RADZIAH baru selesai menjalani pemeriksaan kandungannya di sebuah klinik. Setiap bulan dia pasti akan ke situ. Cadangnya lepas ke klinik dia akan ke balai polis untuk menyerahkan dokumen fail penyiasatan itu. Fail itu pun ada di bawanya sekali.
Sejurus beredar dari klinik,ibu anak lima yang sedang sarat pregnant anak keenam itu di lihat melintas jalan ke seberang blok deretan bangunan kota. Matlamatnya ialah menuju ke balai polis. Malas pula dia hendak memandu kereta dan bersesak di jalanraya kota yang sentiasa sibuk dengan kenderaan hanya semata-mata mahu ke pejabat polis yang letaknya hanya kira-kira dua ratus meter saja dari situ. Jadi dia memilih untuk berjalan kaki melewati beberapa blok bangunan dan melintasi beberapa laluan singkat.
Kemudian dia pun lalu dekat sebuah padang permainan awam yang agak sunyi namun bersih persekitarannya dengan pokok-pokok dan bungaan. Hanya sahaja Radziah tidak menyedari yang dia sebenarnya sedang di ekori oleh seseorang.
Orang itu telah mengekorinya semenjak dia di klinik tadi lagi. Ketika tiba di hujung padang terdapat tangga untuk di turuni kerana tebingnya agak curam. Radziah berhati-hati menuruni anak tangga itu sambil mengendong perut yang sarat. Tak jauh di hadapannya ada pagar penghubung ke blok kuarters balai polis.
Di ketika itulah orang yang mengekorinya tadi telah berlari datang dari arah belakang Radziah lalu merentap beg tangannya. Tidak setakat itu malah dia telah menolak Radziah sehingga wanita sarat hamil itu jatuh tergolek dari tangga sebelum melarikan diri.
"Tolong! ada peragut!"teriak Radziah.
Tapi sayang jeritannya tidak di dengari oleh sesiapa. Orang itu memakai jaket dan hud penutup kepala. Radziah tidak pasti adakah si peragut itu lelaki ataupun wanita.
"Aduh!"Radziah berasa sakit pada kandungannya sambil menekap ke perut.
Hanya setelah berhempas pulas menyeret tubuhnya,sekitar dua ke tiga minit kemudian barulah beberapa orang pekerja dari Jabatan Kebersihan Alam Sekitar yang baru tiba di padang berkenaan untuk melakukan tugas mereka telah menemui Radziah lalu membantu memapahnya.
Kain Radziah sudah di basahi darah. Dia menangis kesedihan kerana menyedari bayi dalam kandungannya telah keguguran akibat jatuh tergolek dari tangga tadi. Namun mujurlah beg tangannya yang di ragut tadi di temui semula tidak jauh dari situ.
Radziah pun di hantar ke hospital.
******
"Alahai bang...pilu benar hati Ziah ni. Enam bulan Ziah kandungkan bayi tu..gugur sudahnya"Radziah teresak-esak.
"Sudahlah tu Ziah..malang tak berbau. Ini bukan salah awak pun. Bersabarlah"Pak Abu menenangkan isterinya yang kesedihan setelah di sahkan oleh doktor bahawa kandungannya mengalami keguguran.
Walaubagaimanapun wanita itu tidak apa-apa.
Tak lama kemudian Aira pun tiba di hospital tersebut untuk melawat Radziah setelah di hubungi oleh Pak Abu memberitahu bahawa isterinya menjadi mangsa ragut dan mengalami keguguran.
"Kak Ziah tak apa-apa ke?"Aira menggenggam jemari Radziah sambil terus berlakon berpura-pura mengambil berat akan keadaan wanita itu.
"Akak tak apa-apa lah..cuma keguguran bayi je Aira. Haih..tak taulah..sedih benar rasanya"Radziah mengelap air mata yang berlinangan.
"Sabarlah kak..Aira harap kak Ziah bertabahlah. Oh ya,Pak Abu cakap akak kena ragut?"
"Iya Aira..akak keguguran kandungan ni pun sebab peragut tu lah punya pasal. Waktu akak nak turun dari tangga padang bersebelahan dengan blok kuarters polis tu lah dia meragut dan tolak akak sampai jatuh tergolek dari tangga"
"Aduh kesiannya lah kak..memang tak patutlah peragut tu buat macam tu..dahlah akak tengah pregnant..so apa jadi lepas tu? Kak dah pergi balai buat report ke?"
"Mujurlah pekerja pembersihan alam sekitar kebetulan datang nak bersihkan padang tu. Mereka yang tolong papah akak dan hantar ke hospital. Tak sempat nak pergi balai buat report sebab perut dah rasa sakit sangat. Tapi nasib baiklah beg tangan akak di jumpai semula tak jauh dari situ"
"Tapi hairan jugaklah. Peragut tu tak samun beg,dompet,wang dan benda-benda penting yang lain kecuali fail dokumen penyiasatan kes Izad tu je. Eh,jangan-jangan dia.."kata-kata Pak Abu berhenti setakat di situ.
"Maksud abang?"
"Penculik Izad tak?"
"Tak mungkinlah bang. Penculik tu manalah tahu-menahu yang kita nak serahkan fail dokumen penyiasatan tu pada pihak polis"balas Radziah.
PULANG dari melawat Radziah di hospital,Aira pun memandu keretanya ke sebuah kawasan berbukit-bukau dan sunyi. Dia pun berhenti seketika di bahu jalan sebelum ketawa sendiri.
******
"Hahahaha,mama oh mama..mama sememangnya terlalu naif. Kesian betul nasib kau Radziah"kata Aira sambil mencapai sebuah dokumen fail yang ada di letakkannya di sit sebelah. Itu adalah fail penyiasatan yang di ragutnya dari Radziah tadi. Rupanya Aira sendirilah si peragut yang telah bukan saja menyebabkan Radziah kehilangan dokumen siasatan penting itu,malah keguguran pula bayi dalam kandungannya.
Fail dokumen itu pun di sorokkannya ke dalam sebuah beg mengandungi segala macam peralatan dan perkakasan melukis miliknya. Kereta yang di pandu Aira pun beredar pergi. Dia harus pergi ke suatu tempat untuk melihatkan Izad. Rupanya dalam beberapa hari ini,Izad tiada di rumah pangsapuri Aira. Budak lelaki itu telah di hantar ke sebuah kawasan agak jauh dari hiruk-pikuk kota. Kesempatan ketiadaan Izad itulah yang di gunakan oleh Aira untuk mengajak Radziah bertandang ke pangsapurinya kelmarin.
---------------------------------------------
BIRU air laut dekat kawasan jeti perumahan nelayan itu sungguh mendamaikan mata,hati dan perasaan sesiapa pun yang melihatnya. Burung-burung camar terbang melayang di langit luas. Bot-bot,sampan dan perahu dapat di lihat bersusun di sekitar titian. Dekat situ juga ada di bangunkan rumah-rumah para nelayan.
Walaubagaimanapun kawasan yang berhampiran dengan pelabuhan kapal itu bukanlah di bina untuk tujuan komersil atau pelancongan. Ianya adalah lokasi para nelayan mengaut hasil laut seperti ikan,sotong dan ketam untuk di jual.
Izad sedang duduk-duduk dekat titian jeti sambil menantikan umpan mata kail joran miliknya di makan ikan. Budak lelaki itu di lihat memakai rambut palsu panjang,bertopi dan bercermin mata.
Sesekali Izad mengeluh kebosanan dan menguap-nguap.
Seraya terlihat kelibat Aira muncul dan sedang berjalan di hujung titian jeti,terus matanya yang layu di panah mentari itu menjadi segar-bugar sekaligus senyuman pun terukir di bibir Izad. Budak lelaki itu pun bangun dan berdiri.
"Kak Aira!"
"Kau dah lapar ke?"
Izad mengangguk-angguk.
"Nah makanlah"
"Wahh ada McD"
Rupanya ada sebuah rumah kabin kosong telah di sewa oleh Aira dekat jeti dermaga perumahan nelayan itu. Dia menyewanya selama beberapa hari untuk tujuan mencari inspirasi dan menghasilkan karya lukisan berlatarbelakangkan keindahan laut dan pulau-pulau di sekitarnya.
Izad sedang duduk di meja bulat dalam rumah kabin sambil mengisi perutnya dengan makanan segera yang ada di belikan oleh Aira sementara wanita pelukis muda itu pula duduk atas bangku menghadap papan cat air di atas titian jeti sambil menyiapkan lukisan pemandangannya.
"Bila kita nak balik rumah Kak?"tanya Izad setelah selesai makan. Budak lelaki itu keluar dari rumah kabin dan duduk bersila di tepi bangku yang diduduki oleh Aira.
"Nantilah..lukisan ni pun tak siap lagi. Mungkin esok atau lusa kot"
----------------------------------------------
BERITA tentang Radziah yang telah menjadi mangsa ragut serta hilangnya dokumen fail penyiasatan kes Izad telah sampai ke pengetahuan Detektif Hussein Abas yang masih terlantar di hospital. Pak Abu yang telah menghubungi penyiasat tersebut dan memberitahu segala apa yang terjadi.
Detektif Hussein Abas pun menghantarkan dua orang pembantu penyiasatnya iaitu Tatiana dan Din ke kedai pasaraya mini Pak Abu.
"Itulah sebabnya kami kemari. Tuan Hussein suruh kami tanyakan kalau-kalau Pak Abu dan Puan Radziah masih belum berputus-asa untuk meneruskan penyiasatan ke atas kes Izad"kata Tatiana, detektif wanita muda itu.
"Entahlah detektif..macam-macam pulak yang berlaku sejak akhir-akhir ni. Tuan Hussein di langgar keretalah..saya pula di ragut dan mengalami keguguran bayilah..dokumen fail kes hilanglah..saya pun tak pasti masih bersemangat atau tidak"luah Radziah sambil menyusun sayur-sayuran di kedai.
"Habis tu Tuan Hussein ada cadangan baru ke?"tanya Pak Abu pula. Lelaki tua itu sedang menyiang ikan-ikan segar. Dia pun tampak seperti sudah hilang semangat semenjak fail dokumen penyiasatan itu hilang.
"Begini Pak Abu..Puan Radziah..kalau kamu masih belum berputus-asa,Tuan Hussein cadangkan agar kami berdua saja mengambil alih kes tersebut. Sepatutnya kami tak di benarkan untuk ambil alih kes yang di bawah kendalian Tuan Hussein,tapi beliau berasa serba-salah dan simpati pula pada kamu"
Pak Abu dan Radziah saling berpandangan.
"Boleh berikan kami masa tak?"
"Eh boleh..boleh..kalau macam tu nanti kami datang kemari semula esok"
"Baiklah.."
Pada ketika itu pula Aira baru tiba di pasaraya mini itu. Dia melangkah masuk ke kedai sambil menyapa Radziah dan Pak Abu. Seperti biasa wanita muda itu memakai topi dan bercermin mata gelap. Dia menyandang beg peralatan lukisannya di bahu.
Dia juga turut menyapa dua orang detektif pembantu Hussein Abas itu.
"Hai"sapa Aira.
"Hai"detektif Tatiana dan Din membalas.
Aira di lihat menuju ke peti ais kedai. Agak nya dia terlupa menutup zip beg galas lukisannya itu sehingga di tegur oleh detektif Tatiana.
"Ouh..thanks..saya bergegas nak cepat tadi sampai terlupa nak tutup zip"Aira kelam-kabut menutup zip begnya.
Detektif dua orang itu saling berpandangan sesama sendiri. Dahi mereka berkerut dengan air muka yang mengandungi tanda-tanya.
BERSAMBUNG...
Share this novel