LEPAS makan malam,Maira terus masuk ke bilik. Dia lebih suka menyendiri semenjak ibu angkatnya Radziah berkahwin kira-kira setahun yang lalu dan kini telah memiliki seorang cahaya mata bersama suaminya Arman.
Sudah enam tahun lamanya Radziah memelihara Maira seperti anak kandungnya sendiri. Maira juga mesra dan senang dengan ibu angkatnya itu yang juga sahabat dan teman rapat kepada arwah ibu kandungnya Salma yang mati dalam suatu insiden ngeri enam tahun lalu. Maira turut memanggil Radziah sebagai mama.
Cuma segalanya berubah setelah Radziah berkahwin. Maira mulai di rundung kesepian. Lebih-lebih lagi bila melihat kemesraan ibu angkatnya dengan suami dan cahaya mata mereka yang baru saja lahir beberapa bulan yang lalu.
Seolah-olahnya gadis berusia sepuluh tahun itu merasakan dirinya tidak lagi sepatutnya berada di situ menjadi beban tanggungan buat Radziah dan suaminya.
Entah kenapa rasa benci dan meluat menguasai diri Maira setiap kali memandang kepada bayi Radziah dan Arman. Tidak hanya kesepian malah Maira turut berasa terpinggir semenjak bayi itu hadir. Ibu angkatnya pula di lihat terlalu gembira dan begitu banyak meluangkan masa memberi perhatian terhadap bayinya.
Air mata Maira mengalir setiap kali dia mengintai kebahagiaan pasangan itu dengan bayi mereka di ruang tamu melalui celah pintu bilik tidurnya. Gadis itu teresak-esak sendirian.
Maira menghempaskan tubuhnya di atas katil.
Dia terfikir alangkah bagus kalau ibu nya Salma masih ada. Tidak perlulah dia hidup menumpang di atas kebahagian rumahtangga orang lain.
"Ibu...."rintih Maira sendirian sambil menatap sekeping gambar foto ibunya yang masih ada dalam simpanan.
__________________________________________
DINIHARI sekitar jam 3 pagi hujan turun dengan lebat di sertai bunyi-bunyi guruh. Maira keluar dari bilik dan berhati-hati memasang langkah menuju ke bilik tidur ibu angkatnya dan suami.
Pintu bilik itu pula tidak di tutup dengan rapat dan terbuka sedikit. Dia pun mengintai ke dalamnya.
Ibu angkatnya Radziah dan suami masing-masing sudah lena di atas katil besar mereka. Bilik itu di terangi lampu tidur yang suram. Maira menoleh ke suatu sudut di mana bayi Radziah dan Arman di lihat sedang tidur dalam sebuah katil kecil.
Dia pun merangkak masuk dengan berhati-hati menuju ke katil kecil itu sebelum melepaskan seekor lipan dari dalam bungkusan plastik yang ada di bawanya ke katil bayi itu.
Kemudian Maira cepat-cepat merangkak keluar dari bilik itu dan kembali ke bilik tidurnya.
Ketika terdengar rengekkan dan tangisan bayi Radziah dan Arman memecah suasana,Maira mengukir senyuman puas sambil berbaring di katilnya.
Dinihari itu jadi kecoh!
Radziah dan Arman panik dan terkejut betul bila menyedari bayi mereka telah di sengat oleh lipan. Tak bertangguh mereka pun bersiap dan memandu kereta meredah hujan lebat di kala dinihari itu untuk menghantar bayi mereka ke klinik 24 jam.
------------------------------------------------
"Mujurlah cepat kita hantar baby ke klinik..doktor cakap kalau terlambat sikit tadi kemungkinan kita akan kehilangan Irfan"kata Radziah pada suaminya sewaktu bersarapan pagi.
Bayi kecilnya Irfan yang baru berusia beberapa bulan itu pun ada tidur di pangkuannya.
Arman mengusap belai bayi itu sebelum kembali menjamah nasi goreng di dalam pinggannya.
"Agak tak masuk akal juga lipan boleh muncul di katil Irfan. Walhal bilik tidur kita tu agak bersih"kata Arman.
''Tak apalah bi..nanti kita selalu tengok-tengokkan keadaan bilik tu lebih terperinci. Untuk keselamatan Irfan jugak"
Maira yang duduk bersarapan di bangkunya hanya diam seribu bahasa di saat pasangan suami isteri terbabit berbual tentang bayi mereka. Sesekali dia mencebik benci menjeling kepada bayi di pangkuan ibu angkatnya itu.
Dalam beberapa suapan sahaja Maira pun selesai menjamah nasi goreng dari pinggannya. Air milo panas yang selama ini menjadi kegemarannya juga hanya di minum seteguk dua sebelum dia bangkit dari kerusinya.
"Eh..Maira kenapa makan sikit sangat? nanti lapar kat kelas nanti"kata Radziah.
"Tak apalah..dah kenyang"balasnya acuh tak acuh.
Maira sudah bersiap hendak pergi ke sekolah.
Ketika dia sedang duduk menyarung kasut sekolahnya,Radziah pun menghampiri.
"Pagi ni mama tak dapat hantarkan Maira ke sekolah ya..baby Irfan sakit..so uncle Arman yang akan hantarkan Maira okey?"
Maira menunduk bisu sambil menumpukan pada kasut yang di sarung pada kaki.
Radziah dapat merasakan yang anak angkatnya itu seperti tiada mood pagi-pagi ini.
"Kenapa ni Maira? Maira tak sihat ke?"
Radziah menekap belakang tapak tangannya ke dahi gadis itu.
"Tak lah..okey je"
Suami kepada ibu angkatnya juga sudah selesai bersarapan. Hari ini dia juga mengambil cuti sempena bayinya yang sakit. Lelaki itu baik orangnya. Dia juga melayankan Maira seperti anak sendiri.
"Haa..Maira dah siap ke..jom uncle hantarkan Maira ke sekolah"kata Arman yang berusia pertengahan 40-an itu. Orang nya sedikit gempal dan bercermin mata.
Maira sekadar mengangguk-angguk.
*******
"Uncle...boleh tak tolong hantarkan Maira ke rumah lama famili Maira"kata Maira sewaktu dalam perjalanan ke sekolah.
Arman yang sedang memandu kereta berasa sedikit curiga dengan kata-kata gadis berusia sepuluh tahun itu. Setahu Arman, rumah kotej itu kini telah di tinggal terbiar di mamah hutan dekat sebuah desa terpencil.
Lagipun peristiwa pembunuhan ngeri yang pernah berlaku di rumah kotej itu dulu pernah mendapat liputan akhbar beberapa tahun lalu. Arman juga mengikuti kes tersebut melalui media pada ketika itu.
"Hish..rumah tu dah terbiar lama Maira. Dah jadi rumah berhantu kot"balas Arman dengan harapan Maira akan membatalkan saja hasratnya hendak ke sana.
Maira pun diam menyepi.
Arman menoleh kepada gadis itu dan bertanya lebih lanjut.
"Maira nak pergi ke sana untuk apa?"
"Tak ada papelah.."
Kereta itu terus meluncur membelah laluan utama di pekan.
.. BERSAMBUNG...
Share this novel