19.Kehidupan Baru

Horror & Thriller Series 5227

PAK Abu tidak lagi berniaga di pasar. Kini dia telah mampu membuka kedai pasaraya mini menjual pelbagai barang keperluan dapur samada barang kering mahupun barang basah sambil di bantu oleh Radziah di sebuah kawasan luar bandar. Malah dia dan wanita itu juga kini telah berpindah dan menetap bersama di situ.

"Ziah..bagi akak ikan bilis setengah kilo"pinta seorang pelanggan.

"Setengah kilo ya Kak Melah.."laju Radziah membungkus dan menimbang ikan bilis yang di minta itu. Anak kecilnya Izad yang kini berusia empat tahun sudah rancak berlari-lari di dalam kedai bersama adiknya Dania yang muda setahun.

"Izad! Dania! jangan lari-lari dalam kedai..nanti tunggang-langgang barang korang langgar!"teriak Radziah. Dalam pada itu perutnya pun sudah kelihatan sarat hamil lagi.

"Dah nak masuk anak keberapa ni Ziah?"tanya Kak Melah merujuk kepada kandungan Radziah.

"Aaa..nak masuk nombor tiga lah kak"balas Radziah tersenyum.

"Ohh gitu..untunglah Pak Abu..tua-tua pun dapat bini cantik lawa macam kamu"

"Hahaha biasa-biasa je lah kak. Oh ya..semalam Kak Melah ada dengar tak kecoh-kecoh kat sekitar kejiranan kita duduk ni? Macam ada ramai orang kerumun je"tanya Radziah.

"Ada pasangan kena tangkap basah lah Ziah..isteri orang bawak jantan balik rumah. Itu yang pencegah maksiat datang semalam"

"Selalu ke ada pencegah maksiat kat sekitar sini?"tanya Radziah.

"Boleh tahan jugak lah. Sekarang ni kan banyak pasangan tak nikah..bersekedudukkan..tapi kamu tak usah risaulah..famili macam kita ni dia orang tak kacau"

GULP!

Radziah teguk air liur.

"Aih pucat aja wajah kamu ni dah kenapa Ziah? Kamu dah sarapan ke belum?"

"Oh aa..tak ada apalah Kak Melah.. Ziah belum sarapan lagi kot"lemau senyuman Radziah.

Ketika kedai mini pasaraya itu lengang dari pelanggan barulah Radziah dapat berehat dan berbual dengan Pak Abu.

"Kawan abang dari Jabatan Pendaftaran tu bila nak datang? bahaya kalau kita tangguh-tangguh lagi..anak pun nak masuk tiga dah ni"kata Radziah yang sedang mendukung Dania.

"Kamu tak usah risaulah Ziah..hari ni datanglah dia"

Baru di sebut-sebut sebuah kereta berhenti di hadapan kedai mini pasaraya tu. Seorang pegawai lelaki agak segak dari jabatan pendaftaran muncul memberi salam. Pak Abu dan Radziah pun menyambutnya.

"Fuh lega aku rasa bila dah dapat kad nikah ni Din"kata Pak Abu.

"Ada..mestilah ada..maaflah lambat sikit nak proses kad ni Pak Abu. Banyak kerja nak kena buat. Lagipun risikonya saya yang kena tanggung nanti"ujar Din.

Radziah dah tersenyum gerak-gerak kening sambil belek kad pernikahan tu.

"Akak nak tanya ni..kad ni selamat ke? Takut nanti maklumat tak ada dalam rekod jabatan pendaftaran naya je kak sama Pak Abu kena tangkap basah"

"Di jamin selamat Kak Radziah..saya sendiri yang daftarkan maklumat dalam rekod jabatan pendaftaran"Din memberi jaminan.

"Aduh barulah lega sikit rasa..iyalah walaupun masih di kira berzina..tapi risiko kena tangkap tu kuranglah sikit kan"kata Radziah

Din tersenyum saja. Dalam diam dia pun tertarik juga melihat kecantikkan Radziah yang anggun bertudung dan sedang sarat hamilkan anak ketiga itu. Terdetik di hati Din betapa beruntungnya Pak Abu misai tebal dan putih itu memilki Radziah sebagai 'isteri'.

"Tapi kenapa Pak Abu dengan kak Radziah tak bernikah aja betul-betul..kan senang. Tak adalah hidup dalam kerisauan setiap masa..haih,bertahun buat maksiat tu"tanya Din.

"Itulah..kak dah puas pujuk Pak Abu ni..dia yang enggan. Dia lagi suka bersekedudukkan macam ni je"

"Macam tu pulak Pak Abu? Aduh.."

"Dah lima tahun terlajak Din..anak pun dah nak masuk tiga..malulah aku kalau rahsia terbongkar nanti..alang-alang biarlah aku dengan Radziah teruskan aja..bukan ada orang tau pun. Janji dah ada kad nikah"

"Hahahaha"Din ketawa geleng kepala.

Radziah tersenyum-senyum je lah.


-------------------------------

GENAP sepuluh tahun Maira meringkuk di penjara. Gadis itu kini telah meningkat dewasa dan berusia 20 tahun. Hasil karya seni lukisan cat air Maira pernah memenangi beberapa pertandingan kreativiti yang di pertandingkan. Ada beberapa di antaranya telah terjual dengan harga yang cukup mahal.

Berbekalkan rekod berkelakuan baik dan bakat melukisnya yang agak cemerlang,Ahli Lembaga Pelawat yang bertanggungjawab menyelia Maira dan beberapa orang lagi Tahanan Limpah Sultan telah mengusulkan satu permohonan Perkenan Ampun kepada pihak Sultan dan tiada siapa menduga akhirnya hari untuk Maira dibebaskan tiba juga. Usul permohonan yang di buat telah menerima Perkenan dari Agong untuk di beri pengampunan dan sekaligus di bebaskan keluar dari tahanan.

Ketika pintu gerbang Jabatan Penjara di bukakan,Maira menangis sebak saat melihat dunia di sekelilingnya. Matanya kembali dapat merasakan sinar mentari dan menikmati langit yang membiru sebebasnya setelah sepuluh tahun meringkuk di balik tirai besi.

Tiada sesiapa yang datang menjemputnya ketika itu. Tiada famili,tiada ibu angkatnya Radziah. Tiada siapa.

"Humairah..mulai saat ini kamu dah di bebaskan. Jadilah manusia yang berguna. Gunakan ilmu yang telah kamu pelajari dan bakat sedia ada yang ada pada diri kamu untuk membina kembali kehidupan kamu di luar sana"pesan pegawai warden wanita dan beberapa Ahli Lembaga Pelawat yang mengiringinya hingga ke gerbang tersebut.

"Terima kasih Puan"Humairah memeluk pegawai warden wanita yang telah menjaganya selama ini.

Tidak setakat itu,malah trofi dan sijil memenangi beberapa pertandingan seni dan keseluruhan wang hasil jualan karya lukisannya turut di serahkan kepadanya.

"Eh biar betul ni Puan? Kenapa besar sangat jumlah wang ni. Saya tak fikir karya lukisan saya semahal ini"kata Maira hairan bila melihat jumlah yang di terimanya mencecah RM 30ribu.

"Lukisan kamu di beli oleh beberapa orang kenamaan. Mereka berbesar hati nak bayar kamu dengan jumlah yang besar begitu. Simpanlah Humairah. Itu semua hasil titik peluh kamu sepanjang kamu di penjara"

SEMENJAK itu Maira memulakan hidup barunya sebagai seorang pelukis jalanan. Karyanya banyak di beli oleh pelancong dan di bayar pula dengan harga yang lumayan. Dengan wang hasil titik peluhnya di penjara,Maira sudah mampu menyewa sebuah pangsapuri yang turut di jadikannya sebagai galeri seni lukis dan menyimpan karya-karyanya.

Dalam beberapa bulan kemudian,Maira lulus lesen memandu dan membeli sebuah kereta terpakai dan murah yang dapat memudahkan pergerakkannya untuk ke sana-sini.


----------------------------------

KERETA yang di pandu oleh Maira berhenti di luar pagar rumah kotej terbiar. Sejak keluar dari penjara beberapa bulan yang lalu dia belum berkesempatan untuk pulang menjenguk ke rumah lama familinya itu.

Dah lama benar wanita muda itu tidak menjejakkan kakinya di situ. Sepuluh tahun bukanlah suatu masa yang singkat. Dari waktu dia masih kanak-kanak sehinggalah telah meningkat dewasa kini.

Maira menyandarkan tubuhnya di badan kereta sambil termenung panjang memerhatikan keadaan terkini rumah itu. Ia semakin usang di mamah hutan lalang yang tinggi-tinggi dan di burukkan lagi dengan ladang tebu terbiar di sebelah rumah. Akar-akar sudah menjalar membelenggu sebahagian rumah. Halaman rumah hampir sudah tidak dapat di masuki dek kerana rimbunan pepohon dan semak tebal yang meninggi dan telah menukar rupa sudut itu menjadi belukar.

Di saat dedauan bergesel dan menghasilkan bunyi gemersik di tiup angin,seorang kanak-kanak perempuan berbaju gaun putih dengan kotoran sisa darah muncul di hadapan pagar rumah.

"Dahlia!"teriak Maira sambil tersenyum.

Gadis kanak-kanak misteri itu berjalan menghampiri Maira. Dia seperti itu juga keadaannya. Fizikal dua sahabat karib itu terlalu jauh berbeza kini.

"Kau pun kenapa dah lama tak jenguk aku kat penjara?"

Dahlia tertunduk seperti orang sedih.

"Kenapa ni Dahlia?"

''Aku masih kanak-kanak..sedangkan kau dah dewasa Maira..aku segan''

"Janganlah cakap macam tu Dahlia. Kau tetap sahabat baik aku sampai bila-bila"pujuk Maira sambil duduk bertinggung cuba merendahkan dirinya agar sama tinggi dengan gadis kecil yang hanya separas tinggi pinggangnya itu.

Dahlia kembali mengukir senyuman.

'Mulai sekarang kau boleh ikut aku pergi mana-mana pun. Tinggal lah sekali dengan aku ya?. Aku dah ada rumah sendiri'pelawa Maira.

Dahlia mengangguk.

''Sebenarnya aku dah lama tak lawat kau kat penjara sebab tak nak banduan-banduan lain dengan Puan warden kata kau gila sebab cakap sorang-sorang''

''Hahahaha"Maira terlepas ketawa.

Memang bila Dahlia datang menemaninya di penjara dia akan di lihat seperti banduan gila yang bercakap sendirian kerana Dahlia tidak dapat di lihat mahupun di dengari suaranya oleh orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience