39.Keretapi Malam

Horror & Thriller Series 5227

BEGITULAH halnya dari hari ke hari. Radziah mulai di 'buru' oleh Maira yang menyamar dengan kostum kepala kuda. Walaubagaimanapun 'Cik Kepala Kuda' itu tidak pernah menghampirinya mahupun mendatangkan sebarang ancaman terhadap Radziah. Dia hanya akan muncul dan melambai Radziah dari kejauhan sahaja.

Petang itu Radziah bergegas berjalan kaki ke padang permainan di taman perumahan itu. Cuaca agak mendung. Dia risaukan tiga orang anaknya iaitu Izad,Dania dan Athikah yang keluar pergi bermain di situ. Hatinya kurang sedap semenjak kemunculan wanita hamil berkepala kuda itu.

Hatinya lega bila tiba di padang. Tiga orang anaknya di lihat rancak bermain dengan ramai lagi kanak-kanak lain.

"Mama! ada orang suruh Dania kasi hadiah bunga ni kat mama!'teriak Dania yang berusia 8 tahun itu sambil memegang sejambak bunga.

"Eh dia kasi kat mama ke?bestnya..Dania kenal ke siapa orang tu?"Radziah tampak gembira dan menyambut bunga tersebut.

Anak gadis nya itu sekadar menggeleng kepala.

"Entah-entah Encik Mafiz suami jiran yang bagi kot"Radziah tersenyum-senyum happy.

Apabila di periksa pada kad yang tertera pada bunga tersebut,dahi Radziah mulai berkerut.

*"FROM MIZZ HORSIE TO RADZIAH"*

"Mizz Horsie? Hahaha..pandai betul Encik Mafiz nak bergurau"Radziah tertawa lucu.

Dia pun berjalan pulang bersama tiga orang anak.


*****

"Radziah oh Radziah..banyak-banyaklah ketawa lagi ya..tak lama lagi kau akan tahu siapa Mizz Horsie"kata Maira yang sedang duduk di dalam sebuah kereta*Toyota Swift*biru yang di parkir sederet bersama kereta ibu bapa kanak-kanak lain yang sedang bermain di padang itu.

Kemudian dia pun beredar.

BEBERAPA hari kemudian Radziah pergi ke bandar. Sudah lama dia tidak menonton wayang. Puas di ajaknya Pak Abu untuk menemaninya,namun orang tua itu enggan dan menyuruh agar pergi menonton sendirian sahaja.

Maka duduklah Radziah di bangku dalam panggung bersama beberapa kerat penonton sahaja. Entah kenapa filem yang di tontonnya itu di rasakan agak membosankan sekali. Radziah pula terteleng-teleng menahan rasa mengantuk.

"Haih mengantuknya..pergi toilet main 'batang' lagi best kot"

Dia pun bangun dan berjalan ingin pergi ke toilet panggung. Radziah meraba-raba ke dalam beg tangan.

"Ah nasib baik ada bawak.."katanya tersenyum bila sebatang dildo zakar getah warna pink di temui terselit dalam beg tangan.

Laluan panjang hendak ke toilet panggung pula agak samar-samar terang. Tiba-tiba langkah Radziah terhenti apabila wanita hamil yang memakai kostum kepala kuda itu sudah muncul dan berdiri di hujung laluan sambil melambai ke arahnya.

Seperti biasa wanita itu memakai sarung tangan dan sweater lengan panjang. Dan apa yang lebih mencengangkan Radziah ialah tulisan pada blouse dalam sweater wanita misteri berkepala kuda itu.

*'MIZZ HORSIE'*

Gulp!

Radziah meneguk liurnya. Tahulah dia kini siapakah gerangan orang yang memberikannya hadiah sejambak bunga di padang permainan beberapa hari yang lalu. Dia pun berundur sebelum membatalkan hasrat mahu ke toilet.

Radziah akhirnya mengambil keputusan keluar meninggalkan panggung wayang terus. Perkara itu tidak terhenti setakat di situ. Ketika Radziah sudah menghidupkan enjin kereta untuk beredar dari kawasan parkir*mall*beli-belah terbabit, mizz Horsie muncul lagi di hadapan keretanya sambil melambai-lambai.

PINN PINN!

Hon kereta di bunyikan beberapa kali. Wanita itu tidak mahu juga berganjak dan memberi laluan agar kereta Radziah dapat keluar dari petak parkir kenderaan.

Itu telah memaksa Radziah untuk membuka tingkap dan menghamburkan kata-kata pada cik kuda misteri yang hanya mahu di kenali sebagai Mizz Horsie itu.

"Kamu nak apa sebenarnya? Kenapa kamu asyik muncul dan melambai kat saya macam tu hah?! Cakaplah! saya bagi kamu amaran ya! kalau kamu muncul dan ganggu saya lagi,saya tidak akan teragak-agak untuk pergi ke balai polis dan buat report faham!!?"

Kali ini barulah Mizz Horsie berhenti melambai sebelum di lihat beredar pergi. Radziah duduk di dalam kereta dan memerhatikan sahaja sehinggalah kelibat Mizz Horsie itu hilang di dalam lif di ruang parkir berkenaan. Dia langsung tidak boleh mengecam siapakah identiti wanita berkenaan kerana kostum kepala kuda yang di pakainya. Nama Maira langsung tidak pernah terdetik di fikiran Radziah kerana berita penemuan mayat anak angkatnya itu sudah sedia di maklumi dari berita-berita media. Malah hal itu telah di sahkan sendiri oleh pihak polis dengan penemuan dokumen pengenalan diri milik Maira.

"Fuh! gila punya orang!"Radziah pun beredar dengan keretanya.


-------------------------------------------

GANGGUAN Mizz Horsie terhadap Radziah dekat toilet pawagam dan kawasan parkir kenderaan*mall*membeli-belah itu adalah gangguan yang terakhir sebelum Radziah kembali menikmati hidup aman dan tenteram. Hal itu pun berlanjutan selama beberapa bulan.

Sehinggalah tiba waktu cuti sekolah akhir tahun. Pak Abu dan Radziah telah menempah tiket perjalanan berkeretapi untuk membawa anak-anak mereka pergi bercuti makan angin.

Terminal keretapi malam itu terang-benderang dengan lampu-lampu dan premis-premis kedai,restoren dan sebagainya. Keadaan agak sesak dengan warga yang pelbagai di tambah dengan musim cuti sekolah.

"Aih..ingatkan kot kalau kita bertolak naik tren malam keadaan tak berapa sesak..rupanya sesak jugak"kata Radziah yang sibuk mendukung anak kecil sambil menolak beg bagasi pakaian.

"Tak boleh buat apa lah Ziah..kan musim cuti sekolah. Tengok tu..ramai famili macam kita bawak anak-anak juga nak pergi bercuti. Agaknya orang lain pun ingat macam kita jugak..sebab tu jadi sesak kat terminal ni sebelah malam"Pak Abu tertawa.

Orang tua itu terpaksa menolak dua tiga buah beg bagasi pakaian. Kelima-lima orang anak mereka pun di bawa sekali. Cadangnya hendak pergi bercuti selama satu minggu. Mereka pun duduk menunggu ketibaan tren di terminal yang telah di tetapkan.

Radziah melihat ke arah penumpang lain yang sama-sama menunggu di lorong terminal itu. Mereka semua akan menaiki tren yang sama dengan keluarga Pak Abu.

"Eh tak ramai rupanya penumpang yang satu destinasi dan tren dengan kita bang. Rasanya dalam belas-belas orang je kot"

Pak Abu pun melihat.

"Haa baguslah kalau macam tu. Tak adalah sesak sangat kat dalam tren tu nanti"kata Pak Abu.

Untuk menunggu tren di lorong berkenaan,para penumpang harus menuruni suatu tangga yang menyambung dari lantai utama terminal. Ketika keluarga Radziah dan Pak Abu serta penumpang lain masing-masing sudah duduk di bangku,kelihatan ada seorang lagi penumpang wanita muda bertudung dan sedang sarat hamil sedang berhati-hati menuruni anak-anak tangga sambil menolak beg bagasinya yang agak besar. Nampaknya dia juga akan menaiki tren yang sama dengan keluarga Radziah dan lain-lain.

Radziah berasa kasihan dan prihatin pula untuk membantu wanita berkenaan. Sebagai wanita dan ibu kepada lima orang anak,Radziah tahu bagaimana rasa sukarnya mengendong perut yang sedang sarat begitu. Tambahan pula wanita berkenaan di lihat bersendirian.

"Nak saya tolong cik ke?"Radziah menawarkan bantuan.

Wanita muda itu hanya senyap dan menunduk. Dia memakai pelitup muka. Kemudian dia memberi isyarat tangan yang bermaksud dia boleh menjaga dirinya sendiri.

Radziah tersenyum dan mengangguk faham.

Lebih kurang dua puluh minit kemudian,tren yang di tunggu-tunggu pun tiba. Para penumpang mulai bangun dan bersiap-siap dengan beg bagasi pakaian masing-masing.

"Haa..masuk..masuk..hati-hati..jangan lari-lari ya"pesan Radziah pada anak-anaknya yang sudah teruja dan tak sabar-sabar nak menaiki tren perjalanan malam itu.

Tren panjang dan memiliki beberapa buah gerabak itu sungguh cantik dan moden di dalamnya. Oleh kerana penumpangnya yang hanya belasan orang itu maka kerusi-kerusinya kelihatan banyak yang kosong.

Dekat gerabak yang di duduki oleh Radziah,suami dan anak-anaknya lebih sunyi dan lengang. Hanya mereka dan dua orang penumpang lain sahaja di situ,sementara baki penumpang yang selebihnya duduk di gerabak-gerabak lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience