"AWAK ni cari siapa ya?"tanya seorang makcik ketika menyambut Maira dekat pagar.
"Err..maaf makcik..saya cari ibu angkat saya. Nama dia Radziah. Dulu dia tinggal kat rumah yang makcik duduk ni lah. Makcik tahu ke kat mana alamat dia yang terkini?"kata Maira.
"Ouh Radziah penghuni lama tu ya..hm maaflah cik..makcik tak tahulah kat mana dia pindah. Dah lima tahun makcik pindah ke rumah ni. Lagipun dulu tegur-tegur dia macam tu je..tak berapa kenal rapat sangat pun"
"Kalau macam tu tak apalah makcik..terima kasih"
USAHA Maira dalam menjejaki ibu angkatnya Radziah tidak terhenti setakat di situ sahaja. Dia berusaha pula menjejaki Radziah melalui media sosial. Dan walhasilnya alamat kedai pasaraya mini yang di usahakan oleh Radziah dan Pak Abu di sebuah desa berjaya di jejaki melalui akaun Mukabuku milik ibu angkatnya itu.
Lama juga Maira melayari pelbagai status yang di kongsikan oleh Radziah termasuklah aktiviti hariannya bersama anak-anaknya yang lima orang itu.
Itu telah membawa Maira ke sebuah kawasan luar bandar.
--------------------------------------
LANGIT permai nan biru memayungi desa terbabit. Tidaklah sukar untuk mencari kedai pasaraya mini Pak Abu kerana ia amat popular di kalangan penduduk di sekitarnya. Kereta Maira berhenti betul-betul di hadapan kedai. Di saat itu kelibat Pak Abu yang kini sudah tampak lebih tua tapi masih kuat kudratnya itu di lihat sedang sibuk berurusan dengan pemandu lori pembekal ikan-ikan dan ayam segar.
Maira menyarung topi di kepalanya dan memakai cermin mata gelap sebelum turun dari kereta dan berjalan masuk ke dalam kedai pasaraya mini itu.
Dan itulah kali pertama Maira bersua muka kembali dengan ibu angkatnya Radziah setelah hampir sepuluh tahun berlalu. Wanita itu masih cantik seperti dahulu walaupun usianya sudah mencecah 52 tahun dan sedang sibuk menyusun barang-barang dalam kedai sambil di bantu oleh dua orang anaknya. Dan dua orang lagi anak kecilnya sibuk bermain.
Maira pura-pura membelek di rak majalah sambil terus memerhatikan gelagat Radziah dan anak-anaknya.
"Izad..susun keropok-keropok tu betul-betul sikit..tak kemaslah"teriak Radziah pada anak lelakinya yang masih bersekolah dalam darjah 3 itu sementara wanita itu sendiri sedang menyusun bawang-bawang dan cili.
"Mama! yang ni nak letak kat mana?"teriak anak gadis kecilnya Dania sambil memegang paket-paket mee segera.
"Susun kat rak yang tepi sekali"
Apabila terperasan akan kehadiran Maira,Radziah pun meninggalkan rak bawang dan berjalan menghampiri pelanggannya itu dekat rak majalah.
"Ya awak cari majalah apa-apa ke?"
"Tak ada..saja tengok-tengok je kak"balas Maira sambil mengukir senyuman. Radziah juga membalas dengan senyuman mesra. Akan tetapi wanita itu tidak lagi dapat mengecam Maira kerana fizikal dan wajah Maira telah banyak berubah dalam sepuluh tahun ini. Maira sudah menjadi wanita muda yang cantik dan tinggi,malah dia lebih tinggi dari ibu angkatnya itu sekarang. Lagipun di tambah dengan topi dan spek mata hitam yang di pakai membuat wajah sebenar wanita muda itu tidak begitu ketara sangat.
"Majalah dalam bentuk fizikal dah tak banyak di terbitkan zaman sekarang ni dik..almaklum je lah zaman internet kan..semua boleh baca*on line*dan percuma"kata Radziah dengan ramah.
Maira tersenyum dan mengangguk-angguk.
"Akak tak pernah tengok pun awak sebelum ni..dari mana?"
"Ouh saya dari kawasan bandar. Kerja pelukis jalanan. Sajalah saya merayap ke kawasan desa luar bandar ni nak cari inspirasi melukis sikit kak"balas Maira sambil buka beg menyimpan gulungan-gulungan kertas lukisannya dan menunjukkan beberapa dari lukisan tersebut kepada Radziah.
"Eh bukan main cantik lagi lukisan-lukisan cat air awak ni dik..nampak macam gambar dari foto sebenar pulak"Radziah kagum dan malah mengesyorkan untuk pelanggan wanita muda itu untuk ke Bukit Sedingin yang amat popular di kawasan luar bandar itu.
"Dekat situ memang cantik,sejuk dan indah pemandangannya. Bolehlah awak cuba ke situ nanti. Lebih kurang satu kilometer je dari sini"cadang Radziah.
"Baiklah..terima kasih kak"
"Sama-sama..oh ya nama awak siapa?"
Maira terfikir-fikir sebentar. Buat masa ini dia belum bersedia mendedahkan identiti sebenarnya di hadapan ibu angkatnya itu. Jadi dia fikir adalah lebih baik dia menggunakan nama samaran saja.
"Airani..just panggil Aira je"kata Maira.
"Ouh okey Aira..nama akak Radziah"Radziah memperkenalkan dirinya.
Semenjak itulah Maira atau nama samarannya 'Aira' mulai rapat dengan ibu angkatnya semula. Dia kerap bertandang ke pasaraya mini itu membeli barang dan berbual dengan Radziah. Pak Abu pun sudah naik kenal dengan Aira malah anak-anak Radziah dan Pak Abu juga suka setiap kali Aira datang ke kedai itu. Mereka suka melihat lukisan-lukisan cat air Maira yang cantik-cantik itu. Budak-budak itu memanggilnya sebagai kakak.
Radziah dan 'suaminya' Pak Abu kasihan melihatkan Aira kerana wanita muda pelukis jalanan itu pun sendirian dan sebatang kara. Selalu juga di pelawanya Aira makan di rumah kedai itu. Aira memberitahu yang dirinya di besarkan di rumah anak yatim.
******
"Kamu tak usahlah berasa keseorangan lagi Aira. Anggaplah kami ni sebagai keluarga kamu. Pak Abu anggap kamu macam cucu je. Datanglah rumah kami bila-bila masa pun yang kamu sukai"kata Pak Abu.
"Terima kasih Pak Abu. Saya naik segan pula"balas Aira.
"Eh jangan segan-segan Aira. Kan dah biasa. Kami kasihan mengenangkan kamu pun anak yatim dan sebatang kara"tambah Radziah pula ketika Aira mengikuti keluarga itu berkelah di Bukit Sedingin.
"Kalau Kak Aira nak tidur rumah kita pun boleh kan mama? Ayah?"kata Dania yang bersekolah dalam darjah 2 lantas di sokong oleh abangnya Izad dan dua orang lagi adiknya iaitu Atikah dan Zaif.
"Boleh sangat-sangatlah"Radziah dan Pak Abu bersetuju.
Alangkah gembira budak-budak itu. Kehadiran Aira telah di anggap seperti kakak mereka paling sulung.
SEJUK dan nyaman di sekitar kawasan Bukit Sedingin. Suasana sedikit berkabus di waktu pagi. Keluarga itu berkelah di bawah pokok berhampiran tasik. Radziah sudah memasak pelbagai hidangan enak untuk perkelahan itu. Wanita itu agak sibuk dengan anak bongsunya Nana yang berusia 2 tahun sambil tak lekang mengawasi empat orang lagi anaknya yang rancak bermain. Pak Abu turut mengambil kesempatan untuk memancing. Aira juga tak ketinggalan membawa segala macam peralatan lukisan catnya. Pemandangan indah di Bukit Sedingin di lakar atas kertas kanvas.
"Okey..dah siap!"kata Aira yang duduk di bangku menghadap papan dan kertas lukisannya sambil tersenyum dan mengangkat ibu jari sebelum wanita muda itu di kerumuni oleh Radziah,Pak Abu dan lima orang anak mereka.
"Yeayy...cantik lah Kak Aira"Izad seronok melihat lukisan gambar keluarga itu.
"Tapi gambar kak Aira tak ada dalam lukisan keluarga ni"kata Dania seperti kurang berpuas hati.
Aira tertawa kecil.
"Kalau Kak Aira duduk sekali untuk jadi model lukisan,nanti siapa pulak yang nak jadi pelukisnya?"kata Aira.
"Aah laa..betul jugak"kata Dania dah garu-garu kepala sebelum yang lain-lain turut tertawa.
---------------------------------------
KERTAS kanvas dengan lukisan keluarga Pak Abu berlatarbelakangkan Bukit Sedingin itu Maira tampal di dinding rumah pangsapurinya. Pada ketika itu hari sudah lewat malam dan hujan pula turun lebat.
BRANKK!
Bunyi petir menyambar kuat di luar rumah. Langsir terbuai-buai di tiup angin kuat yang masuk melalui tingkap yang terbuka. Maira duduk di kerusi menatap lukisan itu sambil bermain dengan panah dari papan dart.
Panah itu pun di lempar tepat ke arah lukisan sebelum terpacak pada gambar Izad anak lelaki sulung keluarga itu yang masih bersekolah dalam darjah 6.
Maira lalu mengukir suatu senyuman yang cukup misteri. Apakah sebenarnya rancangan yang ada di dalam benak fikirannya itu?
BERSAMBUNG.....
Share this novel