16.Mesej Dalam Lukisan

Horror & Thriller Series 5325

SENJA sudah berlalu sebelum malam mengambil alih suasana. Radziah masih terbaring sebantal dengan Pak Abu dalam pangkuan lelaki separuh usia bermisai putih dan tebal itu di atas katil besar dalam sebuah bilik di hotel bajet.

Beg tangan mewahnya ada di letak atas meja kecil tepi katil bersama kain selendang tudung yang sudah terlucut. Pak Abu tidak berbaju sambil mengusap belai ke tubuh Radziah.

Sesekali Radziah dan Pak Abu berkucupan bibir.

"Ziah..kamu dah tenang ke? Jomlah kita pulang..dah malam ni"ajak Pak Abu.

"Thanks Pak Abu..barulah tenang sikit Ziah rasakan. Iyalah..jom kita balik"Radziah menyarung kutang coli hitamnya yang beropol-ropol bunga dan di penuhi manik-manik itu.

Tangisan Radziah sudah lama berhenti. Kesunyian dan kesepiannya sudah terisi. Kesedihannya akibat kecurangan suaminya pun sudah beransur reda. Katil besar itu agak berselerak sedikit cadarnya. Radziah benar-benar cair di pangkuan Pak Abu lepas bersekedudukkan tadi.

Selepas menyarung pakaian ke tubuh,Radziah pun mengenakan kembali kain seledang tudung kepalanya dan mencapai beg tangan sebelum beredar pulang bersama Pak Abu.

MALAM sudah agak lewat ketika Radziah masih ke hulu ke hilir di ruang tamu menunggukan suaminya Arman yang tidak pulang-pulang ke rumah semenjak siang tadi lagi. Pelbagai sangkaan bermain di benak fikirannya.

"Hah,agaknya entah kat manalah dia pergi bermalam dengan cikgu..sampai tak ingat nak balik rumah dah"getus hati Radziah.

Walaubagaimanapun marahnya sudah beransur reda setelah di temani oleh Pak Abu tadi.

Panggilan yang di buat ke nombor Arman tidak di jawab walaupun bunyi panggilan masuk dapat di dengari. Radziah juga tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang telah menghantar video tersebut kepadanya? Adakah cikgu Azura sendiri yang dengan sengaja berbuat demikian kerana ingin merampas suaminya?

Kalau boleh sejurus Arman pulang ke rumah nanti Radziah akan segera tunjukkan rakaman video bukti kecurangan suaminya itu dan dia sudah nekad mahu dirinya di ceraikan dengan serta-merta. Radziah sudah tiada hati lagi pada lelaki itu. Kalau Arman enggan menceraikannya serta berkeras mahu rumahtangga itu di teruskan juga,Radziah tetap akan meneruskan skandalnya bersama Pak Abu.

Akan tetapi Radziah masih belum tahu lagi hakikat yang suaminya sudah tiada. Arman mahupun cikgu Azura kedua-duanya telah mati di bunuh oleh Maira di rumah kotej itu pada sebelah siang tadi.


-----------------------------------

BEBERAPA hari telah berlalu. Radziah berasa cukup hairan kerana suaminya masih tidak pulang-pulang ke rumah. Dia tidak berhasrat untuk pergi membuat repot ke balai polis kerana hatinya lebih kuat menyangka bahawa Arman sebenarnya sengaja menghilangkan dirinya kerana sudah hanyut dengan guru kelas Maira. Dia pun sudah tidak peduli lagi tentang itu.

Akan tetapi jawapan mulai hadir sendiri tanpa di cari apabila pihak sekolah Maira terpaksa menghubungi dan memaklumkan kepada setiap ibu bapa murid-murid kelas darjah Empat Melor termasuk Radziah,berikutan kehilangan guru kelas Maira itu tanpa dapat di kesan telah menggemparkan Sekolah Rendah Sri Purnama.


******

"Jadi cikgu Azura tak datang mengajar?"soal Radziah sambil bercakap di telefon.

"Benar puan..kami pihak sekolah pun turut tertanya-tanya kenapa cikgu Azura tidak hadir mengajar selama beberapa hari tanpa sebarang makluman dari beliau. Tapi mujurlah suami Cikgu Azura menghubungi ke sekolah dan memberitahu apa yang berlaku. Beliau mengesyaki isterinya hilang dan tidak pulang ke rumah selama beberapa hari yang lalu sebelum mengambil keputusan pergi membuat aduan ke balai. Tapi Puan Radziah tak usah bimbanglah..kami pihak sekolah sudah pun mendapatkan guru ganti untuk anak puan dan murid-murid kelas 4 Melor"kata pihak pengurusan sekolah Maira.

"Ya baiklah kalau macam tu. Terima kasih cikgu"balas Radziah sebelum perbualan telefon itu berakhir.

Ketika Radziah masih termenung di sofa ruang tamu berikutan kes kehilangan guru kelas Maira,berita berkaitannya pun tersiar di kaca televisyen.

*"Susulan kes kehilangan seorang guru di Sekolah Rendah Sri Purnama,pihak polis telah bertindak di atas aduan yang di buat oleh suami wanita berkenaan. Keberadaan cikgu Nor Azura telah berjaya di kesan melalui GPS lokasi telefon bimbit beliau yang berlokasikan di Desa Terpenchil. Itu telah membawa pihak polis ke sebuah rumah kotej terbiar sebelum menemui mayat guru tersebut dalam keadaan mati berlumuran darah akibat di tikam. Turut di temui ialah mayat seorang lelaki yang juga turut menjadi mangsa tikam. Kes di klasifikasikan sebagai kes bunuh dan pihak berkuasa masih meneruskan penyiasatan..berita selanjutnya.."*

Radziah tergamam dengan mata terbeliak sambil menutup mulut. Hatinya berdebar-debar. Dia amat pasti mayat lelaki yang di temui bersama mayat cikgu Azura itu adalah suaminya sendiri iaitu Arman. Apabila dia memeriksa kembali video kecurangan Arman itu barulah Radziah menyedari bahawa suaminya dan guru kelas Maira itu sedang berada di halaman rumah kotej terbiar itu rupanya.

Dan segalanya terjawab sewaktu dia sendiri pergi ke balai untuk membuat repot atas kehilangan suaminya. Radziah di maklumkan oleh pihak polis bahawa mayat lelaki yang turut di temui bersama cikgu Azura itu telah di sahkan sebagai Arman.

Dalam pada kesal dan kecewa akibat perbuatan curang Arman,namun sebagai isteri, Radziah masih tidak dapat menahan kesedihan di atas pemergian Arman dalam keadaan mati di bunuh sebegitu. Walau apa pun,dia redha dan pasrah dengan apa yang telah terjadi.


------------------------------------------

LIMA BULAN KEMUDIAN....

SEORANG doktor sedang membuat pemeriksaan ke atas bayi Radziah yang kini sudah berusia sembilan bulan. Dia bergegas ke klinik pakar itu membawa Irfan setelah mendapati bayinya tidak mahu menyusu dan asyik menangis.

"So macam mana dengan baby saya Doktor?"tanya Radziah.

"Hm..kamu ada beri dia makan apa-apa yang tak sepatutnya ke Puan?"doktor wanita itu menyoal semula.

"Tak ada doktor..saya cukup berhati-hati dalam bab pemakanan baby Irfan. Selain menyusu badan,saya hanya beri dia makan apa yang di benarkan oleh pakar bayi sahaja"ujar Radziah lalu menyenaraikan apa-apa yang di berikannya kepada bayinya.

Doktor memeriksa senarai tersebut.

"Ada apa-apa masalah kah dengan senarai pemakanan bayi yang saya ikuti tu doktor?"

"Tiada sebarang masalah. Senarai ini tepat dan betul. Cuma saya hairan bagaimana bayi kamu boleh 'mogok' sebegini. Ini biasanya berlaku apabila seseorang bayi itu di beri pemakanan yang tidak sesuai. Apakah ada orang lain selain puan yang beri Irfan makan?"tanya doktor lagi.

"Tak ada doktor..'

"Kalau macam tu saya akan mengambil sampel najis dan air kencing Irfan untuk di analisis lebih lanjut"

"Baiklah"

Walaubagaimanapun Radziah terpaksa pasrah bila Irfan di tahan dekat wad kerana kondisi bayinya itu tidak begitu memuaskan serta memerlukan pengawasan lanjut oleh doktor.

Radziah beredar dari hospital bersama Pak Abu yang datang menemaninya. Hubungan Radziah dan Pak Abu semakin rapat dan mesra di sepanjang tempoh lima bulan kebelakangan ini.


*********

"Jangan di fikirkan sangat hal tu Ziah. Yang penting dia sudah di bawa ke hospital dan di bawah jagaan doktor sekarang"kata Pak Abu cuba menenangkan hati wanita itu ketika dia dan Radziah melangkah turun dari tangga sebuah hotel bajet.

"Harapnya Irfan tak apa-apalah Pak Abu"kata Radziah sambil membetul-betulkan ikatan tudung di kepalanya.

Sejurus beredar dari hospital tadi,Pak Abu membawa Radziah singgah di sebuah hotel bajet cina yang agak tersembunyi sikit lokasinya malah sunyi-sepi dan jauh dari laluan orang ramai.

"Sudah..kamu jangan runsing sangat. Kalau ada apa-apa nak mintak tolong..call aja aku nanti"kata Pak Abu sambil merangkul ke pinggang Radziah sambil menggosok di belakang batang tubuh wanita anak dua itu.

"Terima kasih sangat Pak Abu.."Radziah mengukir senyuman. Wajahnya tampak letih dan puas.


----------------------------------

"Maira! oh Maira! mari kita makan dulu. Mama ada beli*fried chicken*ni"teriak Radziah dari luar pintu bilik tidur Maira.

Senyap tiada jawapan.

Pintu pun di ketuk beberapa kali.

"Maira jom makan sayang..mama ada beli ayam goreng kesukaan Maira ni"teriak Radziah lagi.

Masih tiada jawapan.

"Ai dia keluar ke?"

Tombol pintu pun di pulas. Ternyata Maira tiada di biliknya. Radziah melangkah masuk ke dalam. Sudah agak lama dia tidak masuk ke bilik tidur Maira. Dia terjumpa beberapa lukisan di atas meja anak angkatnya itu lalu di beleknya satu-persatu.

Maira melukis gambar keluarga yang terdiri dari ibu,ayah,anak perempuan dan bayi yang mana Radziah dapat mengagak yang ia merujuk kepada famili rumah itu sendiri.

Kemudian di kertas lukisan lain pula ada gambar si ayah dengan seorang wanita lain yang bertudung sedang bersembunyi dari si ibu. Dalam masa yang sama perbuatan si ayah dan wanita bertudung itu pula sedang di intai oleh anak perempuan. Hal itu membuat Radziah sedikit berkerut. Lukisan itu mempunyai mesej tersembunyi. Lama dia menatap lukisan itu dan cuba memahaminya.

Di beleknya kertas lain pula.

Kali ini Maira melukis karikatur si ayah dan wanita bertudung tadi terbaring berlumuran darah dan ada sebilah pisau atau parang di sisi mayat mereka.

Hati Radziah berasa tidak sedap. Dadanya berdebar-debar. Dia mulai yakin bahawa lukisan Maira itu sebenarnya merujuk kepada Arman dan cikgu Azura.

Lama-lama barulah Radziah mengerti mesej tersirat yang cuba di sampaikan.

"Rupanya Maira dah tahu lebih awal tentang kecurangan Arman''fikir Radziah.

Walaubagaimanapun Radziah masih belum menyedari hakikat bahawa Mairalah pembunuh suaminya dan cikgu Azura. Dia beranggapan ilham lukisan pembunuhan itu Maira dapati dari melihat berita tentang kematian Arman dan cikgu Azura di televisyen sewaktu kejadian itu gempar dulu. Pihak berkuasa pula masih belum berjaya menjejak si pembunuh dalam kes tersebut walaupun sudah lima bulan berlalu.

.. BERSAMBUNG..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience