-AUTHOR NOTES-

Horror & Thriller Series 5227

Siri MORBID 2 (GeNeTiK) di tulis pada sekitar bulan November 2023 dan hanya mengambil masa sebulan lebih sahaja untuk di siapkan. Dalam tahun 2024 ni saya juga telah memulakan penulisan untuk kesinambungan MORBID 3 (oRiGiN) sekitar bulan puasa yang lalu. Malangnya ia terkandas di tengah jalan dan masih belum berjaya di tulis sepenuhnya dek kerana saya mengalami writer's block dan kebuntuan idea. Jadi saya tidak bercadang untuk publish sekuel ketiga MORBID dalam masa terdekat ini.

Dalam siri MORBID 3 (oRiGiN),pembaca akan di bawa menyelami zaman silam di mana bermulanya asal usul kejahatan yang tercetus di rumah kotej yang di huni oleh Tuan Doktor Doel Bachtiar sekeluarga.

Ia juga bakal merungkai kisah zaman kanak-kanak tiga beradik Horsehead dan bagaimana mereka di pengaruhi oleh kejahatan dan angkara oleh bapa mereka hingga terbawa-bawa hingga ke waktu dewasa mereka. Cerita ini berlatarbelakangkan tahun 70'an.

Selain itu, MORBID 3 (oRiGiN) juga bakal menampilkan kisah Pak Abu di zaman mudanya bekerja sebagai pemandu peribadi Tuan Doktor Doel Bachtiar serta Dahlia si kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa culik dan bunuh oleh Doktor terbabit.

Saya berharap MORBID 3(oRiGiN) dapat di selesaikan penulisannya sehingga tamat agar dapat di publish di Novel+ mungkin dalam tahun ini juga. Walaubagaimanapun saya tidak berani berjanji untuk hal itu. Sama-sama lah kita berharap.

Berbalik kepada Siri MORBID 2(GeNeTiK). Untuk versi published di Novel+ ini ada beberapa scene dan adegan dalam beberapa bab terpaksa di sunting, edit dan di potong kerana beberapa sebab seperti terlalu panjang berjela,lucah dan tidak terlalu penting untuk di paparkan. Hal ini juga berlaku pada Siri MORBID 1(Banned!).

Walaubagaimanapun saya berhasrat untuk publish bahagian-bahagian yang telah di potong itu di bawah Bab 'Cut/deleted scene' bagi mana-mana readers yang berminat nak baca dan mencari sedikit 'kesensasian' 18sx. Tidak di galakkan untuk di baca oleh readers bawah umur 18tahun. Jadi jangan deleted siri MORBID 2 (GeNeTiK) dan siri MORBID 1(Banned!) dari library anda walaupun Siri ini telah TAMAT kerana Sometimes saya akan publish 'Cut/deleted scene' dan juga hidden part dari kedua-dua siri.

Bermula pada minggu hadapan saya akan mulai publish cerita baru berjudul 'BONGKAR' yang mengisahkan tentang sekumpulan wartawan syarikat penerbitan akhbar tabloid misteri dalam membongkar pelbagai hal-hal misteri,horror,aneh dan paranormal.

Kepada readers yang berminat dengan genre Sci-fi horror mystery dan paranormal, bolehlah nantikan siri 'BONGKAR' pada minggu hadapan. Akan di publish pada setiap hari ahad malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience