MALAM tu cikgu Azura datang bertandang ke rumah dengan membawa beberapa hidangan yang di masaknya untuk di kongsi dengan Radziah sekeluarga. Lagipun guru kelas Maira itu sudah semakin rapat dan akrab dengan Radziah.
Sambil makan mereka bersembang itu dan ini.
"Sedapnya masakkan cikgu. Mesti kaki masak ni kan?"kata Radziah.
"Hahaha biasa-biasa je lah Puan"balas guru kelas Maira itu. Malam ini dia tampak jelita dan anggun bertudung sanggul tinggi dengan kain gold emas yang di pilihkan oleh Radziah tempoh hari.
"Eh suami dan anak-anak cikgu tak ikut sekali ke?"tanya Arman.
"Tak ikutlah Encik Arman. Suami bawa anak-anak pergi jenguk mak mentua selama beberapa hari. Saya tak dapat nak ikut mereka sebab kerja kan.."ujar cikgu Azura.
Maira senyap saja di bangku yang sedang didudukinya sambil menikmati ayam goreng berempah.
"Maira nak ayam goreng lagi?"tanya cikgu Azura.
Gadis itu sekadar menggeleng.
"Bi..malam ni cikgu nak tumpang tidur rumah kita boleh kan? Lagipun ayang banyak perkara nak sembang dengan cikgu"Radziah meminta izin dari suaminya.
"Eh boleh je..nanti kemaskan sikit bilik tetamu tu cantik-cantik untuk cikgu"balas Arman.
"Ayang nak temankan cikgu tidur kat bilik tamu sekali boleh tak bi? Geramlah tengok tudung sanggul tinggi seksi dia tu..berkilat menciut-ciut..muah!"kata Radziah sambil usap-usap di belakang batang tubuh guru kelas Maira.
Langsung suaminya Arman dengan cikgu Azura terlepas ketawa berdekah-dekah.
''Hahaha okey okey..ayang temankanlah cikgu tidur kat bilik tamu"kata Arman.
"Nanti bi tengok-tengokkan baby Irfan ya?"pesan Radziah.
"Orait"
LEWAT malam tu hujan turun lebat. Jam sekitar pukul 11:45. Maira sudah nyenyak tidur di biliknya. Sahabat misterinya Dahlia yang dari tadi duduk di kerusi sambil bergumam nyanyian tiba-tiba berdiri lalu keluar dari bilik dan berjalan meninjau ke bilik tetamu. Pintu bilik itu berkunci dari dalam. Tapi dia dapat mendengar suara Radziah dan cikgu Azura berbual apa entah sambil sesekali di selangi dengan ketawa.
Dekat luar rumah angin bertiup kuat. Agak deras hujan turun malam ni. Sesekali cahaya kilat memancar di langit di sertai dengkuran guruh.
Dua pasang kaki wanita saling tindih-menindih mesra di atas katil besar dalam bilik tamu.
GRONKKKKK!
"Opocot mak kau meletup!".
Langsung kucupan bibir Radziah dan cikgu Azura terlepas dek terkejutkan bunyi kilat yang menyambar kuat.
"Ku semangat..terkejut di buatnya"Radziah mengurut dada sambil membetul-betulkan coli ranggi tali bersilang di leher yang membungkus buah dadanya.
"Eh kita sudah-sudahlah dulu ya Puan Radziah"kata cikgu Azura sambil lucutkan perhiasan bunga,kerawang dan manik-manik berkilauan yang menghiasi rambutnyam
"Alah pakai je lah macam tu cikgu sampai bangun pagi esok pun apa salahnya..kan cantik jelita begitu bak permaisuri"pujuk Radziah.
"Tapi nak tidur macam mana dengan seribu satu macam perhiasan dekat tubuh ni puan?ahahaha cukup-cukuplah dulu. Nanti saya pakai lain waktu pulak.."
Perhiasan itu pun di lucutkan. Rambut cikgu Azura bertocang di ikat sanggul begitu. Dia pun berkemban tuala je keluar dari bilik dan pergi ke bilik air.
Sedang cikgu Azura mencuci muka di sinki tiba-tiba dia terperasan akan seorang kanak-kanak perempuan memakai gaun putih yang di kotori oleh percikkan darah sedang berdiri tercegat di luar pintu bilik air melalui cermin sinki.
Pantas dia menoleh.
Kelibat gadis tadi hilang entah ke mana.
"Maira! Maira ke tu?"kata cikgu Azura sambil mengelap wajah dengan tuala sebelum dia beredar ke bilik tamu.
******
"Ish betullah Puan..saya nampak dia pakai gaun putih dengan percikkan darah. Wajahnya tak begitu jelas pulak"cerita cikgu Azura beriya-iya ketika sudah terbaring di bantal dan mengiring ke kiri. Radziah baring sebantal di sisinya sambil memeluk dari belakang.
"Perasaan je kot cikgu"kata Radziah sambil mencumbu di belakang kepala guru wanita tersebut.
"Entahlah..maybe iye maybe tidak"
WAKTU dinihari jam tiga pagi,cikgu Azura terjaga. Radziah tidur nyenyak di sisinya. Dia tersenyum lalu menghadiahkan kucupan ke pipi Radziah sebelum turun dari katil dan membalut tuala ke tubuh.
Setelah buang air di tandas,cikgu wanita itu tidak terus ke bilik tetamu,sebaliknya meninjau di ruang luar tandas di mana dia melihat kelibat gadis berbaju gaun putih lewat malam tadi.
Dia cuba menyedapkan hatinya dengan mengatakan kemungkinan apa yang di lihatnya tadi adalah pancaran kilat dari luar sebab ada tingkap di situ.
"Ku semangat..boleh jadi cahaya kilatlah kot.."getus hati cikgu Azura.
Kebetulan suami Radziah pun baru keluar bilik sambil menguap-nguap nak pergi ke tandas.
"Eh cikgu Azura..aduh boleh terserempak pulak"Arman cepat-cepat menoleh ke lain.
"Alamak sori Encik Arman..saya pun berkemban tuala je ni"
"Radziah dah tidur ke?"
"Aah sudah.."balas Cikgu Azura sambil menyeka-nyeka rambutnya.
DEKAT luar rumah suasana agak sejuk. Pemandangan menjadi putih di tutupi kabus. Hujan lebat malam tadi sudah lama berhenti. Arman terbaring puas di bantal sambil mengalas lengan di bawah kepala.
Cikgu Azura cepat-cepat menyarung kembali tuala ke tubuh dan merangkak turun dari katil itu.
"Maafkan saya Encik Arman..saya pun masih ada suami dan anak..harap perkara ni.."
"Baiklah..senyap-senyap je..perkara pun dah jadi"
Guru wanita itu pun beredar keluar dari bilik.
Arman mengeluh sendirian.
"Aduhh..apalah yang dah aku buat ni"getus hati suami Radziah itu sambil meraut wajah yang kesal.
Tanpa di sedari oleh Arman,Dahlia si gadis misteri berbaju gaun putih di kotori darah itu semenjak tadi lagi ada berdiri di penjuru bilik sambil menyaksikan apa yang terjadi.
----------------------------------------
KEESOKKAN paginya. Radziah tampak lebih ceria dan berseri sewaktu duduk bersarapan. Sambil itu dia memangku bayi kecilnya Irfan. Cikgu Azura pula lebih banyak berceloteh. Dia pun sudah bersiap dan akan terus bertolak pergi ke sekolah untuk mengajar. Arman pula seperti biasa tenang sahaja dan tak banyak berbual.
Maira merenung tajam ke wajah guru kelasnya yang gemar bertudung sanggul tinggi itu. Kemudian dia mengalihkan pula pandangan ke wajah Arman. Ada perasaan marah dan benci berkobar di hatinya terhadap dua orang itu. Rupanya apa yang berlaku di antara Suami ibu angkatnya dengan guru kelasnya itu di kala dinihari pagi tadi telah di ketahui oleh Maira melalui Dahlia.
Riak wajah cikgu Azura seperti orang tidak bersalah dan selamba saja kerana mungkin dia memikirkan bahawa rahsianya selamat tanpa pengetahuan Radziah. Arman pula masih tampak tanda kesal. Dia tak banyak menyampuk perbualan pagi-pagi ini.
"Aah saya minta diri dululah ya Puan Radziah..Encik Arman..takut jalan jammed nanti lambat pulak sampai ke sekolah"cikgu Azura bangun dari meja makan dan capai beg tangannya.
"Baiklah cikgu. Terima kasih kerana bawakkan hidangan sedap semalam"balas Radziah.
"Eh Maira nak pergi sekolah dengan cikgu tak? Jomlah naik kereta dengan cikgu ya"pelawa cikgu Azura.
"Tak nak!"balas Maira dingin.
Terkedu guru wanita itu.
Arman dan Radziah saling berpandangan. Mereka perasan juga mood Maira pagi ini tidak berapa baik.
"Err maaf cikgu..tak apalah..Maira tak biasa kot..nanti suami saya je tolong hantarkan macam biasa"kata Radziah.
''Tak nak!"balas Maira.
"Kenapa ni Maira? pagi-pagi mood dingin je"tanya Arman.
Maira diam membatu.
"Ah tak apalah..kalau macam tu biar mama je yang hantarkan Maira ke sekolah okey?"kata Radziah.
Kali ini barulah Maira bersetuju dan mengangguk.
... BERSAMBUNG..
Share this novel