34.Kes Selesai

Horror & Thriller Series 5227

MALAM pun tiba. Aira di lihat sudah bersiap-siap mengenakan pakaian*party dress*dan berhias anggun. Wanita muda itu tidak keluar pergi melukis di Jalanan Seni sehari-suntuk ini setelah pulang dari klinik dan mendapat berita tentang dirinya yang hamil pagi tadi. Dia ada saja duduk-duduk di rumah.

"Kak Aira nak keluar pergi mana? Izad nak ikut boleh tak?"kata Izad sambil melihat sahaja wanita muda itu duduk bermekap dan menyolek wajah di hadapan cermin.

"Tak boleh Izad. Kak nak pergi*clubbing*tempat orang dewasa. Kanak-kanak tak boleh masuk kot kat premis tu. Dah,Izad duduk rumah je"balas Aira. Budak lelaki itu terpaksa akur.

Rupanya Aira telah berjanji untuk berjumpa dengan Radziah. Sebelah siang tadi mereka bermesej mesra. Radziah beriya memujuk wanita muda itu agar membuka topi dan cermin mata gelap yang selama ini tidak pernah sekali pun di bukanya bila di hadapan Radziah.

Aira bersetuju untuk mendedahkan wajah sebenarnya pada Radziah dengan syarat wanita ibu angkatnya itu sanggup menemaninya pergi berhibur di sebuah pub hiburan.

Radziah bersetuju!

Aira juga sudah tidak sabar untuk melihat reaksi Radziah setelah mengetahui identiti wajah sebenarnya nanti. Baginya sudah tiba masa untuk dia mengakhiri segala lakonannya. Dia mahu wanita ibu angkatnya itu terkejut dan terduduk setelah tahu bahawa ketakutan yang cuba di elak-elakkannya selama ini rupanya telah lama berada di sisinya.

"Hahahahaha! siaplah kau Radziah. Malam ni jugak aku nak kau hadapi hakikat ini semua!"kata Aira lalu ketawa.

Aira di lihat beredar keluar dan bertolak dengan keretanya sekitar jam sepuluh malam. Pada ketika itu detektif Din dan Tatiana yang terpaksa menunggu di dalam kereta di suatu sudut halaman pangsapuri berkenaan semenjak siang tadi sudah boleh menarik nafas lega kerana inilah masanya untuk mereka membawa Izad keluar dari pangsapuri Aira.


------------------------------------------------

KERETA di parkir dekat luar pub hiburan itu. Radziah melangkah keluar dari sit pemandu sambil menacap mekap dan gincu bibirnya. Hingar-bingar muzik di dalam premis itu dapat didengar hingga ke luar.

Dulu-dulu Radziah juga gemar pergi ke tempat hiburan pub seperti itu. Tapi itu cerita lama dulu sewaktu dia dan ibu kandung Maira berteman baik. Kemudian setelah berkahwin dengan Arman,Radziah tidak lagi mengunjungi ke pub sehinggalah ke hari ini.

Radziah melangkah masuk ke dalam pub. Bezanya kini dia ke tempat itu dengan memakai tudung yang di padankan dress yang seksi tapi tidak terlalu mendedah-dedahkan tubuh. Hanya saja kain panjangnya ketat dan terbelah di tepi. Sebatang kaki peha gebu dan betis padinya pasti terjulur keluar sedikit apabila dia melangkah.

Namun Radziah tidaklah berasa janggal sangat ke situ kerana pub itu memang khas untuk golongan penggemar sesama kaum hawa. Tiada pengunjung lelaki pun di dalam sana.

Papp!

Radziah menoleh saat punggungnya di tepuk oleh seorang pengunjung wanita cina berpakaian seksi. Wanita itu tersenyum sambil menyeka rambut cuba menggoda Radziah.

Radziah sekadar membalas senyuman dan menolaknya dengan baik.

Aira sudah menantinya di suatu sudut bangku bar sambil melambai. Radziah tersenyum membalas lambaian. Dia duduk berbual mesra dengan wanita muda itu. Aira tampak berbeza dari hari-hari kebiasaannya. Malam ini wanita muda itu mengenakan dress party yang singkat dan seksi. Hanya saja dia masih menyarung topi dan bercermin mata gelap.

Ketika lagu disco rancak berkumandang,Radziah dan Aira berdansa bersama. Dalam hiruk-pikuk suasana di bawah lampu neon berwarna-warni,sesekali dua wanita itu tidak segan silu berkucupan bibir.

Mmmh.

"Aira kata nak buka topi dan glasses tu kan?"Radziah sudah tidak sabar. Wanita muda itu yang berjanji akan membuka cermin mata gelap dan topinya sekiranya Radziah sudi pergi berhibur dengannya di pub.

Aira pun membuka topi dan cermin mata gelapnya. Kini wajah sebenarnya terpampang di hadapan Radziah.

Radziah seakan terkaku menatap wajah cantik itu. Itu mengingatkannya pada seseorang. Seseorang yang sudah lama tidak di temuinya. Matanya terbeliak.

"Tak mungkin.."getus Hati Radziah cuba menafikan.

"Mama.."kata Aira.

Radziah tersentak dengan panggilan itu.

"Kenapa? Mama terkejut?"

"Ai..Aira.."

"Nama sebenar Aira pun mama dah lupa kan? Sepuluh tahun lamanya"

"Maira..ini betul-betul Maira ke?"

"Ada Maira lain ke yang mama kenal?"

Radziah serta-merta di selubungi ketakutan. Beberapa kali juga dia terteguk air liur. Dia pun mencapai beg tangannya dan ingin beredar namun di halang oleh Maira.

"Mama kenapa sampai hati buat macam ni kat Maira?"

"Maafkan mama..Maira bila keluar dari penjara? Mama betul-betul terkejut dan tak sangka.. ingatkan Maira akan selamanya.."

"Sebab tu lah Mama sampai hati abaikan Maira kan?"

Radziah menangis kesal dan memeluk wanita muda itu. Maira mengusap tubuh ibu angkatnya. Air matanya turut mengalir.


--------------------------------------

SEMENTARA itu di hadapan rumah kediaman pangsapuri Maira telah di kerumuni oleh jiran-jiran dan penduduk di saat detektif Din dan Tatiana yang turut di iringi oleh pihak pengurusan pangsapuri berjaya membawa keluar Izad yang selama ini hilang dalam sebuah kes penculikkan.

Keadaan itu amat menggemparkan. Rata-rata penduduk di pangsapuri berkenaan tidak pernah menyangka bahawa cik Laila yang menyewa kediaman terbabit rupanya adalah si penculik Izad yang sedang giat di buru oleh pihak polis.

Tak lama kemudian Detektif Hussein Abas juga tiba di tempat kejadian dengan berkerusi roda sambil iring isteri dan anaknya. Beliau juga telah menghubungi Pak Abu dan menceritakan segala-galanya. Pihak polis juga telah di hubungi. Keadaan di sekitar pangsapuri berkenaan mulai sesak.

Pak Abu yang datang tak lama kemudian menangis kesyukuran saat melihat Izad telah pun berjaya di selamatkan. Budak lelaki itu juga menangis pilu teresak-esak sambil memeluk bapanya yang sudah agak lanjut usia itu. Setelah di jelaskan segala-galanya oleh Tuan Hussein melalui panggilan tadi,baru kini orang tua itu menyedari kenapa hatinya terdetik seolah-olah dia pernah terjumpa atau melihat Aira suatu ketika lalu. Rupanya wanita muda itulah Maira,anak angkat Radziah yang pernah di sabitkan kes membunuh dan penjarakan selama sepuluh tahun.

"Terima Tuan Hussein..anak-anak buah kamu memang cekap. Saya sendiri pun tidak pernah menyangka Aira itu rupanya Maira yang telah menculik Izad"ucap Pak Abu terharu.

"Sama-sama Pak Abu. Yang penting segalanya dah selesai. Izad pun selamat"Detektif Hussein tersenyum dan menepuk-nepuk ke bahu orang tua itu.

Pak Abu menoleh kepada dua orang detektif anak buah Tuan Hussein dan berterima kasih sangat di atas segala kecekepan mereka dalam mengambil alih kes penyiasatan kehilangan Izad.

"Oh ya..tapi macam mana kamu berdua boleh mengesyaki Aira si pelakunya?"tanya Pak Abu.

Detektif Din dan Tatiana tersenyum.

"Pak Abu ingat lagi tak kali pertama kami berdua terserempak dengan Aira dekat kedai mini Pak Abu dulu?"

"Ah ya..ya..waktu tu kamu menegur zip beg lukisannya yang terbuka tu kan?"

"Ya..itulah kecuaian terbesar Aira. Sudahlah dia terlupa menutup zib begnya,malah dia menyimpan pula dokumen fail penyiasatan kes Izad yang di curi dan ragutnya dari Puan Radziah tu dalam beg terbabit sehingga terdedah kepada kami"ujar Din.

"Dengan mudah kami mengenali fail terbabit sebab ada cop rasmi agensi penyiasatan Tuan Hussein tertera di kulit hadapan fail. Bingo!"detektif Tatiana menambah sambil memetik jari.

"Haih..sungguh saya tak sangka..rupanya Aira lah si peragut yang tolak Radziah sehingga gugur kandungannya. Cukup handal sekali lakonannya"Pak Abu menggeleng kesal.

"Eh baru kami sedar..Puan Radziah tak ada kat sini? Dia tak datang sekali ke Pak Abu?''

Pak Abu tampak gelisah dan cuba menghubungi isterinya beberapa kali namun gagal berjawab.

"Alahai Ziah..jawablah panggilan saya ni..jawab!"katanya kecewa.

"Kenapa ni Pak Abu?"

"Isteri saya keluar malam ni. Dah puas saya hubungi tapi dia tak jawab"ujar Pak Abu lalu menghantar mesej pula.

"Dia ke mana?"

"Keluar dengan Aira itu lah"

"Mereka ke mana Pak Abu?"

"Dia tak beritahu pula ke mana"

"Kalau macam itu kita minta bantuan polis untuk kesan lokasi mereka melalui GPS''

.. BERSAMBUNG..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience