KRIEKK...pintu bilik stor yang sudah usang itu berkeriut bunyinya saat di buka oleh Maira. Di tangannya ada lampu*camping*serbaguna yang ada di bawa dari rumah.
"Jomlah kita turun bawah"ajak Dahlia.
Mereka pun turun melalui tangga yang menuju ke bilik bawah tanah. Mujur juga lampu*camping*LED itu sungguh terang cahayanya. Suasana agak sejuk dan berbau hapak. Sesekali Maira terpaksa menguak sawang dan sarang labah-labah yang menghalang laluan di tangga.
Di hujung anak tangga bawah mereka menemui sebuah bilik. Ada papan tanda larangan masuk di tampal di hadapannya.
"Pakcik Doktor tu yang letak papan tanda ni. Dia tak kasi orang gaji atau sesiapa pun masuk bilik ni termasuk anak-anak dan isteri dia"terang Dahlia seakan tahu apa yang bermain di kotak fikiran Maira.
Apabila pintu bilik itu di buka dan cahaya lampu*camping*pun menerangi bilik tersebut. Ia adalah bilik pejabat seperti di klinik-klinik. Ada*stretcher*dan katil pesakit terdapat di suatu sudut. Ada meja dengan fail-fail lama di atasnya. Bilik itu agak berhabuk dan bersawang dek kerana sudah terlalu lama di tinggalkan.
"Uhukk..uhukk"Maira terbatuk-batuk dan terbersin.
Dekat dinding bilik itu ada di tampal berpuluh-puluh gambar kanak-kanak. Kesemua gambar-gambar itu sudah di tanda dengan pangkah.
"Itu lah gambar kanak-kanak yang dah diculik dan di bedah oleh Pakcik Doktor. Mereka semua dah mati. Termasuk aku.."kata Dahlia sedikit sebak dan teresak-esak sambil menunjukkan foto dirinya yang turut ada di lekat dekat situ.
"Sabarlah Dahlia.."Maira memujuk dan mengusap sahabatnya itu.
Dahlia mengangguk lalu mengelap air matanya.
"Tapi kenapa aku tak nampak kanak-kanak lain selain kau Dahlia?''
"Mereka di tanam kat tempat yang jauh dari sini. Aku adalah kanak-kanak terakhir yang di bunuh. Pakcik Doktor tak sempat nak tanam mayat aku jauh dari sini kerana pada waktu tu dia tengah cemas bila dapat panggilan yang bagitahu polis sedang dalam perjalanan ke rumah kotej ni. Jadi dia bergegas seret aku dan tanam kat ladang tebu sebelah rumah ni je"
Maira jadi termenung panjang dengan cerita yang di sampaikan oleh Dahlia itu.
"Dekat hujung sana ada bilik dan sangkar kurungan. Dekat situlah aku dengan kanak-kanak lain yang di culik kena kurung dengan pakcik Doktor"
Maira pun mengikuti Dahlia ke bilik itu. Memang seperti apa yang di dakwa oleh Dahlia,bilik itu ada kandang besi dengan rantai dan kunci mangga.
Kemudian ada sebuah lagi bilik di sebelahnya. Dari lantainya yang di kotori oleh limpahan sisa darah itu Maira sudah boleh mengagak bahawa itu adalah bilik di mana Pakcik Doktor itu membedah kanak-kanak yang di culiknya.
Di dalamnya ada katil besi bersimbah darah kering dan ada banyak peralatan autopsi bedah seperti gunting dan pisau. Setelah puas melihat-lihat dan meninjau di bilik rahsia bawah tanah yang terdapat di rumah kotej itu,barulah Maira dan Dahlia keluar semula.
Maira sendiri tidak pernah tahu bahawa hakikat sebenarnya 'pakcik Doktor' yang di khabarkan oleh Dahlia itu adalah datuknya sendiri iaitu Tuan Doktor Dol Bachtiar,seorang doktor gila,kanibal dan psikopat yang pernah menggemparkan Desa Terpenchil beberapa puluh tahun lalu dengan kes penculikkan dan pembunuhan puluhan kanak-kanak.
-------------------------------------
PINN! Sebuah lori perabot tiba di hadapan rumah teres dua tingkat di taman perumahan itu pada waktu petang. Maira sedang mencuci basikalnya. Dia pun berteriak memanggil ibu angkatnya.
"Mama! lori perabot datang!"
"Haa ya ya..jap mama datang"
Radziah keluar dari rumah sambil menyarung tudung di kepala lalu pergi ke pagar.
"Kami datang nak hantar katil dan tilam"kata pemandu lori. Dia datang berdua dengan seorang pembantu.
"Eh awak salah alamat kot..saya tak ada beli barang perabot dari kedai awak"kata Radziah.
"Encik Arman suami Puan kan?"
"Ya ya saya.."
"Suami Puanlah yang beli katil dan tilam baru ni..ini ada maklumat pembelian oleh beliau"
Radziah pun memeriksa maklumat tersebut.
"Ohh iya ke..kalau macam tu okey lah..bawak lah masuk ke rumah"kata Radziah lalu membuka pintu pagar luas-luas.
Sebuah kerangka katil besar dan tilam spring di punggah turun dari lori. Kereta Arman pun tiba. Kebetulan dia pun baru pulang dari kerja. Suami Radziah itu tersenyum saja ketika turun dari kereta.
"Tilam lama tukar baru''Arman mengajuk suara apek kedai perabot membuat Radziah tertawa kecil.
"Ai tiba-tiba je beli katil dengan tilam spring baru bi?"Radziah menyambut beg kerja suaminya.
"Sajalah ayang..kan dah lama kita tak tukar katil dengan tilam baru"balas Arman sebelum masuk ke rumah untuk mengiring pekerja kedai perabot itu menghantar katil dan tilam baru itu ke bilik tidur.
Kemudian pemandu lori dan staf kedai perabot pun keluar sambil memunggah katil dan tilam lama sambil di bantu oleh Arman.
Maira sekadar berdiri je tercegat sambil melihat.
"Nak buang ke katil dengan tilam lama ni Encik Arman?"tanya pemandu lori.
"Eh jangan..saya ingat elok awak hantarkan ke rumah lama orang tua saya je"
''Ai bukan rumah lama ayah bi tu dah tak ada orang duduk ke?'tanya Radziah.
"Iyalah..tapi mana tau kot nanti ada orang nak duduk menyewa kat situ kan. Dah siap ada katil dan tilam"
Radziah mengangguk dan tak banyak bertanya.
"Boleh Encik Arman berikan alamat rumah tu pada kami?"
"Aaa..apakata lori awak*follow*saya dari belakang. Saya akan ikut sekali untuk tunjukkan"
"Baiklah"
Arman pun memandu kereta sambil lori perabot tadi mengekorinya dari belakang.
--------------------------------------------
HUJUNG minggu datang lagi. Maira seperti biasa datang berbasikal di rumah kotej terbiar itu sambil di temani oleh Dahlia. Cuma pada kali ini ada sesuatu yang mengejutkan mereka ketika masuk ke dalam rumah.
Barang perabot di ruang tamu kelihatan telah dipunggah kedudukkannya malah sebuah katil besar yang entah datang dari mana kini terhampar disitu siap di hias dengan cadar dan bantal-bantal yang cantik.
Di ruang tamu itu juga telah di lengkapi dengan beberapa biji lampu-lampu*camping*LED yang mungkin di gunakan untuk meneranginya di waktu malam kerana bekalan elektrik di rumah itu sudah bertahun lama di putuskan.
"Agaknya ada orang lain datang sini waktu kita tak ada kot?"kata Dahlia.
Maira diam sahaja. Dia pun melihat ke katil besar itu. Dia rasa macam kenal dengan tilam spring dan katil itu.
''Eh ini kan tilam spring dan katil lama mama dengan uncle Arman. Macam mana boleh ada kat sini pulak?"
Dahlia tersenyum.
"Agaknya suami mama kau tu ada rancangan peribadinya tersendiri"
Ketika Maira dan Dahlia duduk-duduk di atas katil besar di ruang tamu itu,mereka secara tak sengaja menemui sehelai kain gold emas yang agak berkilat terjepit di bawah bantal.
"Hm ini bukan kain tudung cikgu kelas kau ke Maira? macam mana boleh ada tertinggal kat sini pulak?"
Dengan serta-merta Maira sudah boleh mengagak apa sebenarnya yang berlaku.
"Jadi uncle dengan cikgu Azura rupanya senyap-senyap ada datang ke sini"
"Kan mereka ada tidur bersama dulu. Kesian kat mama kau..dia tak tahu hubungan mereka"
Hal itu membuatkan Maira menjadi marah dan bertambah benci dengan Arman dan guru kelasnya. Nafasnya turun naik. Dia pun mulai merancang sesuatu.
BEBERAPA hari kemudian,Cikgu Azura sibuk bertanyakan pada murid kelas 4 Melor kalau-kalau ada terjumpa telefon pintarnya yang hilang entah di sebabkan tertinggal di mana-mana atau di curi. Tiada seorang pun yang tahu-menahu tentang itu.
Maira tersenyum dalam diam. Rupanya dialah yang telah mencuri telefon guru kelasnya itu atas sesuatu tujuan yang telah di rancangkannya.
Dan nasib Puan Azura memang kurang baik. Walaupun sehari dua kemudian dia kelihatan gembira setelah membeli telefon baru namun tindak-tanduknya yang mencurigakan bersama suami Radziah mendatangi rumah kotej itu di hujung minggu telah di rakam oleh Maira melalui telefon pintar yang di curi oleh Maira.
*****
KERETA yang di naiki oleh Arman dan cikgu Azura tiba di hadapan pagar rumah kotej terbiar itu. Kedua-duanya kelihatan begitu teruja dan tanpa segan-silu lagi berpeluk-pelukkan dan bergurau senda sambil melangkah masuk ke halaman rumah.
"Mestilah *line clear* Encik Arman..hubby i hujung-hujung minggu ni mana nak lekat kat rumah. Dia lebih suka pergi memancing berjam-jam dengan kawan-kawan dia. Bolehlah kita skandal kat rumah terbiar ni puas-puas kan..Puan Radziah macam mana pulak?"tanya Cikgu Azura sambil berpegangan tangan dengan Arman.
"Jangan risaulah..dia tak ada kat rumah pun..pergi pasar beli-beli barang berjam lamanya. Maira pun tak ada rumah. Nanti i cakaplah i pergi ofis jap sebab ada kerja sikit"balas Arman.
Sambil itu dia dan guru kelas Maira bercumbu-cumbu lagi.
Tanpa di sedari oleh mereka,Maira sedang mengintai di sebalik runtuhan bangsal di sebelah rumah kotej itu sambil merakam aksi mereka.
BERSAMBUNG...
Share this novel