4.Kotej Terbiar

Horror & Thriller Series 5227

"MAIRA tak buat kan perkara-perkara pelik macam tu?"soal Radziah sejurus gadis itu pulang dari sekolah.

Maira sekadar menggeleng.

Rupanya pihak sekolah telah menghubungi ibu bapa dan penjaga setiap murid kelas 4 Melor di atas beberapa gangguan yang menimpa Puan Azura. Perkara itu di pandang serius oleh pihak sekolah kerana ia agak mengganggu ketenteraman emosi guru terbabit.

"Baiklah..mama percaya Maira seorang murid yang baik"kata Radziah sambil mengusap di kepala Maira.

Malah jauh di sudut hati Radziah juga sukar mempercayai perbuatan seperti membuang bangkai burung gagak ke cermin kereta,menghantar mesej gurauan yang agak mengganggu serta mengorek kubur gagak yang telah di tanam sebelum bangkai yang telah membusuk itu di jadikan hadiah harijadi kepada seseorang sanggup di lakukan oleh seorang gadis kecil berusia sepuluh tahun seperti Maira mahupun kanak-kanak seusianya.

Perbuatan itu terlalu menyalahi norma seorang kanak-kanak yang sihat dan waras akal fikirannya.

"Agaknya ada orang gila terlepas kat sekolah Maira tu kot? Bukan ke baru je lagi kes murid sekelas Maira mati lemas minggu lepas..laporan polis juga mengesahkan kes tu bermotifkan bunuh..bukan di sebabkan kecuaian,kemalangan atau bunuh diri"Arman pula mencelah.

"Hish..entahlah bi..ayang risau jugak dengan keselamatan Maira kat sekolah. Agak-agaknya kes gangguan ke atas guru kelas Maira ada kaitan tak dengan kes tu?"balas Radziah yang sedang menyusukan bayinya.

Air muka Arman tampak serius. Dahinya berkerut.

"Kita fikir yang baik-baik je ayang. Hopefully gangguan ke atas guru kelas Maira tak ada kaitanlah dengan kes yang berlaku melainkan sekadar gangguan dari murid nakal je''ujar Arman lebih positif.

Radziah mengangguk bersetuju.


--------------------------------------------

CUTI hujung minggu tiba. Radziah dan suami bercadang untuk pulang menjenguk ibunya. Kebetulan laluan utama yang mereka lalui juga adalah jalan yang sama untuk ke lokasi rumah lama famili Maira iaitu di sebuah desa terpencil.

Maira beriya-iya menyuruh ibu angkatnya untuk singgah sebentar ke rumah yang telah lama di tinggalkan itu.

"Boleh kan mama?"pujuk Maira yang duduk di sit belakang.

"Tapi rumah tu dah terbiar usang Maira. Dah di mamah hutan. Tak ada orang berani pergi ke situ"balas Radziah yang duduk memangku bayi sementara suaminya Arman memandu kereta.

"Alah kita singgah sebentar je mama. Kita tengok dari luar pagar je. Maira rindulah kat rumah kotej tu. Banyak kenangan dengan ibu kat situ dulu kan?"

Radziah memandang kepada suaminya Arman seakan meminta pendapat. Kalau ikutkan hatinya dia memang agak keberatan hendak ke sana,apatahlagi Radziah sendiri turut berada di lokasi rumah kotej berkenaan sewaktu kejadian pembunuhan ngeri melibatkan Salma, ibu kandung Maira yang juga teman baiknya sekitar enam tahun lalu.

Bayangan ngeri pada waktu itu dikala dia tiba di rumah kotej berkenaan dengan di temani sekumpulan anggota polis kembali terbayang di fikiran. Gambaran jasad Salma terbujur kaku dalam limpahan darah yang dahsyat, dengan bahu yang di tetak serta buah dadanya putus amat sukar di padam dari ingatan. Radziah masih ingat betapa dia meraung kuat pada waktu itu.

"Entahlah Maira.."kata Radziah.

"Uncle..kita singgah kat rumah famili Maira sekejap je boleh kan?"gadis itu cuba memujuk suami ibu angkatnya pula.

Lama Arman berdiam. Dia menoleh pula kepada isterinya. Radziah seakan memberi isyarat agar suaminya saja membuat keputusan samada untuk singgah ke sana atau tidak.

"Baiklah..tapi kita tengok dari luar saja ya"Arman akur.

"Baiklah. Terima kasih uncle"Maira berasa girang kerana hajatnya untuk melihat rumah lama familinya tercapai jua.


-------------------------------------

SEBUAH rumah kotej usang dua tingkat kini tersergam di depan mata. Maira,Radziah dan Arman sekadar berdiri memerhati dari luar pagar keliling rumah berkenaan. Selepas enam tahun kejadian ngeri itu berlalu,kini rumah tersebut di mamah hutan. Sebahagian dindingnya reput di makan anai-anai dan lumut.

Bersebelahan dengan rumah kotej itu ada ladang tebu yang seluas mata memandang. Suatu ketika dahulu arwah ayah kandung Maira yang menguruskan ladang berkenaan yang mana pada waktu kini ia kian terbiar dan tumbuh meliar tidak terkawal. Pucuknya pula tinggi-tinggi. Seolah-olah ladang itu menjadi lautan pepohon buat menenggelamkan rumah kotej berkenaan bersama seribu cerita sejarah lampau yang pernah terlakar.

Maira berpaut pada pagar sambil tak berkedip matanya menancap pandangan ke halaman rumah kenangan tempat dia bermain di waktu kecil dahulu.

Bangsal kandang kuda kepunyaan pakciknya telah runtuh. Rumput dan lalang memenuhi segenap laman. Radziah termenung panjang memandang ke arah pagar masuk rumah kotej berkenaan. Pita 'larangan masuk' yang di letak oleh pihak polis sewaktu menangani kejadian pembunuhan ngeri itu enam tahun lalu pun masih ada lagi di situ.

Betul-betul dekat pokok besar di luar pagar itu lah mayat Salma di temui bersama mayat si pembunuhnya. Kedua-duanya mati selepas saling bunuh-membunuh dalam hujan lebat dinihari pagi. Dan mujurlah Maira yang pada ketika itu baru berusia empat tahun di temui selamat dalam kereta.

Radziah terpejam bersama air mata yang mengalir di pipinya. Barangkali wanita itu terkesan akan peristiwa berkenaan. Apatahlagi ia melibatkan ibu Maira yang juga temannya sendiri.

Arman yang sedang mendukung bayi mengusap di belakang tubuh isterinya buat menenangkan sedikit perasaan Radziah yang berkecamuk.

SHOoooooooooo.....

Angin bertiup bersama gemersik pepohon tebu dan rimbunan hutan,menerbangkan dedaunan kering yang bersepahan di sekitar rumah kotej berkenaan.

Maira tiba-tiba berlari ke arah pintu pagar masuk membuatkan Radziah dan Arman tersentak dan terkejut sebelum pasangan suami isteri terbabit pantas membuka langkah dan berkejar ke arah yang sama.

"Maira nak pergi mana pulak tu?!"teriak Radziah.

"Nak amek anak patung lama Maira. Tu! ada tersangkut kat tepian anjung!'balas Maira.

"Maira! jangan! kita tak boleh masuk ke laman rumah tu lagi"cegah Arman.

"Kenapa pulak?"soalnya.

"Kan ada pita 'larangan masuk' lekat kat pagar. Pihak polis tak benarkan sesiapa pun untuk masuk atau menceroboh kawasan ni lagi Maira"terang Arman sedikit termengah.

"Maira nak amek anak patung tu je"gadis itu berdegil.

Rantai yang melilit pagar rumah itu rupanya tidak di kunci dengan mangga. Itu menandakan yang ia boleh di lerai dan buka dengan mudah bagi sesiapa yang mahu menceroboh masuk ke dalam sana.

Pita 'larangan masuk' itu di rentap oleh Maira hingga tercabut.

"Maira jangan mama kata jangan! Kenapa degil sangat ni?!"Radziah menarik tangan Maira untuk mencegahnya dari terus berdegil untuk masuk ke laman rumah kotej berkenaan.

"Tepilah!"Maira menyangkal tangan ibu angkatnya.

"Melawanlah ya!"

Radziah hilang sabar lalu di tamparnya ke pipi anak angkatnya itu.

Maira menekap ke pipinya. Air mata mulai bergenang.

"Kalau mama benci nak jaga Maira sebab Maira dah jadi beban dalam rumahtangga mama dengan uncle,biarkan Maira tinggal kat rumah kotej terbiar ni aja!"

"Biadab!"menyirap darah Radziah dengan kata-kata gadis itu.

Baru Radziah nak angkat tangan lagi,Arman segera mencegah dan menarik tangan isterinya.

"Sudahlah ayang..tak usah! biarkan aja"

Maira terus berpaling dan membuka lilitan rantai pagar sebelum berlari masuk ke laman rumah.


******

Arman berdiri menyandar ke badan kereta sambil berpeluk tubuh membuang pandangan jauh ke dalam halaman rumah kotej. Di lihatnya Maira sedang duduk di tangga kecil anjung rumah terbiar itu sambil memeluk anak patung lama kepunyaannya. Mujurlah suami Radziah itu sering bersikap tenang dan rasional. Dia tidak mahu keadaan menjadi keruh. Maira sudah di anggap seperti anak kandungnya sendiri. Dia tidak mahu emosi yang di perturutkan oleh isterinya tadi membuat Maira berasa berjauhan hati.

Sementara itu Radziah pula sedang duduk menyandar dekat sit dalam kereta sambil memangku bayinya. Amarahnya tadi telah beransur reda. Rasa bersalah dan kesal mulai menghantui diri kerana gagal mengawal emosinya dan terlanjur berkasar dengan Maira tadi. Walhal tidak pernah walau ada sekelumit pun rasa beban bagi dirinya dalam menjaga dan membesarkan Maira.

"Bi..ayang risaulah kalau Maira betul-betul maksudkan yang dia tak mahu tinggal dengan kita lagi hanya kerana memikirkan yang dia akan menjadi bebanan. Padahal ayang sayangkan Maira seperti anak sendiri"luah Radziah pada Arman.

"Tak adalah sampai macam tu..ayang jangan risaulah.. tunggu dalam kereta jap. Abang nak pergi tengokkan Maira kat dalam tu"pesan Arman kepada isterinya.

Radziah mengangguk.

Arman berjalan tenang masuk ke dalam halaman rumah kotej. Maira yang sedang duduk di tangga kecil anjung sekadar termenung menongkat pipi.

"Boleh uncle pinjam dan tengok anak patung Maira sekejap tak?"Arman tersenyum ketika telah melabuhkan punggungnya di tangga anjung.

Maira terus menghulurkan anak patung itu.

Arman membelek seketika.

"Dah kusam dan berdebu. Nanti sampai rumah uncle tolong cucikan anak patung ni bersih-bersih sampai nampak macam baru beli..okey?"

Dalam perlahan-lahan Maira mulai mengukir senyuman dan mengangguk-angguk. Hatinya terpujuk dengan kata-kata suami ibu angkatnya itu.

"Maira..Maira kena tahu bahawa mama dengan uncle sangat sayangkan Maira macam anak sendiri. Kami tak pernah rasa pun Maira seperti suatu bebanan. Mama sedih sangat bila Maira cakap macam tu tadi..Maira tak kesian ke kat mama?"

Maira tertunduk dan terdiam agak lama.

"Tak apalah..lupakanlah hal tu. Uncle nak minta Maira berbaik semula dengan mama boleh kan? Nanti mintalah maaf dan peluk mama ya?"pujuk Arman.

Maira mengangguk-angguk.

Arman dan Maira pun bangkit dari duduk dan berjalan keluar dari halaman rumah kotej. Radziah berasa sebak,terharu bila Maira datang meminta maaf dan memeluknya dengan erat.

Arman tersenyum dan menarik nafas lega. Segalanya kembali baik seperti sediakala.

Kereta yang di naiki pun beredar meninggalkan kawasan rumah kotej.

.. BERSAMBUNG..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience