VIDEO bukti pembunuhan yang di lakukan oleh Maira ke atas Arman,cikgu Azura dan bayi Irfan akhirnya sampai juga ke tangan pihak polis. Kes itu agak menggemparkan kerana jarang berlaku apabila pembunuhnya adalah seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia sepuluh tahun.
Beberapa buah kereta polis telah tiba di perkarangan rumah teres yang di huni oleh Radziah. Selain itu Pak Abu juga ada datang untuk memberi sokongan moral. Rumah itu di banjiri oleh kehadiran jiran tetangga, penduduk sekitar dan para wartawan.
Ketika Maira di gari kedua tangannya oleh pihak polis, Radziah sebagai ibu angkat yang membela Maira dari kecil tetap tidak tertahan rasa sebak dan menangis apatahlagi gadis kecil itu enggan di bawa pergi.
"Mama..mama sampai hati biarkan orang-orang ni pisahkan Maira dari mama..mama.."Maira menangis dan meronta-ronta tapi apakandaya,kiri kanan tangannya telah di apit oleh anggota polis.
Pada ketika itu lensa kamera dari pihak wartawan sedang menghujani dua beranak itu. Ada yang mengalirkan air mata.
Radziah tetap memeluk dan mencium gadis kecil itu untuk kali terakhir walaupun pilu dan pedih hatinya dek angkara yang di lakukan olehnya.
"Maira...mama tak dapat nak jaga Maira lagi..ini untuk kebaikkan Maira jugak..Maira kena pergi ikut mereka"
"Mereka nak bawa Maira pergi mana mama? Maira tak nak pergi ikut mereka..Maira tak nak..Maira nak duduk dengan mama je.."
Melihatkan sepasang mata gadis kecil itu berkaca-kaca sebegitu hanya menambahkan lagi sebak di hati Radziah. Naluri keibuannya cukup terusik.
"Percayalah Maira..suatu ketika nanti kita akan bertemu semula..mama percaya apabila tiba waktu tu,Maira sudah menjadi seorang insan yang berguna. Mama berjanji akan tunggu Maira pulang semula ke pangkuan mama"begitu kata-kata terakhir Radziah yang berlinangan air mata sebelum Maira di iring pergi oleh pihak polis.
Maira kemudiannya telah di bicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak dan di dapati bersalah di bawah Seksyen 302 kerana membunuh,namun gadis berusia sepuluh tahun itu terlepas dari hukuman mati kerana masih tertakluk di bawah Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu masih di bawah umur 18 tahun.
Oleh itu Mahkamah Kanak-Kanak telah menetapkan agar Maira di letakkan dalam tahanan Jabatan Penjara di bawah Perkenan Yang Di Pertuan Agong. Sebagai Tahanan Limpah Sultan(TLS),Maira kebarangkalian akan kekal di dalam tahanan sepanjang hayat selagi tidak mendapat Perkenan Yang Di Pertuan Agong.
------------------------------------
HARI tu Radziah datang melawatkan Maira yang berada dalam tahanan Jabatan Penjara. Sudah beberapa bulan berlalu sejak Maira meringkuk dalam tahanan tersebut. Gadis itu juga di sahkan kurang sihat dari segi mentalnya namun dia di jaga rapi oleh doktor Ahli Lembaga Pelawat.
"Maira apa khabar?"sapa Radziah sewaktu di benarkan duduk bertemu muka dengan Maira. Namun pelawat dan banduan di pisahkan oleh dinding dan ada tirai besi pada tingkapnya.
Tiada jawapan yang terbit dari mulut Maira. Wajahnya tampak kurang senang.
"Maira..."sapa Radziah lagi.
Maira tetap berdiam.
"Maira tak suka ke mama datang? Kenapa wajah Maira masam je ni? Waktu mama melawat dua bulan lepas kan Maira elok-elok je"tanya Radziah.
"Mama dah kahwin baru ke?"tanya Maira.
"Eh tak adalah..mana ada mama kahwin baru..
"Tu!"
Maira menunjukkan jarinya ke arah*baby bump*pada perut Radziah yang sudah kelihatan agak menonjol.
"Ouh yang ni..err...mama sebenarnya dengan Pak Abu..err"Radziah hilang kata-kata.
Maira merenung tajam dengan pandangan mata yang menyorot.
"Cuma kami belum bernikah"
"Mama memang dah tak sayangkan Maira lagi kan?"
"Eh tak macam tu lah sayang..mama tetap sayang Maira.."
Tiba-tiba Maira menangis dan bangkit dari kerusinya dan mahu beredar. Beberapa orang warden pegawai pun menghampiri.
"Maaf puan..kami terpaksa hantar dia ke bilik sel nya semula"
"Baiklah kalau macam tu.."
BEBERAPA bulan kemudian Radziah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Ketika dia datang ke penjara untuk melawat Maira bersama bayi barunya,sesuatu yang tak di sangka telah terjadi. Maira yang ketika itu sudah berusia 11 tahun mendesak Radziah agar wanita itu membunuh bayi barunya sebagai bukti yang dia masih menyayangi Maira.
Radziah nyata terkejut. Maira di ketika itu seperti orang di rasuk menjerit dan memaki bayi baru Radziah sehingga memaksa pegawai warden tahanan menariknya masuk semula ke sel tahanannya dan meminta maaf kepada Radziah kerana pertemuan itu terpaksa di hentikan serta-merta. Radziah sungguh sedih dan kecewa. Sampai-sampai dia berasa takut hendak berjumpa dengan Maira. Gadis itu di lihat semakin beremosi dan tindakkannya juga amat di luar dugaan.
Setahun kemudian Radziah hamil dan melahirkan bayi keduanya. Dia mulai sibuk dengan anak-anak dan langsung tidak teringat lagi untuk pergi melawatkan Maira di penjara.
Dan begitulah tahun demi tahun berlalu. Lama-lama ingatan tentang Maira luput terus dari ingatan Radziah. Nama gadis kecil itu akhirnya terkubur di dalam masa yang berlalu.
----------------------------------------
LEWAT malam tu Maira sedang tekun duduk menyiapkan sebuah lukisan cat air di bilik selnya. Dalam bilik kurungan empat persegi itulah dia telah meluangkan waktu selama lima tahun. Maira kini sudah meningkat remaja dan berusia 15 tahun. Bakatnya pada lukisan agak menyerlah. Dekat dinding selnya bersusun pelbagai hasil karya lukisannya.
Tiba-tiba lampu selnya berkelip-kelip. Maira tersenyum lalu meletakkan berus cat airnya dan menoleh ke pintu jeriji sel. Suatu kelibat gadis kecil berbaju gaun putih di kotori darah berjalan masuk menembusi jeriji besi itu. Maira terasa ada sambaran angin menyapa ke wajah.
"Dah siap ke lukisan kau tu Maira? Dah lewat malam ni"kata Dahlia lalu melompat duduk di katil bujang Maira.
"Belum lagi lah. Kau pergi mana je Dahlia? Dah lama kau tak datang jenguk aku kat sel ni"tanya Maira.
"Aku balik rumah kotej lah"
"Dah lima tahun aku duduk kat penjara ni..dah macam manalah agaknya rupa rumah kotej tu sekarang eh?"
"Dah makin bersemak-samun. Akar-akar dan menjalar sampai ke dinding. Kenapa? Kau rindu ke nak balik rumah kotej tu lagi Maira?"
"Mestilah..tapi nak buat macam mana..aku kena duduk kat penjara ni sepanjang hayat. Kau best lah..bebas nak merayap pergi mana-mana"
"Dah lima tahun berlalu. Kau tak rindu kat mama kau ke Maira? Dah lama dia tak datang jenguk kau kan?"kata Dahlia. Tubuhnya masih kekal seperti kanak-kanak sementara Maira pula kini adalah seorang gadis remaja yang agak meningkat tinggi tubuhnya.
Maira senyap saja bila di aju soalan tentang ibu angkatnya Radziah. Wajahnya yang ceria tadi bertukar muram.
"Maira..jawablah"desaklah Dahlia.
"Dia yang sampai hati tak nak datang jenguk aku lagi.."Maira tiba-tiba sebak.
Dahlia melompat turun dari katil dan mengusap di belakang tubuh Maira.
"Sabarlah Maira..sebenarnya aku ada pergi ke rumah mama kau. Aku tengok rumah tu dah di huni oleh keluarga orang lain. Aku rasa mama kau dah berpindah"
Maira tiba-tiba teringatkan kenangan di rumah mamanya. Dia tidak tahu apa khabar berita terkini tentang ibu angkatnya. Akan tetapi dia dapat merasakan ada kemarahan dan rasa benci yang meluap terhadap Radziah. Bagi Maira,sudah ternyata ibu angkatnya itu tidak lagi menyayangi dirinya lagi semenjak dia beranak baru.
Tiba-tiba terdengar derapan tapak kasut sedang menuju ke sel kurungan itu.
"Alamak..Puan warden datang"
Seorang pegawai penjara wanita muncul di luar pintu sel.
''Humairah..dah lewat malam ni. Kamu tak tidur lagi ke?"kata pegawai tersebut.
"Belum lagi puan..lukisan masih tak siap"
"Tak apalah..lukisan tu awak sambung esok je..lagipun hari pameran kreativiti banduan akan di adakan pada lusa. Masih ada masa lagi"
"Kalau macam tu baiklah puan"
"Selamat malam Humairah"
"Selamat malam puan"
Lampu sel pun di tutup. Pegawai wanita itu pun melangkah pergi.
.. BERSAMBUNG..
Share this novel