28.Bahaya Menanti

Horror & Thriller Series 5227

RUMAH kotej terbiar itu kini tersergam di hadapan detektif Hussein Abas. Kenderaan pajero beliau berhenti di luar pagar. Detektif gempal itu sedang memerhatikan ke segenap kawasan dalam kediaman terbabit.

Apabila melihatkan halaman rumah yang agak kemas dengan rumput lalang yang telah di potong dan di bersihkan,beliau semakin yakin bahawa ada orang yang datang dan menguruskan rumah tersebut.

Pagar pun di buka sebelum detektif itu melangkah masuk ke laman rumah. Dia sekadar meninjau dan membuat penelitian kasar terlebih dahulu bagi memastikan ada jejak-jejak yang menunjukkan bahawa rumah itu sering di datangi orang.

Pada ketika itulah kereta Maira baru muncul dari kejauhan namun wanita muda itu segera berhenti dan berundur setelah menyedari ada kenderaan jenis pajero di luar pagar.

"Siapa pulak ni?"getus hatinya.

Kereta nya pun membelok ke laluan bersemak dan menyembunyikan kenderaannya di situ sebelum melompat turun. Maira berhati-hati menyusup dari balik hutan menghampiri ke rumah kotej. Dia sekadar memerhatikan saja tindak-tanduk detektif gempal bertopi leper yang sedang melilau di halaman rumah.

Asap curut berkepul-kepul di hembus keluar dari mulut Detektif Hussein Abas. Lelaki itu bertinggung dan membelek sampah tin minuman milo yang di temui dekat laman rumah. Hanya dengan memeriksa tarikh luput pada tin munuman itu saja sudah cukup untuk menjawab beberapa persoalan didalam mindanya.

"Tin minuman ni masih baru lagi. Ini ertinya memang ada orang yang kemari secara kerap"katanya sambil melihat pula pada sampah plastik keropok dan botol minuman mineral.

Dari kejauhan sebalik semak,Maira dapat melihat lelaki gempal bertopi leper itu mengutip sampah tin minuman yang di buangnya dekat laman rumah lalu di simpan ke dalam plastik.

Serta-merta Maira sudah dapat meneka siapa orang itu.

"Aduh celaka! Penyiasat polis agaknya ni"katanya.

Maira sudah boleh menghidu bahaya yang sedang menanti. Dia tahu kesan cap jarinya ada pada tin minuman dan sampah-sarap terbabit. Sekiranya bahan bukti itu tidak di rampas dari lelaki terbabit,dia benar-benar akan kecundang di akhirnya. Dan sekiranya lelaki itu masuk pula ke dalam rumah kotej dan menemui bilik stor yang menghubung ke bilik bawah tanah,pastilah beliau akan menemui Izad yang sedang terkurung di situ.

Ligat otak Maira memikirkan bagaimanakah caranya untuk dia merampas plastik bahan bukti itu dari tangan lelaki berkenaan.

Detektif Hussein Abas pun bangun. Baru sahaja dia berhasrat untuk masuk ke dalam rumah kotej berkenaan,tiba-tiba ada panggilan masuk ke henfonnya.

"Hello ya Tuan Inspektor. Apa? ada hal penting nak jumpa? Tak boleh tangguh dulu ke Tuan? Hm..iyalah baik..baik..kalau macam tu saya ke balai sekarang"

Panggilan berakhir. Detektif Hussein tampak sedikit kecewa kerana hasratnya mahu masuk dan meninjau ke dalam rumah kotej tidak kesampaian berikutan panggilan penting itu. Dia di kehendaki pergi ke balai sekarang untuk suatu pertemuan penting.

Detektif Hussein akhirnya di lihat keluar dari pagar untuk beredar. Ketika pintu sudah di buka dan dia hendak melompat masuk ke ruang pemandu,tiba-tiba sebatang kayu hinggap dari arah belakang kepala penyiasat terbabit.

BUKK!

Matanya jadi berpinar-pinar. Satu lagi hentaman singgah di tengkuknya. Mulutnya di cekup dengan kain. Detektif Hussein benar-benar tidak menjangkakan langsung hal terbabit. Dia terkejut dan pengsan.

Maira pantas merampas segala bahan bukti di tangan lelaki itu. Kemudian dia pergi ke halaman rumah dan memastikan tiada lagi apa-apa yang di buangnya dekat situ yang boleh menyebabkan cap jarinya di perolehi.

Izad yang di kurung dekat bilik bawah tanah pun di lepaskan.

"Cepat kita kena keluar dari sini. Sebelum tu kau tolong aku kemas sikit tempat ni"kata Maira.

Izad akur. Sampah sarap di bersihkan.

DETEKTIF Hussein Abas hanya tersedar kembali dari pengsannya kira-kira setengah jam kemudian. Namun segalanya telah terlambat. Aira dan Izad telah lebih awal beredar meninggalkan rumah kotej itu.

"Aduh!"detektif itu mengaduh kesakitan sambil memegang tengkuknya.

Dia perasan plastik mengandungi tin minuman yang di kutipnya tadi telah tiada. Entah siapa yang menyerangnya tadi dia pun tidak tahu. Semuanya berlaku dengan pantas. Hussein Abas tidak tergerak hati pula untuk masuk semula ke halaman mahupun ke dalam rumah kotej berkenaan.

"Ah orang gila agaknya"fikir Hussein Abas sebelum beredar pergi dengan kenderaan pajeronya.


******

"Ahhh! Sial betul!"Aira menghempaskan tubuhnya di katil sofa di ruang tamu pangsapurinya sambil membentak bengang,geram dan marah setelah mendapati rumah kotej itu kini berada dalam sasaran lelaki yang di syakinya sebagai penyiasat polis. Nyaris dia terhumban dalam kancah bahaya.

"Kak..siapa pakcik pakai topi leper yang pengsan tadi tu?"tanya Izad merujuk kepada detektif Hussein yang di lihatnya tertiarap dekat tepi sebuah pajero tidak di kenali sewaktu keluar dari rumah kotej terbiar itu tadi. Budak lelaki tu terpaksa memakai rambut palsu panjang dan topi serta cermin mata agar identiti asalnya tidak di cam oleh penduduk di sekitar perumahan pangsapuri berkenaan.

"Entah. Penyiasat polis agaknya. Buat masa ni kita tak boleh pulang ke sana lagi. Bahaya!"

Izad sekadar mengangguk-angguk.


-------------------------------------

BEBERAPA hari kemudian Aira singgah ke kedai pasaraya mini Pak Abu. Ketika itulah dia mendapati kenderaan pajero milik detektif Hussein Abas yang di sangkanya penyiasat polis itu juga turut ada di situ.

Di lihatnya lelaki gempal bertopi leper itu sedang rancak berbual dengan Pak Abu sementara Radziah pula sibuk melayani pelanggan yang datang.

"Hai Aira"sapa Radziah sambil menimbang sayuran yang hendak di beli oleh seorang pelanggan.

"Kak Ziah"Aira membalas senyuman wanita itu sambil melambai.

"Siapa pakcik pakai topi leper tu Kak Ziah?"Aira mengambil kesempatan bertanya sambil berbisik.

"Ouh itu Encik Hussein Abas,dia Detektif private yang akak sama Pak Abu upah untuk siasat kes Izad"

Aira sekadar mengangguk-angguk.

Kemudian Aira pergi ke peti ais. Kebetulan Pak Abu dan Detektif Hussein sedang duduk dekat bangku berhampiran situ. Jadi dapatlah Aira memasang telinga di atas perbualan mereka itu.

''Saya amat pasti memang rumah kotej tu sering di kunjungi orang. Buktinya tin-tin minuman dan sampah sarap makanan yang ada di buang dekat halaman rumah tu baru lagi"kata Detektif Hussein.

"Mungkin penagih dadah,pengemis atau kutu rayau tak Tuan Hussein?"kata Pak Abu.

"Tak pasti lagi Pak Abu. Perkara tu sedang saya siasat. Hari tu waktu saya ke rumah kotej tu saya telah di serang tiba-tiba dari arah belakang"

"Ah siapa pulak yang serang Tuan Hussein tu?"

"Saya pun tak tahu. Saya pengsan. Bila saya terjaga semula,saya dapati tin minuman yang saya kutip untuk tujuan pengesanan cap jari tu dah hilang. Entahlah..mungkin jugak penagih dadah atau kutu rayau yang serang saya kerana tidak suka kehadiran saya menceroboh rumah kotej yang telah menjadi 'sarang' mereka tu'

''Tuan dah masuk ke dalam rumah tu ke?"Pak Abu berkerut dahi dan semakin berminat.

Asap curut berkepul-kepul di hembus keluar dari mulut Detektif Hussein Abas.

Aira juga tidak sabar hendak mendengar jawapan dari mulut Detektif gempal itu.

"Malam tadi saya hantarkan dua orang detektif pembantu saya ke rumah kotej tu lagi. Waktu masuk ke halaman rumah,mereka terserempak lembaga mengerikan. Langsung kedua-dua nya lemah semangat dan beredar"

"Rumah terbiar bertahun-tahun Tuan Hussein..memang seramlah''selit Pak Abu.

"Apa pun nanti saya dan pembantu saya akan masuk juga ke dalam rumah tersebut dan cari bilik klinik bawah tanah tu"

"Tuan Hussein nak masuk bila? Boleh saya ikut temankan tuan sekali?"Pak Abu menawarkan diri.

"Kalau macam tu lagi bagus. Hm,saya fikir malam ni juga kita ke sana boleh Pak Abu?"

"Boleh..boleh..baiklah"

BERSAMBUNG..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience