HUJUNG minggu tu Radziah pergi ke pekan dan kebetulan terjumpa dengan guru kelas Maira dekat sebuah butik menjual tudung wanita.
"Elok sangatlah kita boleh terjumpa kat butik ni Puan Radziah..saya pun ada hal nak bagitahu pasal Maira"kata cikgu Azura sambil membelek-belek pelbagai kain tudung yang cantik-cantik.
"Maira buat hal lagi ke cikgu?"tanya Radziah.
Guru wanita itu pun beritahulah perihal Maira yang di lihat gemar menyendiri dan bercakap sorang-sorang di sekolah.
"Betul puan..bukan murid-murid sekelasnya aja yang perasan hal tu..malah ada guru lain dan tukang kebun sekolah pun adukan hal yang sama"ujar cikgu Azura.
"Saya tak terkejut..kat rumah pun dia macam tu jugak cikgu..kadang saya hairan dengan siapa dia berbual dan bergelak ketawa kat dalam bilik dia tu. Tapi cikgu jangan risaulah..dia sebenarnya bercakap dengan anak patung kesayangannya tu..imaginasi kanak-kanak kan"
"Eh taklah puan..dia tak bawak anak patung pun ke sekolah..maafkan saya sebentar ya puan.."kata cikgu Radziah sebelum memanggil jurujual butik datang untuk menurunkan sehelai kain tudung yang di gantung agak tinggi.
"Cantik kain tudung tu kan puan?"
"Aah cantik.."balas Radziah tersenyum.
Jurujual pun menurunkan kain tudung yang di kehendaki oleh cikgu Azura. Radziah juga tertarik pada sehelai kain tudung warna keemasan lalu meminta jurujual mengambilkan untuknya.
"Wah..gold berkilat..nanti menarik perhatian lelaki pulak..ahahaha"
"Nah,cikgu pakailah kain tudung gold ni..barulah nampak mengancam sikit..kena pulak dengan stail sanggul tinggi cikgu kan..aduh,jangan kata lelaki..dengan saya-saya pun cair"
"Ahahaha apalah puan ni"
"Saya belanja cikgu lah kain tudung gold ni okey?"
"Alah bestnya puan Radziah ni..terima kasih sangat ya?"
Cikgu Azura mencuba kain tudung pilihannya dan juga yang di pilih oleh Puan Radziah. Dia pun berkenan.
"Aah lah Puan..tudung gold ni memang mengancamlah"Cikgu Azura berdiri di hadapan cermin butik sambil menggayakan tudung gold di kepalanya dengan gedik sekali.
Radziah tersenyum mengulum tak berkerdip mata melihat keanggunan guru kelas Maira itu.
"Puan pandang saya semacam je..risau pulak saya..hahaha"kata cikgu Azura lalu melucutkan kain tudung gold yang di cuba pakainya itu dari kepala.
"Tak ada apa-apalah.."
Sejurus beredar dari kedai butik tudung itu,Radziah mengajak cikgu Azura singgah minum sebentar di sebuah kafe dalam mall.
*****
"Kan..saya dah agak dah niat Puan Radziah belanja saya tudung gold emas tu.."kata cikgu Azura ketika duduk semeja di kafe sambil duduk saling hadap-menghadap.
"Boleh kan cikgu...?"Radziah mengulum senyuman sambil menggenggam dan mengusap jari-jemari guru kelas Maira yang lembut dan halus-mulus itu.
"Mmmm.."Cikgu Azura tersenyum mengalihkan pandangannya ke lain. Malu-malu pula hendak menatap tepat ke wajah Radziah.
"Oh ya..berkaitan Maira..tadi cikgu cakap sahabat imaginasi Maira tu bukan anak patung kesayangan dia?"
"Ya puan..bukan.."
Cikgu Azura pun menceritakan apa yang berlaku sewaktu dia bertemu dengan Maira di garden sekolah beberapa hari yang lalu.
"Betul ke ni cikgu? pasti ke?"
"Saya amat yakin dan pasti Puan..sebab bukan sekali dia tepuk..dua kali..sekali dekat peha, lepas tu dia tepuk pulak kat sanggul tudung saya..tapi kawannya yang nama Dahlia tu tak nampak dek mata. Haih,naik seram pulak saya di buatnya"cerita cikgu Azura.
Hal itu membuat Radziah termenung. Dia mulai tertanya-tanya sendiri..adakah Maira berkawan dengan seseorang yang halimunan dari pandangan mata? Sebabnya dia sendiri pun tidak dapat melihat kawan basikal Maira itu sewaktu gadis itu keluar berbasikal tempoh hari.
Lepas minum di kafe mall,Radziah dan guru kelas Maira itu pun berpisah haluan. Dia pun singgah ke pasar untuk membeli sedikit barang basah.
Ketika sedang membelek ikan-ikan segar di meja pasar,barulah Radziah terperasan rupanya peniaga ikan itu ialah Pak Abu yang menemui Maira sewaktu gadis itu melarikan diri dari rumah tempoh hari.
Laju Pak Abu melakukan tugasnya menyiang dan memotong seekor ikan tenggiri besar yang hendak di beli oleh Radziah. Sambil dia dan wanita itu berbual mengenai Maira.
"Dia dah tak lari rumah lagi ke?"
"Maira tak lari dah Pak Abu. Dia pun dah ada perubahan yang baik sekarang. Terima kasihlah ya Pak Abu..nasib baiklah Pak Abu prihatin dan sanggup bersusah datang ke rumah kami dulu..kalau tidak tak taulah apa jadi pada nasib anak saya"
"Sama-sama. Jagalah anak Puan tu baik-baik. Kira nasib baik jugaklah dia pergi ke rumah kotej tu waktu ia dah tak berpenghuni dan terbiar. Kalau beberapa puluh tahun lalu mungkin anak puan tak bernasib baik"ujar Pak Abu.
"Ada apa je dengan rumah kotej tu berpuluh tahun lalu Pak Abu?"tanya Radziah. Dia jadi berminat pulak dengan kata-kata Pak Abu.
"Saya kenal Tuan pemilik rumah kotej tu.."
"Haa? Betul ke?"Radziah menyoal dengan mata yang bulat dan kening terangkat.
"Cerita lama Puan...tiga empat puluh tahun yang silam...pakcik pun muda lagi waktu tu. Ia adalah rumah majikan pakcik..Tuan Doktor Doel Bachtiar namanya. Dekat rumah kotej tu lah beliau tinggal bersama isteri dan tiga orang anak lelaki. Anak lelakinya yang bongsu tu ada penyakit sindrom bongkok dan tubuhnya membesar luar biasa. Isterinya pula lumpuh dan sepanjang hari hanya duduk saja di kerusi malas dan kehidupan di uruskan oleh orang gaji.
Tuan Doel Bachtiar adalah seorang doktor pakar bedah. Pakcik kerja sebagai pemandu peribadi beliau. Tuan Doktor ni pembengis dan misteri sikit orangnya. Dia sekeluarga tak berapa bercampur dengan masyarakat sekitar. Oleh kerana tak tahan asyik di maki oleh Tuan Doktor,pakcik pun berhenti kerja. Lagipun pada waktu tu dekat Desa Terpenchil agak heboh dengan kes kehilangan ramai kanak-kanak secara misteri.
Beberapa tahun kemudian pakcik dapat khabar berita tentang Tuan Doel Bachtiar. Rumah kotej beliau di serbu oleh pihak polis. Dan pada masa tu lah misteri kehilangan kanak-kanak telah terbongkar. Rupanya Tuan Doel Bachtiar ada menjalankan kegiatan menculik dan membunuh kanak-kanak. Dalam bilik bawah tanah rumah kotej berkenaan telah di jadikan oleh beliau sebagai bilik bedah. Kat bilik tu lah beliau telah membedah ramai kanak-kanak yang di culik dan mengumpulkan organ-organ penting untuk di jual di pasaran gelap.
Lebih mengerikan Tuan Doktor Bachtiar juga telah di sahkan menghidap sakit mental kronik dan mengamalkan kanibalisme. Organ kanak-kanak di simpan bukan saja di gunakan untuk di jual malah untuk beliau makan sendiri"cerita Pak Abu panjang lebar membuat dahi Radziah berkerut dan tekaknya mual.
"Eee ngerinya..bagaimana pulak dengan nasib isteri dan anak-anak beliau pakcik?"tanya Radziah.
Pak Abu menimbang potongan-potongan ikan tenggiri itu lalu membungkusnya dengan plastik sebelum menjawab pertanyaan itu.
"Lepas Tuan Doel Bachtiar meringkuk di penjara,isteri beliau Puan Sutinah yang jaga anak-anak. Walaupun lumpuh dan di serang leukimia,Puan Sutinah masih boleh menggajikan doktor peribadi, pembantu rumah,tukang kebun, dan pemandu dengan harta kekayaan yang di tinggalkan oleh suaminya. Entahlah..saya ada dengar juga desas-desus bahawa tiga orang anak mereka juga turut mewarisi genetik penyakit mental seperti bapa mereka. Bertahun kemudian Desa Terpenchil kian sunyi-sepi kerana ramai penduduknya hilang secara misteri yang di kaitkan dengan kejahatan anak-anak Tuan Doktor Bachtiar"
Radziah termenung panjang memikirkan perihal sejarah silam rumah kotej terbiar itu. Dia amat pasti bapa kandung Maira adalah salah seorang dari tiga orang anak Doktor Bachtiar dan Puan Sutinah.
Oleh sebab itulah genetik hitam itu mengalir dalam tubuh Maira yang juga satu-satunya waris dan keturunan keluarga sadis penghuni rumah kotej berkenaan. Gadis kecil itu tidak bersalah. Dia lahir pun akibat ibunya menjadi mangsa kejahatan anak-anak Doktor Bachtiar.
Share this novel