1.Tangan Hitam

Horror & Thriller Series 5227

(AUTHOR: UNTUK MAKLUMAN PEMBACA BARU..SIRI (MORBID 2 GeNeTiK) INI ADALAH KESINAMBUNGAN ATAU SEKUEL KE-DUA DARI SIRI MORBID(Banned). ANDA DI SARANKAN UNTUK MEMBACA MORBID(Banned) TERLEBIH DAHULU. WALAUBAGAIMANAPUN TIADA MASALAH SEKIRANYA ANDA MAHU TERUS SAJA MEMBACA SIRI MORBID(GeNeTiK) KERANA DALAM SIRI KE-DUA INI IA SEPENUHNYA ADALAH CERITA BAHARU TANPA ADA SANGKUT-PAUT LAGI DENGAN WATAK-WATAK DAN JALAN CERITA DARI SIRI MORBID PERTAMA)

______________________________________________

ENAM TAHUN SELEPAS TRAGEDI BERDARAH DI RUMAH KOTEJ....

LANGIT membiru terbentang luas,memayungi Sekolah Rendah Sri Purnama. Tadi sejurus loceng sekolah bergema,murid-murid sekolah pagi berpusu-pusu keluar untuk rehat. Waktu-waktu begini para pelajar akan pergi ke kantin untuk menjamu selera. Ada juga yang pergi bermain di padang atau bersembang dengan rakan-rakan.

Dalam riuh-rendah suara dan gelak tawa murid-murid yang sedang bermain di padang,Maira duduk sendirian dekat sebuah bangku bawah pokok. Gadis berusia sepuluh tahun itu lebih gemar bersendirian dan kurang bercampur-gaul dengan murid-murid lain.

Rambutnya terbuai-buai di tiup angin. Sambil makan, pandangannya di buang di kejauhan atau melihat rumput-rumput padang sekolah yang beralun-alun.

Sesudah menghabiskan sandwich di dalam bekal yang ada di bawa dari rumah,Maira terus bangkit meninggalkan bangku bawah pokok di tepian padang dan berjalan pulang ke kelas.

Bilik darjah Empat Melor sunyi-sepi. Hanya Maira sendirian duduk di bangku meja tulisnya sambil meluangkan waktu masa rehat yang berbaki dengan melukis di atas kertas lukisan.

Sedang leka gadis itu melakar,seorang rakan sekelasnya muncul sambil tersengih-sengih. Rasa menyampah serta-merta muncul dalam diri Maira apabila melihatkan rakan sekelasnya yang bernama Nani itu.

"KAU lukis gambar apa tu Maira? buruknya..hikhikhik"ejek Nani.

Maira terus melukis di kertas lukisannya tanpa menghiraukan kata-kata Nani.

"Kau dah bisu ke Maira..tak boleh bercakap dah? Kenapa buruk sangat lukisan kau ni eh?"

Nani terus tercegat di sisi meja yang sedang diduduki oleh Maira sambil berpeluk tubuh dan tersengih memerhati.

"Pergilah! Jangan kacau aku!"tegas Maira.

"Kalau aku taknak pergi,kau boleh buat apa?"

Tanpa menghiraukan Nani,Maira terus melukis. Kali ini dia melakarkan gambar seorang gadis yang sedang menghadap sebuah cermin lalu di cekik oleh suatu makhluk bertangan hitam dari arah belakang.

Nani yang kurang selesa melihat gambar itu akhirnya beredar meninggalkan Maira sendirian dalam kelas empat Melor. Di saat murid-murid lain meluangkan waktu rehat samada di kantin atau bermain di padang,Nani terus berjalan dan pergi ke tandas yang letaknya di hujung deretan bangunan.

Sunyi sepi. Tiada pula murid lain di dalam tandas. Hanya Nani sendirian.

Dia mencuci mukanya sambil menghadap cermin dalam tandas. Entah kenapa lukisan yang di lakar oleh Maira tadi agak mengganggu fikiran gadis berusia sepuluh tahun itu.

KRIEKK...

Tiba-tiba daun pintu masuk tandas berbunyi,menandakan ada orang datang dan menolaknya dari luar. Tapi tiada pula kelihatan sesiapa pun yang masuk ke situ.

Nani berhenti mencuci muka dan menutup paip. Entah kenapa hatinya berasa tidak sedap. Ketika dia berpaling,di lihatnya ada tangan hitam melambai-lambai dari balik dinding lorong laluan keluar tandas.

"Siapa?! Siapa tu?! jangan main-main lah!"

Gadis berusia sepuluh tahun itu mulai berasa ketakutan lalu dia pun masuk ke dalam salah sebuah jamban dan mengunci pintu dari dalam.

Dek terkejut dan ditakutkan oleh seekor cicak besar yang merayap di dinding,Nani terpaksa membuka semula pintu dan keluar. Di saat itulah sepasang tangan hitam tadi telah mencekik ke leher gadis itu.

"Erkk...erkkk"

Nani kelemasan sambil cuba sedaya upaya melepaskan tangan hitam yang mencekik ke lehernya dengan kuat.

"Ughh..ughhh"Nani meronta-ronta.

Tidak setakat itu,air paip di dalam salah sebuah sinki telah di buka. Lubang sinki pula telah di tutup sehingga air mulai bertakung dan melimpah ke lantai. Kepala Nani telah di rendam ke dalam air sinki.

Gadis itu meronta terkapai-kapai kelemasan sebelum akhirnya kaku dan longlai. Nani tidak bergerak-gerak lagi.


--------------------------

SEKOLAH rendah Seri Purnama kecoh dan gempar dengan penemuan mayat Nani seorang murid kelas 4 Melor dalam keadaan mati lemas di tandas sekolah. Para pelajar dan guru berkerumun tatkala kereta polis dan ambulan masuk ke perkarangan sekolah.

Ibu bapa kepada Nani hadir setelah di maklumkan tentang kejadian itu. Mereka agak terkejut dan sebak serta tidak dapat menerima akan apa yang telah terjadi ke atas anak mereka.

Beberapa orang guru wanita terpaksa memapah ibu Nani yang pengsan setelah meraung kuat tadi.

Sementara itu Maira yang tidak turun ke bawah untuk menyertai gerombolan murid dan guru hanya berdiri memerhatikan saja dari dalam tingkap kelas darjah 4 Melor sambil tersenyum.

Kemudian gadis itu kembali duduk di mejanya. Kertas lukisan dengan gambar gadis menghadap cermin dan di cekik oleh sepasang tangan misteri berwarna hitam itu di keronyok lalu di buang ke dalam tong sampah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience