24.Pak Junid

Horror & Thriller Series 5227

SEORANG lelaki tua terbaring di atas katil sebuah wad hospital dan sedang di periksa oleh seorang jururawat. Pesakit itu di kenali sebagai Pak Junid berusia 80-an. Pak Junid menghidap sakit jantung dan baru saja menjalani suatu pembedahan. Dia kini berada dalam keadaan stabil. Cuma sahaja Pak Junid dalam usia yang agak lanjut begitu,kerap mengalami masalah hilang ingatan dan malah emosinya juga sesekali terganggu dan dia mudah menjadi sensitif.

Seketika kemudian jururawat pun selesai membuat pemeriksaan termasuk memberi ubatan yang telah di tetapkan doktor ke atas Pak Junid. Segalanya baik dan lancar. Orang tua bekas pesara polis itu tampak lebih sihat dan bermaya.

"Pak Junid tidurlah ya..dah malam ni'kata jururawat.

"Nantilah dulu..mata aku belum mengantuk lagi ni..aku nak baca*paper*sikit"kata Pak Junid.

Jururawat itu pun akur lalu memberikan senaskah surat khabar kepada Pak Junid.

"Pak Junid jangan tidur lewat sangat ya"pesan jururawat sambil mengemaskan troli rak ubat-ubatan.

Pak Junid menatap tajuk utama akhbar.

*'POLIS MASIH CUBA MENGESAN DI MANA LOKASI SEBENAR BILIK KURUNGAN ADIK IZAD'*

"Kenapa dengan budak Izad ni misi?"tanya Pak Junid.

"Alah..kes budak hilang kena culik tu lah Pak Junid. Sampai sekarang ni dah sebulan penculik tu masih belum dapat di kesan. Dia ada hantar foto bilik budak tu di kurung pada mak bapak budak tu. Haih..kasihan betul"balas jururawat.

Pak Junid berkerut dahi apabila menatap gambar foto bilik kurungan Izad yang ada tersiar pada muka hadapan akhbar.

"Aku rasa aku tau kat mana budak ni di kurung''kata Pak Junid.

"Iye ke..kat mana?"jururawat tersenyum saja.

Orang tua itu tergaru-garu kepala. Ingatannya banyak yang hilang-hilang.

"Entahlah..waktu kes tu dulu dah berpuluh-puluh tahun lamanya''

"Hahaha ini kes baru lah Pak Junid. Baru sebulan je kot"

"Kes budak Izad ini memanglah baru. Tapi waktu kes yang aku kendalikan dulu tu dah berpuluh-puluh tahun lamanya. Aku salah seorang pegawai polis yang terlibat masa operasi serbu bilik klinik Doktor tu dulu tau tak? Kamu mana tau. Kamu lahir pun belum..hmmp!"Pak Junid sedikit beremosi. Wajahnya monyok dan masam.

Jururawat itu tersentak. Dia tidak pasti apakah Pak Junid memang benar-benar tahu tentang lokasi Izad di kurung atau kata-kata yang keluar dari mulutnya itu sekadar terhasil dari fikirannya yang kacau dan terganggu? Namun begitu tidak di nafikan juga Pak Junid sememangnya adalah seorang pesara polis berpengalaman.

Pak Junid mulai rancak bercerita kepada setiap jururawat,doktor atau pelawat yang mendatanginya. Cerita yang sama tentang bilik kurungan Izad dan operasi polis yang pernah melibatkan dirinya suatu masa yang lalu.

Oleh kerana pihak polis masih sedang giat mengesan lokasi tempat Izad di kurung,seseorang dari hospital berkenaan berasa terpanggil untuk menyampaikan apa yang di beritahu oleh Pak Junid kepada pihak berkuasa. Mana tahu itu dapat membantu kes yang sedang di siasat.

Akhirnya beberapa orang pegawai polis telah datang melawat Pak Junid di wad hospital dengan harapan bekas pesara polis itu dapat membantu mereka. Namun malang sekali bila Pak Junid yang kerap hilang-hilang ingatan di tambah emosi yang kurang stabil itu gagal mengingati akan operasi dan kes yang di maksudkan.

"Pak Junid cuba ingatkan kembali..sewaktu Pak Junid bertugas sebagai polis puluhan tahun lalu,pernah tak Pak Junid pergi ke tempat kurungan ni?"tanya seorang pegawai polis.

"Mestilah pernah..cuma kes tu dah lama sangat. Aku tak berapa ingat kat mana. Tapi aku rasa macam pernah berada kat bilik klinik doktor tu"

"Cuba Pak Junid berusaha keras untuk mengingatinya semula.."

Orang tua itu berkerut dahi. Dia mulai berasa rimas dan lemas di kerumuni pegawai-pegawai polis itu.

"Ah sudah-sudah lah tu. Kamu janganlah nak paksa aku pulak! Kan dah cakap aku tak ingat. Pergilah! Apa berkerumun ramai-ramai macam ni? Ingat aku ni orang jahat ke? Hmmp!"Orang tua itu agak beremosi.

Akhirnya para pegawai polis itu terpaksa minta diri. Walaubagaimanapun mereka yakin Pak Junid tidak mampu mengingati hal tersebut kerana fikirannya agak terganggu buat masa ini. Jadi mereka bercadang akan datang menemubual Pak Junid sekali lagi di masa akan datang nanti.


-----------------------------------------

KERETA yang di pandu oleh Radziah tiba di sekitar area Jalanan Seni. Setelah memakir kenderaan di bahu jalan,Radziah pun turun dan berjalan meredah warga awam yang lalu-lalang di situ. Kawasan itu menjadi pusat budaya dan seni. Ramai juga pelancong yang berkeliaran. Penjaja dan gerai juga mudah didapati.

Para pelukis dan pemuzik jalanan dapat di temui di sepanjang laluan garden tepi tasik. Sahajalah Radziah singgah ke situ untuk meluangkan masa bertemu dan melihat Aira. Dia pun terus berjalan dan berharap akan menemui pelukis wanita muda itu.

Sebuah bangunan Galeri Seni Lukis tersergam tidak jauh dari situ. Aira ada memberitahu kepada Radziah yang dia dapat di temui dekat Galeri tersebut sekiranya tidak di temui di sekitar jalanan.

Maira pula baru muncul dari arah suatu jalan lain lalu ternampak kelibat Radziah melangkah masuk ke dalam bangunan Galeri Seni Lukis. Dia tahu ibu angkatnya itu pasti datang kerana ingin bertemu dengannya. Cuma terlalu agak berbahaya kalau Radziah di biarkan bertanyakan tentang dirinya pada orang-orang di bangunan tersebut kerana hanya dia satu-satunya pelukis wanita di situ dan di kenali sebagai Humairah.

Pantas Maira berlari dan bergegas mengejar Radziah atau kalau tidak rahsia identiti yang cuba di sembunyikan pasti akan di ketahui oleh ibu angkatnya.


*****

"Tumpang tanya Encik.."sapa Radziah.

"Ya Puan..boleh saya bantu?"kata pengurus di bangunan galeri seni terbabit.

"Saya nak cari seorang pelukis jalanan ni..nama dia..

"Kak Ziah!!"sapa Aira dari belakang. Radziah pun menoleh.

"Ah itu pun dia. Terima kasih Encik"

Radziah pun pergi mendapatkan Aira. Lepas melihat-lihat pelbagai lukisan di bangunan tersebut,mereka pun singgah minum di sebuah warung dekat garden tasik Jalanan Seni.

Langit membiru damai. Cuaca pun baik. Kawasan itu di penuhi orang-orang seni. Dari pemuzik,pelukis sehinggalah pemain silap mata.

Sambil menikmati air kelapa,Radziah pun memberitahu kepada Aira tentang Pak Junid yang kini heboh di media sosial mendakwa bahawa beliau tahu di mana lokasi Izad di sembunyikan kerana beliau adalah salah seorang pegawai polis terlibat sewaktu operasi serbuan ke bilik klinik yang di katakan menjadi tempat kurungan Izad.

"Betul ke Kak?"soal Aira. Di sebalik cermin mata gelap dan topi di kepala,dia masih dapat menyembunyikan rasa kurang senang dengan berita yang baru di sampaikan oleh Radziah.

"Betul Aira. Pihak polis dah pergi pun temui Pak Junid tu dekat wad hospital. Cuma buat masa ni orang tua tu agak emosional dan terganggu sedikit fikirannya sehingga dia gagal untuk mengingati di mana lokasi bilik kurungan Izad"

"Habis tu?"

"Pihak polis akan menemui Pak Junid sekali lagi di waktu akan datang apabila emosi dan fikirannya stabil sedikit nanti. Akak harap pertemuan yang akan datang tu akan membantu dalam menjejaki Izad"

Aira tergamam bisu. Wanita muda itu dapat merasakan bahaya sedang menantinya sekiranya dia tidak lebih pantas 'mendiamkan' pesara polis yang di kenali sebagai Pak Junid itu.

"Harap-harap pihak polis berjayalah kali ni"kata Aira bersama senyuman yang sedikit hambar.

_________________________

MALAM tu sejurus tiba di rumah pangsapurinya,Maira tidak membuang-buang waktu lagi,masanya terus di guna buat mencari maklumat berkaitan Pak Junid. Seperti apa yang di beritahu oleh Radziah kepadanya siang tadi,dakwaan Pak Junid itu sememangnya sudah tular di media sosial.

Akhirnya maklumat berkaitan di wad hospital mana Pak Junid di tempatkan kini pun berjaya di miliki. Apakah yang hendak di lakukan oleh wanita pelukis muda itu terhadap pesara polis lanjut usia itu nanti?

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience