MORBID 3 KEMBALI!

Thriller Series 5411

Hai readers..ini adalah berita baik buat peminat Siri MORBID. Sekuel ketiga MORBID berjudul 'Origin' akan kembali menemui anda pada minggu hadapan 1 December setiap ahad malam. So kepada readers yang masih belum membaca habis siri MORBID 2 ini sila habiskan terlebih dahulu.

Ada apa je dengan MORBID 3-oRiGiN?

Dalam siri kali ini pembaca akan di bawa mengimbau ke zaman sewaktu Doktor Doel Bachtiar iaitu bapa kepada tiga adik-beradik Horsehead itu masih hidup. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam mencetuskan segala macam bentuk kejahatan ngeri, pembunuhan dan kematian di rumah kotej itu.

Dalam siri ini juga pembaca akan di dedahkan lebih lanjut tentang kisah hidup beberapa watak yang pernah muncul dalam Siri MORBID 2-GeNeTiK iaitu Dahlia,Pak Abu,Pak Junid dan Detektif Abas(bapa kepada Detektif Hussein Abas.

Kemudian pembaca akan di bawa pula mengimbau ke era zaman remaja Kazim sewaktu berkawan baik dan bercampur-gaul dengan adik-beradik Horsehead.

AMARAN!: Jika anda penghidap simptom tomophobia(ketakutan terhadap segala macam bentuk prosedur pembedahan surgical)tolong jangan baca cerita ini. Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda pengsan. Saya sendiri turut berasa kurang selesa dan lemah dengan babak pisau bedah,gunting,katil pembedahan, limpahan darah dll yang terdapat dalam siri ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience