MALAM tu terjadi pertengkaran sengit di antara Maira dan kekasihnya Jimba Adutriye bertempat di apartment yang mereka diami. Segalanya bermula apabila Maira berpergian selama beberapa hari di sebuah kawasan peranginan untuk tujuan mencari inspirasi dalam karya lukisan cat airnya.
Hatinya berasa kurang sedap apabila Jimba tidak menghubunginya sepanjang tiga hari dia di situ. Akhirnya Maira membatalkan baki hari percutian yang sepatutnya di habisi dengan kerja seninya dan bergegas pulang dengan kereta yang Jimba belikan untuknya.
Setibanya di apartmen,Maira terkejut besar apabila terjumpa sepasang sandal wanita lain di luar pintu rumah kediamannya bersama Jimba. Dan seperti di jangka,Jimba tertangkap sedang berseketiduran dengan wanita lain di bilik tidur tanpa seurat benang.
"Ughhhh... !!!"
Jimba terbeliak sambil menunduk melihat sebilah pisau sudah terbenam ke dalam perutnya. Darah melimpah membasahi lantai ruang tamu apartmen. Lelaki kulit hitam warga Nigeria itu tertiarap dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sementara itu mayat wanita yang di bawa pulang oleh Jimba pula di temui terbaring berlumuran darah di atas katil dalam bilik.
Kemudian Maira pun pantas mengemaskan segala barang dan beg pakaiannya termasuk lukisan-lukisan cat airnya sebelum beredar meninggalkan apartmen tingkat 18 itu. Segalanya berjalan lancar. Tiada mata dan saksi yang melihat kejadian itu. Lagipun apartmen tinggi itu sunyi-sepi tiada penghuni lain tinggal di tingkat terbabit berikutan kos sewanya yang mahal.
Maira meninggalkan kawasan apartmen mewah itu dengan kereta*Toyota Swift*yang di belikan oleh Jimba untuknya.
-----------------------------------------------
SEBULAN KEMUDIAN...
BULAN mengambang penuh di dada langit malam. Cahayanya melimpah ke kawasan rumah kotej di tepian ladang tebu luas itu. Dahulu kediaman itu terbiar di baham semak-samun,lalang dan belukar. Kini rumah itu kembali terang-benderang dengan cahaya lampu dari dalam rumah,tanda ia kini telah berpenghuni.
Halaman rumah tampak kemas dan bersih. Rumput-rumputnya telah di potong. Pagar keliling rumah sudah di ganti baru malah siap dengan lampu di setiap sudutnya buat menerangi suasana sekitar.
Selepas meninggalkan apartmen yang di huninya bersama Jimba kira-kira sebulan lalu,Maira rupanya telah kembali ke rumah kotej berkenaan. Dia turut membawa sebuah beg*briefcase*di penuhi wang berkepuk-kepuk milik Jimba. Dengan wang sebanyak itu,Maira mengupah orang membaiki semula segala kerosakkan rumah kotej itu termasuk mengecat dan memasukkan bekalan elektrik dan air.
*****
Krek..krek..
Buaian dekat halaman rumah kotej yang terang-benderang itu terus berhayun dan berhayun. Maira sedang berdiri dekat anjung tangga rumah sambil melihat saja seorang gadis kecil berusia sekitar sepuluh tahun berbaju gaun putih dikotori kesan tompokkan darah begitu girang dan gembira menghayun buaian yang sedang di dudukinya.
"Maira! jomlah main buaian ni sekali"ajak Dahlia.
"Kau main je lah sorang-sorang Dahlia. Aku tengah mengandung ni..nanti kalau aku terjatuh dan terduduk ke tanah,tak pasal-pasal keguguran pulak bayi aku ni nanti"balas wanita muda itu sambil mengusap perut yang kian sarat.
Sesekali Maira tertawa melihatkan sahabat kecilnya itu terus girang menghayun buaian.
"Aku masuk dulu Dahlia. Dah mengantuk pulak"kata Maira sambil menguap-nguap.
"Okey Maira..jumpa lagi pagi esok"balas Dahlia. Gadis kecil itu terus berhayun dan berhayun.
Maira masuk ke rumah. Televisyen sedang bersiaran di ruang tamu. Maira melihat-lihat sebentar ke papan lukisannya. Ruang tamu itu sudah bertukar menjadi mini galeri seni lukisnya.
Banyak lukisan-lukisannya di letak bersusun-susun di situ. Ketika Maira sudah naik ke tingkat atas rumah dan ingin ke bilik tidurnya,tiba-tiba langkahnya terhenti di hadapan salah sebuah bilik.
Dia masuk ke bilik itu dan melihat-lihat di dalamnya. Kemas dan bersih. Hanya sahaja barang perabotnya agak antik. Maira menoleh ke suatu sudut di mana terdapat dua tiga buah kostum kepala kuda di sangkut pada penggantung dinding.
Salah sebuah kostum kepala kuda itu di bawa turun lalu di kibas habuk-habuk yang mengotorinya. Ianya adalah milik salah seorang pakciknya yang tinggal di rumah kotej itu sewaktu dia masih kanak-kanak dulu.
Maira lalu berdiri di hadapan cermin besar yang terdapat dalam bilik tersebut sambil menyarung kostum kepala kuda itu di kepalanya. Maira tidak tahu kenapa pakciknya dulu begitu fanatik terhadap kostum kepala kuda terbabit.
Akan tetapi dapat dirasakannya seolah-olah kostum kepala kuda itu seperti ada keseramannya tersendiri. Cukup buat menakut-nakutkan orang.
------------------------------------------
TENGAHARI tu Radziah sedang duduk di dalam kereta,menunggukan dua orang anaknya iaitu Izad dan Dania di luar pagar sekolah untuk di jemput pulang. Tak lama kemudian,loceng sekolah pun berkumandang dan murid-murid pagi menyerbu keluar. Kelihatannya para pelajar sesi pagi itu masing-masing memakai kostum baju dan kepala pelbagai jenis haiwan.
Radziah sudah di maklumkan bahawa hari ini sekolah rendah itu ada membuat hari pakaian beragam. Malah Izad dan Dania sendiri masing-masing menyarung kostum zirafah dan burung hantu.
Dalam keriuhan itu,Radziah terlihatkan seseorang sedang berdiri melambaikan tangan. Dia tidak pasti pula kepada siapa orang itu melambai. Akan tetapi sudut pandangan orang itu seperti menghala kepadanya.
"Dia melambai kat aku ke?"fikir Radziah sambil tertoleh-toleh ke belakang melalui cermin sisi. Tiada pula kereta lain atau sesiapa di belakangnya.
Namun yang pasti orang itu adalah seorang wanita dewasa yang sedang sarat hamil dan menyarung kostum kepala kuda. Radziah membuat andaian bahawa wanita itu mungkin adalah ibu atau kakak kepada mana-mana murid sekolah rendah itu juga.
PAGI tu cuaca sedikit mendung,sejuk dan berangin. Pak Abu dan Radziah seperti biasa sibuk di kedai pasaraya mini yang di usahakan.
"Akak balik dulu Ziah..nak hujan lebat agaknya pagi ni"kata Mak Joyah.
"Iyalah Mak Joyah..hati-hati kat jalan tu"balas Radziah.
Mak Joyah siap-siap membuka payung sebelum berjalan keluar dari kedai. Radziah melayan seorang dua lagi pelanggan sebelum kedai mini itu lengang buat seketika.
"Haih..biasa memang macam ni lah bang..time hari dah gelap nak hujan,pelanggan pun kurang yang datang"kata Radziah sambil menyusun tin-tin sardin dekat rak.
"Alah biasalah tu Ziah..karang hujan dah berhenti,menyerbulah pelanggan datang"balas Pak Abu yang baru saja selesai memotong ayam dan daging.
Apron di lucutkan. Orang tua itu duduk seketika di kerusi sambil minum kopi o dan membaca akhbar. Radziah pula pergi menghamparkan kain penutup kalis basah dekat rak-rak roti kerana biasanya walaupun ada bumbung atap kajang di situ, namun tempias hujan pasti akan terkena juga dekat roti-roti di rak tersebut dek kerana faktor tiupan angin yang kuat.
Hujan mulai turun sederhana lebat di sertai guruh-guruh kecil. Ketika menjenguk pandang ke jalanraya yang letaknya di hadapan kedai pasaraya mini itu,sekali lagi Radziah ternampak kelibat wanita hamil dengan kostum kepala kuda yang di lihatnya dekat sekolah Izad dan Dania semalam sedang berdiri di tepi sebuah pondok telefon awam di seberang jalan sambil berpayung dan melambai-lambaikan tangan kepadanya.
"Siapa perempuan ni? Dia nak apa sebenarnya? Semalam muncul kat sekolah..hari ni muncul kat sini pula?"fikir Radziah. Dalam pada itu hatinya berasa kurang sedap juga.
Wanita itu terus di perhatikan.
Tidak di ketahui siapa gerangan wanita berkenaan kerana topeng kostum kepala kuda itu pun masih di pakainya. Dia menyarung tubuhnya dengan baju hujan labuh dan malah bersarung tangan.
"Hish..tak waras agaknya perempuan ni"getus hati Radziah.
******
"Hahahahahhaha..."Maira ketawa menjadi-jadi sambil menanggalkan kostum kepala kuda itu sebelum di gantung dekat penyangkut dinding dalam bilik di hiasi perabot-perabot antik itu.
Kemudian sarung tangan dan baju hujan di tubuhnya pula di lucutkan.
"Kau biasa-biasakanlah diri kau Radziah..cik 'kepala kuda' pasti akan muncul lagi pada waktu-waktu yang lain nanti..hahahahaha"
Maira terus ketawa sambil berdiri melihatkan dirinya di hadapan cermin.
BERSAMBUNG...
Share this novel