21.Teriakkan Dari Hutan

Horror & Thriller Series 5227

LANGIT cerah membiru memayungi sekolah rendah itu. Hari ni ramai ibu bapa hadir untuk bertemu dengan guru kelas anak masing-masing untuk mengambil report card termasuklah Radziah.

Ibu anak lima berusia 52 tahun itu pun bukan main jelita macam perempuan berusia 40 an saja. Datang pun pakai kebaya moden ketat.

"Macam mana dengan anak saya ni cikgu Hariz? dia okey ke kat sekolah?"tanya Radziah kepada guru kelas anak lelaki sulungnya Izad yang kini bersekolah dalam darjah tiga. Di sampingnya ada Izad dan anak kedua Radziah iaitu Dania.

"Izad ni nakal sikitlah Puan Radziah. Dia belajar pun main-main. Keputusan exam dia kali ni pun agak terkebelakang"ujar guru lelaki muda berusia lewat 20an itu sambil menyerahkan report card.

"Aduhai lah Izad..kenapalah corot sangat ni?malu mama kat cikgu tau"Radziah dah geleng kepala.

Izad terunduk-tunduk je.

"Tapi bab sukan dia bagus Puan. Baru minggu lepas Izad terpilih jadi wakil sekolah dalam permainan badminton"

"Yeke cikgu. Haa kalau macam okeylah"Radziah mengukir senyuman sambil membetul-betulkan tudung kepalanya.


-------------------------------------------

PETI ais di buka. Maira memilih minuman kegemarannya iaitu Milo sejuk dalam tin. Kemudian dia mengambil sepaket coklat dan keropok kegemarannya sebelum di bawa ke kaunter untuk di bayar.

"Aira nak pergi melukis ke ni?"tanya Radziah yang menjaga di kaunter kedai pasaraya mini pada pagi hujung minggu itu.

"Aah kak Ziah. Lagipun hari ni ada pertunjukkan dekat galeri. Ingat nak pamer sebahagian lukisan Aira kat situ"

"Ouh..okeylah tu. Manalah tau kot banyak pulak orang berminat nak beli lukisan Aira kat galeri hari ni. Rezekilah kan"Radziah tersenyum.

"Mudah-mudahanlah kak"

Pak Abu sedang sibuk membungkus ikan-ikan,sayur dan ayam segar yang hendak di beli oleh beberapa orang pelanggan di satu sudut dalam pasaraya mini itu.

Tiba-tiba Izad,anak lelaki sulung Radziah dan Pak Abu keluar dari belakang kedai yang bersambung dengan rumah kediaman keluarga itu dalam keadaan tergesa-gesa. Di tangannya ada raket badminton.

"Hai kak Aira!"sapa Izad.

"Hai"Aira tersenyum.

"Izad..awak nak praktis badminton kat sekolah ke?"Radziah menyoal anak lelakinya.

"Tak lah mama..Izad dengan kawan praktis kat padang hujung sana tu je"balas budak lelaki tu.

"Ouh..tapi jangan gatal-gatal masuk ke hutan sebelah padang tu pulak ya? Mama risau nanti awak hilang pulak"pesan Radziah.

"Yelah ma"balas budak lelaki tu memeluk ibunya sebelum minta diri. Dia keluar dari kedai pasaraya itu lalu mencapai basikalnya dan berkayuh pergi.

''Izad dapat jadi wakil sekolah untuk suatu pertandingan badminton bulan depan. So itu yang dia beriya-iya sangat berlatih"kata Radziah.

"Eh baguslah Izad dapat peluang jadi wakil sekolah"kata Aira. Seperti biasa dia mengenakan topi dan cermin mata hitamnya.

Radziah tersenyum mengangguk. Walaupun anak lelakinya itu sedikit nakal dan corot dalam pelajaran sekolahnya namun sekurang-kurangnya sebagai ibu dia boleh berbangga dengan semangat kesukanan yang ada pada Izad.

Aira menoleh je jam tangannya.

"Saya minta diri dululah kak Ziah. Takut terlambat pulak sampai ke galeri nanti"

"Aah iyelah Aira..okey awak..hati-hati*drive*tu ya"

Kereta yang di pandu Maira pun berlalu pergi.


-----------------------------

RUMPUT di padang itu beralun-alun di tiup angin. Kelihatannya padang itu agak sedikit terbiar. Di suatu sudut terdapat gelanggang badminton di mana Izad dan seorang rakannya sedang gigih berlatih demi kejayaan di pertandingan sebagai wakil sekolah pada bulan hadapan nanti.

Padang itu letaknya di atas lapangan tanah yang agak tinggi sedikit. Untuk masuk ke padang itu harus menaiki tangga simen di tepian tebing. Memang agak sunyi-sepi di situ. Di sebelah padang pula ada hutan.

Tanpa di sedari oleh budak dua orang itu,ada seseorang sedang mengintai mereka dekat tangga tebing di tepian padang. Orang itu pun bukan sesiapa melainkan Maira sendiri. Sejurus beredar dari kedai pasaraya mini tadi dia terus mengekori Izad sehingga tiba di padang berkenaan.

Maira mendapati tiada orang lain di padang selain Izad dan teman badmintonnya. Akalnya ligat memikirkan sesuatu sebelum wanita muda itu merangkak lalu menyelinap masuk ke hutan di tepian padang.

"Toloong!"

Izad dan Syahril terus memberhentikan permainan badminton itu sejurus terdengar ada suara teriakkan meminta tolong.

"Wei ada suara perempuan mintak tolonglah"kata Syahril.

Budak dua orang itu tercari-cari dari arah mana datangnya suara tersebut.

Kemudian suara itu berteriak lagi untuk kali keduanya.

"Macam kat dalam hutan sebelah ni je"kata Izad.

"'Jom kita pergi tengok dan tolong apa-apa yang boleh"ajak Syahril.

Mereka pun masuk ke dalam belukar di sebelah padang. Sedang kedua budak lelaki itu tercari-cari,tahu-tahu sebatang kayu singgah di belakang mereka.

BEDEBUK!

"Ughhh!

Izad mahupun Syahril terbaring pengsan.

Walaubagaimanapun tak lama kemudian Syahril terjaga semula dari pengsan dan mendapati dirinya sudah terbaring dekat tepi basikal yang di tinggalkannya tepi tangga tebing padang. Basikal Izad juga masih ada di situ akan tetapi batang hidung temannya itu sudah hilang entah ke mana.

Dia pun mencari-cari sahabatnya itu di padang. Puas di teriak-teriak namun tidak berjawab. Budak lelaki itu ingin masuk semula ke belukar namun dia tidak begitu berani setelah di serang dari arah belakang tadi. Syahril pun bergegas mengayuh basikalnya dan pergi ke kedai pasaraya mini Pak Abu.

Radziah dan Pak Abu nyata terkejut dengan kehilangan anak mereka setelah di beritahu oleh Syahril. Dengan di temani oleh beberapa orang penduduk sekitar,usaha pencarian ke atas Izad pun di mulai. Syahril turut membawa mereka ke dalam belukar di mana dia dan Izad di serang.

Sementara itu,Izad yang telah di culik oleh Maira sudah di bawa pergi menaiki kereta sehingga tiba di perkarangan pangsapuri sewa Maira.


******

"Aduh...sakitnya"Izad mengaduh sejurus tersedar dari pengsannya sambil meraba di belakang tubuhnya yang sakit akibat di hentam dengan kayu tadi. Dia mendapati dirinya sudah duduk di sit dalam kereta Maira.

"Izad dah sedar?"Maira yang duduk di sit pemandu bertanya.

"Eh? Kak Aira rupanya..macam mana Izad boleh ada kat dalam kereta Kak Aira pulak? Tadi kan Izad ada kat padang..

"Sebenarnya akak terserempak dengan penculik Izad waktu mereka seret tubuh Izad keluar dari belukar tepi padang tu. Bila dia nampak akak terus dia lari ketakutan. So akak pun pikul tubuh Izad masuk ke dalam kereta ni"Maira mereka-reka cerita untuk menutupi perbuatannya.

"Ohh macam tu ke..err..kawan saya Syahril tu macam mana pulak kak Aira?"

"Dia dah tersedar awal dari Izad. So akak suruh dia pulang dan adukan hal ni pada Pak Abu dan Kak Ziah"kelentong Maira lagi.

"Aduh..nasib baiklah kak Aira selamatkan Izad...kalau tidak tak tahulah apa nasib Izad"

Maira tersengih.

"Sudah..jom ikut akak naik ke pangsapuri. Kita kena taruh ubat kat belakang Izad yang sakit tu"

Izad mengangguk-angguk. Budak lelaki berusia 9 tahun itu pun turun dan mengikuti Maira naik ke tingkat pangsapurinya.

Sejurus masuk ke dalam pangsapuri itu,terus Maira mengunci pintu. Izad di lempangnya sehingga pengsan sebelum diikat tangan dan kaki serta mulutnya di sumbat kain dan di tampal dengan plaster agar jeritan budak lelaki itu tidak akan di dengari oleh penghuni lain pangsapuri sekiranya dia terjaga dan menjerit meminta tolong.

SEMENTARA itu pencarian ke atas Izad yang hilang telah berakhir dengan sia-sia. Kelibat budak lelaki itu gagal di temui sehingga Pak Abu terpaksa pergi ke balai polis untuk membuat repot. Radziah menangis pilu sambil mendoakan akan keselamatan anaknya. Dia berharap agar Izad selamat dan berjaya di temui semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience