40.Rancangan Yang Sempurna

Horror & Thriller Series 5227

TIDAKLAH terasa bosan sangat di dalam perjalanan berkeretapi itu kerana di dalamnya ada gerabak khas yang menyediakan kafe dan menjual pelbagai makanan buat penumpang-penumpang yang kelaparan. Staf pelayan di kafe gerabak juga sangat mesra dan baik hati.

"Ahh..sedap juga kopi panas ni"kata Pak Abu yang sedang duduk di salah sebuah meja dalam gerabak kafe bersama Radziah dan anak-anak sambil menikmati secawan kopi panas,kek,kuih-muih dan sebagainya.

"Memang berbaloi kita naik keretapi ni. Tambang pun berpatutan. Ada kafe dan gerabak untuk tidur di sediakan. Ziah patut berterima kasih pada sahabat Ziah yang rekomenkan tren ni kat Ziah dulu bang"kata Radziah sambil memangku anak bongsunya Nana.

Izad,Dania,Athikah dan Zaif pula menikmati minuman coklat panas sambil makan sandwich dan snek.

"Oh katanya sahabat kamu tu pun ikut sekali kan? Mana dia Ziah? Tak nampak pun"

"Itulah..katanya nak ikut sekali. Lagipun Ziah dengan sahabat tu kenal-kenal dalam fb je. Tak pernah jumpa pun. Ingatnya kalau dia ada ikut sekali,dapatlah jumpa bersua muka kan.."

Pak Abu mengangguk-angguk.

Sejurus selesai minum di kafe,mereka pun kembali semula ke gerabak. Tren itu terus meluncur laju membelah landasan rel bersama kesunyian malam. Radziah dan Pak Abu sibuk menidurkan anak-anak mereka dekat gerabak khas yang menyediakan katil buat penumpang sebelum kembali semula ke bangku dan berbual.

Tak lama kemudian Pak Abu pun terlelap. Radziah sibuk menghadap I-phone atau melayari media sosial. Rata-rata penumpang dekat gerabak-gerabak lain juga sudah terlena,berbual atau leka dengan gajet masing-masing.

Malam kian larut.

Dekat gerabak paling belakang sekali langsung sunyi dan tiada orang. Sesiapa yang ingin ke tandas harus melalui gerabak berkenaan. Pada waktu itulah ada seseorang sedang menolak beg bagasi berodanya ke gerabak berkenaan. Dia pun duduk seketika membuka zip bagasinya sebelum mengeluarkan sesuatu.

RADZIAH hampir terlalok dek mata yang kelat,namun suatu panggilan yang masuk ke telefon pintarnya telah membuatkan dia terjaga.

"Nombor siapa ni?"dahi Radziah berkerut. Nombor si pemanggil itu tidak di kenalinya,namun dia menjawab juga panggilan tersebut.

"Hello.."

Suatu suara wanita bercakap di hujung talian sebelum senyuman terukir di wajah Radziah.

"Lahh awak rupanya..ingatkan siapalah call tadi..iyelah kan biasanya kita mesej dekat medsos je..hm awak tak jadi ikut ke? Saya,suami dan anak-anak dah dalam tren ni. Eh memang baguslah tren yang awak rekomenkan ni"

"Saya pun ada dalam tren tu. Maybe sebab kita duduk kat gerabak berbeza"kata wanita itu di hujung talian.

"Ada rupanya? Hahaha sori lah ya..agaknya awak salah seorang penumpang yang naik sama-sama kami tadi..saya tak cam awak sebab kita pun tak pernah bersua muka kan?"kata Radziah.

"Saya kat gerabak hujung paling belakang sekali"

"Ouh kalau macam tu saya ke sana sekarang. Bolehlah jumpa dan bual-bual"

Radziah pun memberitahu Pak Abu yang dia ingin bertemu sahabatnya itu di gerabak hujung. Pak Abu sambung tidur kembali sementara Radziah berjalan ke gerabak hujung. Sewaktu lalu di gerabak-gerabak lain di lihatnya para penumpang kebanyakkannya dah terlena.

Ketika tiba di gerabak hujung itu,Radziah lihat bangku-bangkunya kosong sahaja dan tiada pula sesiapa di situ.

"Mana pulak dia ni? Tak ada sesiapa pun kat sini"

Sudahnya dia pun melangkah ke toilet belakang. Pintu toilet bertutup dari dalam. Bunyi air pam tandas berdebur tanda ada seseorang di dalamnya. Radziah pun menunggu buat seketika sambil melihat-lihat dirinya dekat cermin toilet.

Usai menggunakan toilet,seorang penumpang wanita muda bertudung dan sedang sarat pregnant melangkah keluar. Dia memakai pelitup muka. Radziah kenal itu adalah wanita hamil yang sama melangkah turun tangga sewaktu di lorong terminal menunggu tadi. Radziah sekadar menyapa dengan senyuman sebelum dia pulak mengambil giliran masuk ke dalam toilet.

Selesai buang air kecil,celana hitam itu pun di sarung kembali. Radziah menarik pam tandas dan membuka pintu toilet. Ketika melangkah keluar itulah Radziah telah di kejutkan dengan kemunculan wanita hamil memakai kostum kepala kuda dan bersarung tangan.

"Hai Radziah.."sapanya sambil melambaikan tangan. Tulisan *Mizz Horsie* tertera pada baju blouse wanita hamil yang di pakainya.

Radziah mengundur beberapa langkah. Dadanya berdebar-debar kuat. Sudah berbulan lama wanita misteri berkepala kuda yang gemar mengganggunya itu menghilangkan diri. Kenapa malam ini dia muncul kembali? Malah muncul di dalam perjalanan keretapi yang sama?

"Kau nak apa lagi? tolong jangan ganggu saya boleh tak? Kalau tidak saya jerit kuat-kuat biar semua penumpang lain dengar!"kata Radziah.

"Hahahaha..semua ni sudah di rancang dengan sempurna Radziah..awak je yang terlalu naif..kesian awak Radziah"kata Mizz Horsie tertawa mengejek.

Dahi Radziah berkerut.

"Dah di rancang? Apa maksud awak?!"soalnya.

"Sayalah sahabat misteri awak yang dekat fb tu. Kan saya yang rekomenkan awak satu famili naik keretapi ni..hahahaha..kecik je dunia ni kan Radziah?"

Suara wanita muda bertopengkan kostum kepala kuda itu seperti biasa Radziah dengari sebelum-sebelum ini. Tapi dia masih kurang dapat menekanya.

"Kamu ni siapa sebenarnya hah?!"

"Tadi kan saya masuk ke toilet lebih dulu dari awak Radziah..kan saya tak pakai kostum kepala kuda ni..hm kan awak jugak yang tawarkan nak bantu saya masa saya turun dari tangga lorong menunggu kat terminal awal tadi..takkan tak cam kot?"

"Dah awak berpelitup muka macam tu..manalah saya nak kenal"

Mizz Horsie pun melucutkan kostum topeng kepala kudanya. Namun begitu,penampilannya bertudung dan memakai pelitup wajah sebegitu masih tidak mendedahkan identitinya dengan jelas.

"Hah dah boleh teka ke siapa saya Radziah?"

Radziah masih berkerut cuba mengagak siapakah gerangan wanita muda hamil di hadapannya itu. Akan tetapi dia sangat familiar dengan suara Mizz Horsie.

Tak bertangguh terus Mizz Horsie melucutkan tudung kepala dan pelitup mukanya.

"Maira?!"Radziah terkejut dengan mata terbelalak. Sukar untuk dia mempercayai dengan apa yang sedang di lihatnya.

"Radziah oh Radziah..asalnya aku dah pun maafkan perbuatan kau kerana mengabaikan aku sejak kau tolong aku waktu nak terjun dari jambatan lebuhraya tu dulu. Kemudian aku pun fokus untuk meneruskan kehidupan baru aku bersama teman lelaki. Namun gara-gara luahan hati kau tentang aku dekat wawancara televisyen tu sungguh melukakan hati faham tak? Melukakan hati!"tinggi suara Maira. Wajahnya penuh emosi.

Radziah meneguk air liur. Dia sedar akan kesilapannya kerana telah jujur berterus-terang dengan kata hatinya sewaktu di wawancara dalam rancangan televisyen itu. Pada waktu itu dia agak berani untuk berkata sedemikian kerana menyangkakan yang Maira telah benar-benar mati. Tapi rupanya semua itu tidak benar! Faktanya ialah Maira masih lagi hidup. Dan Maira telah menonton rancangan wawancara itu.

"Maafkan mama Maira..mama tahu mama silap..

"Sudah! aku dah bosan dengan lafaz maaf kau tu Radziah!"

Maira pun meraba ke dalam poket jaketnya lalu mengeluarkan sebilah pisau yang amat tajam dan mulai menghampiri ibu angkatnya itu.

"Maira jangan Maira..mama merayu sangat..tolong hentikan semua ni..Maira tak kesian kat mama ke..Kalaupun Maira benci sangat kat mama pun..namun cubalah kenangkan balik waktu-waktu silam kita dulu.."

Maira buat tidak endah saja dengan kata-kata Radziah. Pisau itu di hunusnya ke arah Radziah. Kemudian dia pun tidak tergagak-agak lalu mencekik ke leher Radziah.

"Maira..! Lepaskan mama Maira.."

Baru sahaja pisau itu di hayun tinggi untuk di benam ke dada Radziah,namun Radziah lebih pantas membenam kepala lututnya ke perut Maira.

"Ughhhh!"

Pisau pun terlepas dari tangan Maira. Dia menekup perut saratnya yang senak.

"Maafkan mama Maira..mama terpaksa buat macam tu"

BERSAMBUNG....

(P/S: Nantikan bab terakhir siri MORBID(GeNeTik) pada minggu hadapan)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience