpahan darahnya sendiri.

Dahlia yang sentiasa ada di sisi Maira hanya berdiri melihat. Kehadirannya tidak dapat di lihat dek mata kasar Arman dan Cikgu Azura.

"Aaaaaaaaaa! Aaaaaaaa"cikgu Azura melolong ketakutan.

Wanita itu jadi tidak keruan. Maira meraba ke kocek dan mengeluarkan telefon pintar milik guru terbabit yang di curinya tempoh hari lalu mulai menghampiri guru kelasnya.

"Jangan Maira..tolonglah cikgu rayu kat Maira..tolong"

Kamera video pada telefon pintar itu pun di buka. Maira menekan butang*record*dan terus merakam ke arah gurunya.

"Maira jangan Maira..kenapa Maira sanggup buat macam ni? Tolonglah saya merayu kat awak Maira.."Guru wanita itu mulai menangis kesal dengan tangan yang kuat menggigil. Dia duduk mengensot punggungnya di atas permukaan katil.

ZAPP!

Dengan satu tikaman saja parang itu terbenam dalam perut cikgu Azura.

"Ughhh!"

Wanita itu terbeliak biji mata. Pakaiannya di basahi darah merah pekat yang melimpah di atas katil. Semuanya telah terakam dalam rakaman video telefon pintar di tangan Maira. Pakaian Maira turut di kotori oleh percikkan darah Arman dan cikgu Azura.


******

RADZIAH yang kesedihan setelah mendapat tahu perihal kecurangan suaminya dengan guru kelas Maira itu lekas-lekas bangun dari baringannya di sofa ruang tamu lalu mengesat matanya yang berair dek tangisan sejurus terdengar pintu pagar di buka. Dia tahu Maira baru pulang lepas berbasikal.

Ketika pergi membuka pintu untuk menyambut Maira,di lihatnya baju gadis kecil itu di penuhi percikkan darah.

"Kenapa baju Maira banyak percikkan darah ni? Maira luka ke?"Radziah menerpa dan melihat-lihat dalam keadaan kehairanan.

"Tak ada papelah..mama tak payah risaulah..Maira tak luka pun"balas Maira mudah lalu segera berlalu masuk ke rumah.

Gadis itu terus berlari naik tangga ke tingkat atas.

Sebelah petang tu Radziah berasa hatinya tidak tenteram akibat kecewa setelah terbongkar rahsia kecurangan suaminya Arman. Dia pun keluar memandu tanpa tujuan demi mencari sedikit ketenangan jiwa. Banyak dia menangis di sepanjang hari ini.


Akhirnya Radziah terfikirkan tentang Pak Abu. Mungkin orang tua itu dapat menjadi teman untuk dia meluahkan segala kekusutan yang terbuku di jiwa. Dia pun pergi ke pasar.


******

LANGIT petang sedikit mendung dan gelap di susuli guruh-guruh kecil. Angin bertiup kuat. Rumput-rumput di padang luas menghijau itu beralun-alun. Sejurus selesai menutup gerai ikannya di pasar,Pak Abu pun membawa Radziah ke padang itu menaiki keretanya.

Orang tua itu mendengar segala luahan jiwa Radziah dari awal sehingga akhir.

"Aku simpati dengan nasib kamu Ziah. Tapi janganlah kamu terlalu ikutkan sangat rasa sedih tu..nanti kamu pulak yang jatuh sakit. Sudah,kalau kamu sunyi-sepi..aku ada untuk temankan kamu"pujuk Pak Abu ketika Radziah asyik menangis tersedu-sedan.

"Entahlah Pak Abu..semuanya berlaku tiba-tiba. Ziah tak kuat nak hadap samua ni.."Radziah memeluk Pak Abu dan teresak-esak.

Pak Abu menggosok dan mengusap di belakang tubuh wanita itu agar dia berasa reda. Ubun-ubun kepala Radziah yang berbungkus tudung selendang itu Pak Abu kucup beberapa kali.

"Ziah..kalau kamu masih juga berasa tak tenang dan kesunyian..jomlah aku bawa kamu ke suatu tempat okey?"Pak Abu mengesat air mata Radziah.

''Pak Abu bawaklah Ziah pergi mana-mana pun..Ziah ikut aja"

Kereta yang di naiki pun beredar meninggalkan padang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience