3.Bangkai Gagak

Horror & Thriller Series 5227

KES kematian Nani seorang murid darjah empat di Sekolah Rendah Sri Purnama kira-kira seminggu yang lalu telah mendapat liputan meluas di media cetak dan sosial. Laporan forensik mengesahkan gadis malang itu mati akibat lemas. Walaubagaimanapun kes tersebut masih lagi dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.

Maira tergesa-gesa sambil berlari anak ingin pulang ke kelas. Semenjak kes kematian Nani tempoh hari,pihak sekolah telah meminta setiap pelajar yang ingin keluar dari kelas untuk pergi ke tandas atau ke mana-mana di haruskan keluar secara berteman atau sekurang-kurangnya memberitahu kepada ketua kelas terlebih dahulu. Pelajar yang gagal berbuat demikian boleh menyebabkan mereka di denda.

Dan Maira telah pun melanggar aturan itu. Tadi dia keluar begitu saja dari kelas sewaktu guru bertugas belum masuk mengajar. Jadi Maira berharap agar dirinya lebih cepat sampai ke kelas dari gurunya.

Malangnya guru bertugas sudah pun tercegat menanti di pintu kelas.

"Hm,awak dah langgar aturan kan Humaira? Kamu ke mana je tadi?" Puan Azura,guru matematik itu dah bercekak pinggang sambil angkat kening.

"Maafkan saya Puan Azura. Saya ke toilet"balas Maira sambil tertunduk.

"Awak tak takut ke pergi sorang-sorang macam tu? kes kematian Nani pun masih segar lagi kan? Jangan nanti awak pulak menjadi mangsa seterusnya"

"Saya betul-betul minta maaf Puan Azura.."

"Sudah,denda tetap denda. Awak berdiri kat luar kelas dengan dua tangan di atas kepala dan sebelah kaki angkat ke belakang!"

"Tapi..."

"Buat sekarang!"tegas guru terbabit.

Seraya melihatkan Maira yang di denda itu,maka riuh-rendahlah suara ketawa dari rakan-rakan sekelasnya.

PAKK! PAKK! PAKK!

Puan Azura menampar-nampar ke meja beberapa kali.

"Diam! Diam! karang dengan kamu semua satu kelas saya denda sekali faham!"teriak guru wanita itu.

Langsung kelas darjah 4 Melor kembali sunyi-sepi.

Maira mencebik geram pada guru terbabit. Sesekali dia hampir terjatuh dek hilang keseimbangan di denda berdiri sebelah kaki begitu.


--------------------------------

WAKTU rehat Maira duduk dekat bangku garden sekolah sendirian. Ketika murid lain singgah makan di kantin,dia hanya makan sandwich yang ada di bekalkan oleh ibu angkatnya dari rumah.

Maira tidak gemar bergaul dengan murid-murid lain. Dia lebih gemar menyendiri. Hatinya masih sakit akibat di denda oleh Puan Azura tadi. Tidak jauh dari garden itu ada kawasan parkir kenderaan untuk para guru.

Kelibat Puan Azura muncul dari satu arah dan menuju ke salah sebuah kereta Myvi dekat ruang parkir kenderaan. Maira sekadar memerhatikan saja guru Matematik itu membuka pintu kereta dan mengambil beberapa buah fail sebelum beredar. Memang sudah biasa pun Maira melihat Puan Azura memandu kereta tersebut.

Tiba-tiba dia mendapat suatu akal.

Maira pun bangun dari bangku dan berjalan di belakang sebuah deretan bangunan sekolah. Dekat belakang itu sunyi-sepi. Ada pagar buat memagari hutan.

Ketika seekor burung gagak hinggap di atas pagar secara membelakangi Maira,pantas gadis itu mengutip sebiji batu sebesar penumbuk lalu di balingnya tepat mengenai gagak tersebut.

PUKK!

Gagak itu pun jatuh ke tanah berlumuran darah. Ia bergerak-gerak seperti menggelupur kesakitan buat seketika sebelum akhirnya mati.

Maira mengukir sebuah senyuman misteri.

Dan hatinya yang sakit kembali terubat saat kekecohan berlaku di kawasan parkir kenderaan. Dia melihat Puan Azura terpaksa bersusah-payah membersihkan sisa darah dan membuang bangkai burung gagak mati yang di lempar ke cermin hadapan keretanya.

"Hahahaha"

Maira ketawa sendirian sambil bersembunyi di tepi sebuah pokok tak berapa jauh dari situ.

Kemudian dia melihat guru matematiknya itu sambil dibantu seorang dua lagi rakan guru menggali tanah dekat kawasan belakang sekolah sebelum mengebumikan bangkai burung gagak tadi.


-------------------------------

LOCENG sekolah telah berkumandang menandakan tiba waktunya untuk para pelajar di sekolah rendah itu berkemas dan pulang ke rumah. Kebetulan pula mata pelajaran matematik adalah kelas yang terakhir sekali pada hari itu.

Puan Azura bangun dari kerusinya.

"Okey murid-murid dah boleh berkemas dan pulang sekarang. Tolong siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi tadi ya?"kata guru wanita terbabit.

Maira dan rakan sekelasnya sibuk mengemaskan buku teks dan kotak pensel ke dalam beg.

Tiba-tiba ada seorang murid bersuara.

"Puan Azura..saya tak berapa faham sangatlah tentang bab tadi"

"Kalau tak faham boleh mesej wassap ke nombor cikgu. Siapa-siapa lagi yang kurang faham dan ingin bertanya melalui wassap, boleh salin nombor cikgu ya"

"Baik Puan Azura"jawab murid-murid kelas 4 Melor.

Puan Azura pun menuliskan nombor telefonnya di papan hitam.

Senyuman sinis terukir di bibir Maira. Entah bagaimana telah terpacul suatu rancangan jahat di benak mindanya. Lalu nombor telefon Puan Azura pun di salin.

Syahira,rakan sekelas Maira yang paling gemar membawa telefon pintar ke sekolah untuk bermain games. Tadi sewaktu di adakan spot check,Syahira terlebih awal lagi sudah menyembunyikan telefon pintarnya di belakang papan hitam. Akan tetapi dia terlupa lagi untuk mengambilnya semula sebelum pulang. Dan begitulah kebiasaan Syahira yang sering pelupa. Malah Maira sendiri sudah arif benar dengan pe'el rakan sekelasnya itu.

Jadi ketika semua murid kelas 4 Melor dan Puan Azura telah beredar,Maira cepat-cepat mengambil telefon pintar yang di tinggalkan oleh Syahira lalu di sorok ke dalam beg sekolahnya.


-----------------------------------

MALAM tu Puan Azura ada di rumah beliau,sibuk memeriksa buku-buku tulis murid-muridnya yang ada di bawa pulang dari sekolah. Sesekali guru wanita terbabit melayan mesej wassap dari murid-murid yang bertanyakan itu dan ini berkaitan pelajaran di sekolah.

Namun dalam banyak-banyak mesej itu,ada suatu mesej dari seorang murid yang membuatkan dahinya sedikit berkerut.

*"Terima kasih kerana telah mengebumikan saya"*

*"Kamu ni siapa?"*balas cikgu wanita itu.

*"Bangkai burung gagak"*

*"Eh kamu jangan nak main-main boleh tak? kamu ni siapa? Agaknya kamu lah yang lempar bangkai burung gagak mati tu atas kereta saya kat sekolah siang tadi kan?"*

*"Birthday Puan Azura lusa kan?"*

*Eh peliknya kamu ni. Jawab soalan saya tadi! dah kenapa tanya birthday saya pulak?"*

*"Saja..nanti saya bagi hadiah untuk Puan. Bye"*


Mesej dari pelajar misteri itu hanya setakat sampai di situ. Alangkah meradangnya Puan Azura di buatnya. Keesokkan harinya sewaktu di kelas 4 Melor, guru terbabit telah meminta mana-mana murid yang menghantar mesej wassap itu agar mengaku dan bertanggungjawab. Nombor telefon murid misteri itu juga turut di dedahkan.

Akhirnya Syahira terpaksa bangun.

"Kamu rupanya Syahira? Apa motif kamu hantar mesej macam tu kat saya?"soal Puan Azura sambil bercekak pinggang.

"Benar mesej tu di hantar melalui nombor telefon saya Puan. Tapi bukan saya yang melakukannya. Telefon saya tertinggal kat kelas semalam. Rasanya ada orang lain yang curi guna telefon saya. Tapi nasib baik dia tak curi"ujar Syahira.

Mesej-mesej yang di buat oleh si pelajar misteri itu juga masih ada dan tidak di padam dari ruang chat wassap di telefonnya. Semuanya di tunjukkan kepada guru terbabit.

"Lagipun kalau saya yang punya kerja,buat apa saya nak mengaku Puan. Lebih baik saya senyap-senyap je"kata Syahira.

Melihatkan kejujuran Syahira akhirnya Puan Azura mempercayai kata-katanya. Dia juga percaya sememangnya ada murid lain yang mencuri guna telefon pintar Syahira untuk menghantar mesej terbabit kepadanya.

Malangnya tiada seorang murid pun yang mahu mengakuinya. Dalam pada itu Maira yang duduk di meja paling belakang mengukir senyuman puas.


-------------------------------

SEHARI kemudian murid-murid kelas 4 Melor telah sepakat membeli sebiji kek dan pelbagai makanan dan membelikan pelbagai hadiah bersempena jamuan sambutan birthday Puan Azura. Hadiah-hadiah itu siap di balut dengan kertas pembalut hadiah dan reben yang cantik-cantik sebelum di susun atas meja kelas.

Puan Azura bukan main girang lagi meniup lilin pada kek sebelum di raikan dengan nyanyian lagu*happy birthday*dari murid-murid kelasnya.

Selesai jamuan,hadiah-hadiah yang bertimbun itu pun di buka satu persatu.

"Ah terima kasih Diana..cantiknya hadiah kain tudung yang awak bagi ni.."kata Puan Azura.

"Sama-sama cikgu''

Murid-murid kelas berkerumun di sisinya sewaktu sesi membuka hadiah.

"Siapa yang bagi mug SpongeBob ni..cantik..cikgu suka sangat"

"Saya cikgu"balas seorang murid lelaki.

"Thanks for the mug Hafizul"

Kemudian tibalah giliran sebuah kotak hadiah dengan balutan warna biru pula untuk di buka. Akan tetapi senyuman di wajah guru wanita itu segera kendur apabila bau yang amat busuk menerpa keluar dari kotak itu sejurus ia di buka.

Dan bangkai seekor gagak mati dengan tanah yang masih melekat terhidang di hadapan mata.

"Eh busuknya!"

Puan Azura dan murid-murid segera menutup hidung. Keadaan agak kecoh. Ada murid yang termuntah-muntah di atas lantai.

"Siapa punya kerja ni? Mengaku cepat!"soal Puan Azura.

Tiada seorang pun dari murid-murid kelas 4 Melor mengaku bertanggungjawab. Masing-masing tertunduk sambil saling pandang-memandang di antara satu sama lain.

Dalam pada itu,Maira yang berdiri paling belakang sekali dalam kerumunan murid kelas mengukir sebuah senyuman.

Melihatkan tanah yang menyelaputi bangkai gagak membuatkan guru wanita itu serta-merta teringatkan gagak mati yang di tanam nya kelmarin.

Dengan di temani oleh beberapa orang murid,Puan Azura pun pergi ke kawasan belakang sekolah sebelum terkejut bila mendapati lubang tanah tempat dia menanamkan bangkai gagak terbabit telah di gali. Dan bangkai gagak itulah yang telah di 'hadiahkan' kepadanya sempena majlis hari jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience