PAGI tu Radziah masuk ke bilik tidur Maira. Anak angkatnya itu pula sudah pergi ke sekolah. Bilik tidur itu kemas dan bersih. Katil,bantal,selimut dan cadar dilipat dan tersusun dengan baik. Anak patung lama yang di ambil dari rumah kotej lama famili Maira pun ada diletak menyandar di kepala katil.
Jarang Radziah hendak masuk ke situ. Kalau masuk pun sekadar hendak mengemas dan menyusun apa-apa yang patut.
Namun semenjak dia mengetahui kecenderungan Maira terhadap hal-hal yang bersifat*horror*dan ngeri keterlaluan,Radziah merasakan adalah perlu untuk dia memantau sedikit apa-apa yang di lakukan oleh Maira.
Tiada apa yang anehnya di atas meja belajar Maira. Hanya dipenuhi dengan buku-buku sekolah. Ketika laci meja di buka dia menemui sepasang sarung tangan hitam. Sarung tangan itu adalah sebahagian dari kostum pakaian hantu yang mana si pemakainya akan kelihatan seolah-olah memiliki tangan hantu yang berkedut-kedut dengan jari-jemarinya yang panjang dan berkuku. Tiada apa yang anehnya kerana Radziah sendiri yang membelikan sarung tangan kostum itu buat Maira setahun dua yang lalu dekat kedai menjual cenderahati dan Maira ternyata amat menyukainya.
Akan tetapi apa yang di simpan oleh Maira di laci meja tingkat paling bawah sekali agak mengejutkan Radziah. Dia menemui suatu bungkusan. Ternyata di dalamnya ada sebilah pisau dengan kesan darah yang tidak di cuci.
Hal itu sungguh mencurigakan sekali. Radziah tertanya-tanya pisau berdarah itu telah di gunakan oleh Maira untuk tujuan apa? Darah apakah sebenarnya itu?
Ketika duduk bertinggung memeriksa laci bawah itu,bau busuk menyengat ke rongga pernafasan Radziah.
"Busuknya..datang dari mana bau ni?"getus hati Radziah sambil terus mencari.
Apabila dia menonggeng dan mengintai ke bawah katil Maira,lampu picit di tangan Radziah hampir terlepas apabila dia tersuluh kepala anak kucing yang telah terpenggal dari badan.
"Aaaaaa!"wanita itu terjerit dan terkejut.
Radziah mengusap dada yang berombak kencang. Serta-merta dia teringatkan bangkai anak kucing mati milik jirannya Kak Midah. Memang sah itulah kepala anak kucing itu.
Radziah langsung tidak menyangka bahawa rupanya Maira sendiri yang punya kerja menzalimi anak kucing milik jiran. Dan itu juga menjadi jawaban kepada keberadaan pisau berdarah yang di bungkusnya dalam plastik itu.
Tak dapat di bayangkannya bagaimana seorang anak gadis berusia sepuluh tahun seperti Maira sanggup menyembelih anak kucing itu lalu kepalanya di simpan di bawah katil. Hal ini di pandang serius oleh Radziah. Ini tidak normal sama sekali.
Selepas membuang kepala anak kucing itu Radziah tersandar lesu di sofa. Pelbagai persoalan menujah ke benak mindanya. Adakah dia sudah tersilap mengasuh Maira? Adakah dia terlalu memanjakan Maira sehingga tidak berdaya membendung kecenderungan gadis itu terhadap hal-hal ngeri dan sadis?
Sedang fikiran Radziah kusut dan berserabut,tiba-tiba suatu panggilan masuk ke henfonnya. Tertera nama dan nombor telefon guru kelas Maira dekat skrin I-Phonenya. Pantas panggilan itu di jawab.
"Ya waalaikumsalam cikgu.."
"Puan Radziah ada kelapangan masa tak sekarang ni? Boleh puan datang ke sekolah sekarang?"kata Puan Azura.
"Boleh je cikgu..tapi apa halnya ya? macam penting je tu"
"Pihak sekolah baru sebentar tadi memeriksa rakaman CCTV keselamatan di belakang sekolah. Asalnya kami nak mengecam beberapa orang murid yang ponteng sekolah dan melarikan diri ikut pintu pagar belakang tu,tapi tak sangka pulak temui satu rakaman lain melibatkan Maira"ujar guru wanita terbabit.
"Apa? Betul ke ni cikgu? Kalau macam tu baiklah..saya bertolak ke sekolah sekarang juga"
__________________________________
SEKOLAH RENDAH SRI PURNAMA,BILIK KAWALAN CCTV. JAM 10:40 AM.
Radziah sedang duduk menonton sebuah rakaman CCTV bersama guru kelas Maira. Dalam rakaman yang di ambil melalui CCTV belakang sekolah itu,pada tarikh sekian-sekian jelas kelihatan kelibat Maira sedang menggali tanah sebelum mengeluarkan bangkai seekor burung gagak lalu di simpan ke dalam suatu bungkusan plastik.
"Kalau Puan Radziah nak tahu..itulah dia bangkai burung gagak yang di lempar ke atas cermin kereta saya tempoh hari sebelum ia di gali semula lalu di hadiahkan sempena majlis birthday saya. Tapi masa tu kita tak ada bukti kerana CCTV dekat kawasan parkir rosak. Jadi saya rasa rakaman CCTV ni dah cukup sebagai bukti bahawa Maira yang melakukan semua tu"ujar Cikgu Azura.
Tergamam Radziah di buatnya. Dia tidak menyangka anak angkatnya sanggup bertindak sejauh itu. Untuk menyangkal hal tersebut pun agak sukar baginya kerana dia sendiri pun baru di kejutkan dengan kepala anak kucing yang di temui bawah katil Maira.
Maka dengan itu juga Cikgu Azura mahupun Radziah sudah dapat menduga angkara siapakah di sebalik gangguan mesej wassap yang di terima oleh guru terbabit.
"Tapi kenapa dia sanggup buat macam tu kat cikgu?"
"Mungkin sebab dia marahkan saya sebab mendendanya tempoh hari"agak Puan Azura.
"Aduh..saya sebagai ibunya nak minta maaf kat cikgu atas perlakuan melampau Maira. Saya sendiri pun masih berasa terkejut dengan semua ini. Pagi tadi saya temui kepala anak kucing jiran yang dah di penggal dari tubuh kat bawah katil Maira.."
"Auchh"Puan Azura terpejam mata dan berasa sedikit ngeri.
"Entahlah cikgu..saya fikir Maira terlalu terpengaruh dari tv dan filem ngeri dan ganas yang selalu di tontonnya. Nampaknya saya dan suami harus berbincang dengan serius dan mengambil suatu tindakkan wajar ke atas Maira. Maafkan saya cikgu"
"Tak apalah Puan..saya dah maafkan semua tu. Saya syorkan Puan dan suami bawalah Maira berjumpa dengan pakar kaunseling berkaitan tingkah-laku kanak-kanak. Sayang sekali kalau sahsiah pemikiran seorang kanak-kanak seperti Maira di rosakkan oleh anasir pengaruh yang buruk. Lagipun Maira seorang murid yang cemerlang dalam pelajarannya"nasihat cikgu Azura.
Perihal Maira akhirnya sampai ke pengetahuan Arman yang nyata amat terkejut dan tidak menyangka gadis tersebut boleh bertindak sejauh itu.
Sebagai penjaga,Radziah dan Arman berasa bertanggungjawab lalu membawa Maira menemui seorang pakar dalam bidang psikologi dan permasalahan tingkah-laku kanak-kanak.
_____________________________
PUSAT KAUNSELING DAN PSIKOLOGI KANAK-KANAK.
DOKTOR Badrisyah mendengar dengan teliti sambil membuat sedikit catatan hasil butiran terperinci setiap kelakuan dan tindak-tanduk Maira seperti apa yang di sampaikan oleh Radziah dan Arman.
Dari hal yang berlaku di sekolah sehinggalah apa yang di lakukan oleh Maira di rumah,semuanya di jelaskan kepada Doktor Badrisyah.
"Tolonglah kami doktor...sebagai ibu dan bapa..kami amat risau kalau perkara-perkara ini akan mengubah corak perilaku hidup Maira"rayu Arman.
Radziah yang duduk di sisi mengangguk dan mengiyakan kata-kata suaminya.
Doktor Badrisyah yang berusia 60an, bercermin mata dengan rambut serba memutih itu membaca kembali setiap poin maklumat berkaitan Maira dan cuba membuat suatu rumusan.
"Berdasarkan apa yang Encik Arman dan puan Radziah sampaikan tadi,rumusan secara kasarnya yang boleh saya simpulkan berkaitan Maira ialah dia mempunyai simptom*conduct disorder*,walaubagaimanapun hal ini memerlukan penelitian lebih lanjut untuk mengenal pasti puncanya. Tapi mujurlah kamu berdua pantas membawa dan merujuk ke pusat kaunseling dan psikologi ini lebih awal "ujar Doktor Badrisyah.
"Berbahayakah doktor?"tanya Radziah ingin tahu.
"Dalam beberapa kes kanak-kanak yang menghidap simptom sebegini,ada yang bertindak di luar dugaan sehingga ke tahap membunuh. Lebih parah lagi apabila mereka terpaksa meneruskan hidup dan membesar dewasa dengan simptom berkenaan tanpa terapi dan bimbingan..peluang untuk mereka menjadi psikopat lebih besar"
Radziah dan Arman tergamam dan terkejut.
"Tapi kami dah membesarkan Maira dengan sepenuh kasih sayang doktor. Kami tak membezakan pun dia dengan anak kandung sendiri. Kami beri segala apa yang Maira mahukan"ujar Radziah.
"Puan tak usah bimbang. Perkara sebegini tidak semestinya berpunca dari tekanan hidup,stress atau kurang kasih sayang. Ia boleh jadi juga kerana faktor genetik"jelas Doktor Badrisyah lagi.
"Genetik?"serentak Radizah dan Arman menyoal.
Doktor Badrisyah menatap tenang ke wajah dua orang kliennya itu.
"Ya..seperti yang Encik Arman dan Puan Radziah nyatakan tadi bahawa Maira bukanlah anak kandung kamu kan?"
"Benar doktor..tapi kenapa ya doktor?"
Doktor separuh usia itu bangun dari kerusinya dan membuang pandangan ke luar tingkap buat seketika. Di lihatnya Maira sedang di bawa berjalan-jalan dekat halaman bangunan pusat kaunseling dan psikologi itu dengan di temani seorang staf sebelum berpaling semula ke arah klien suami isteri terbabit.
"Saya fikir Maira berkemungkinan memiliki pembawaan genetik*conduct disorder*itu dari ibu bapa kandungnya"
"Maksud doktor ianya boleh jadi adalah penyakit keturunan?"telah Arman.
"Benar"
"Saya kenal ibu kandung Maira Doktor. Beliau adalah teman baik saya. Arwah tidak pernah menunjukkan sebarang tanda memiliki sindrom seumpama itu"kata Radziah.
"Kalau begitu boleh jadi genetik itu turun dari bapa kandung Maira"
Radziah dan Arman saling berpandangan sesama sendiri.
... BERSAMBUNG..
Share this novel