GEMERSIK bunyi dedaunan pokok dan pohon saat di tiup angin malam. Pakcik tua melangkah masuk ke halaman ruman kotej terbiar sambil meneriak memanggil Maira.
"Adik! adik kat mana tu? jom kita balik ya. Pakcik hantar adik pulang ke sisi keluarga semula. Nanti ibu ayah kamu risau pulak kat rumah"
Lama juga pakcik itu menatap ke rumah terbabit. Seakan ada nostalgia silam yang masih tersimpan dalam memorinya tentang kediaman tersebut.
"Dah empat puluh tahun lebih berlalu. Kalau lah bukan kerana sikap baran dan pemarah Tuan Doktor Doel Bachtiar dulu,mungkin lama aku bekerja sebagai pemandu peribadinya"fikir pakcik tua bersongkok itu.
Dia pun terus berteriak dan mencari Maira di sekitar halaman rumah.
Tiada jawapan.
Cengkerik bersahut-sahutan. Suasana gelap,sejuk dan sedikit berkabus seperti itu hanya mengharapkan sedikit limpahan cahaya dari bulan. Pakcik tua terus melilau. Dia berdiri di luar sebuah bangsal kandang kuda usang yang telah runtuh.
"Adik menyorok kat dalam tu ke? Jom kita pulanglah ya. Tak seram ke tinggal kat dalam tapak kawasan rumah kotej terbiar macam ni dik? entah-entah momok berkeliaran ke sana sini"pakcik tua itu cuba menakut-nakutkan Maira dengan harapan gadis itu akan memunculkan diri.
Malangnya tiada juga jawapan yang di terima.
Orang tua bersongkok itu pergi pula ke anjung pintu masuk kotej. Agak gelap betul dekat situ. Cahaya bulan pulak terlindung dek atap anjung. Entah perhiasan apa yang tergantung dekat dinding rumah terbiar itu dia tidak tahu. Tapi bunyinya bergemerincing setiap kali di tiup angin sehingga menimbulkan sedikit rasa seram.
KREKK...
Daun pintu rumah kotej pun terbuka. Rupanya ia tidak berkunci.
"Laa kamu sembunyi kat dalam rumah rupanya ya..dik..oh dik..
Baru pakcik tua hendak melangkah masuk,tiba-tiba dia terhidu bau yang amat busuk. Langkah pun terhenti.
"Bau apa ni? busuknya macam bangkai"
Pandangannya meliar ke sekeliling sebelum matanya terbeliak besar apabila terlihat ada lembaga berambut panjang mencecah ke kaki dengan pakaiannya berlumuran darah berdiri di tepian pagar.
"Astaghfirullah..apa pulaklah tu?!"
Sudahnya pakcik tua yang ketakutan langsung terlupakan Maira. Dia pun cabut lari langkah seribu keluar dari laman rumah kotej terbiar dan memandu keretanya pergi.
------------------------------------------
KEESOKKAN paginya Radziah dan suaminya langsung panik setelah menyedari bahawa Maira telah melarikan diri dari rumah. Hal itu di sedari ketika mendapati Maira tidak turun untuk bersarapan dan bersiap pergi ke sekolah.
"Aduh macam mana ni bi?"Radziah tak senang duduk ketika melihatkan bilik tidur Maira yang bersepah-sepah.
Suaminya sedang memeriksa almari pakaian Maira.
"Memang sah Maira dah lari dari rumah. Beg,pakaian dan barangnya semua dia bawa sekali. Tak apa,kita pergi ke balai buat repot dulu"cadang Arman.
Selepas pulang dari balai polis,Radziah dan Arman pergi pula ke sekolah Maira. Guru kelasnya sendiri mengesahkan bahawa gadis itu tidak hadir hari ini.
"Apa? Maira lari dari rumah ke Puan Radziah?"Puan Azura sedikit terkejut.
"Inilah yang memeningkan saya dan suami. Dia lari sebab malam tadi ada sikit perkara yang buat dia tak puas hati,kecewa dan marah pada kami. Tapi itu semua pun untuk kebaikkan dirinya jugak"ujar Radziah.
Akhirnya Radziah dan suami membuat keputusan untuk pergi meronda dan mencari Maira dengan harapan gadis itu dapat di temui semula.
---------------------------------------
MAIRA baru terjaga dari tidurnya. Rupanya semalaman hingga membawa ke pagi dia tidur di atas sofa usang dan berhabuk dekat ruang tamu dalam rumah kotej terbiar itu bertemankan anak patung lama kesayangannya. Cahaya terang dari luar sudah menerobos masuk melalui tingkap.
"Uhuk! uhuk!"
Habuk-habuk pada kain yang di hampar buat menutupi sofa dan perabot membuatnya terbatuk-batuk dan terbersin.
Dia pun duduk seketika dan menyandar sambil memerhatikan suasana di ruang tamu. Terasa dirinya seperti di bawa kembali ke waktu silam di saat ibunya Salma,ayah dan pakcik-pakciknya masih ada. Meskipun rumah kotej itu di lihat terbiar usang di mamah semak dan hutan dari sebelah luar,namun bagi Maira dia berasa cukup senang sekali dapat berada di situ lagi setelah bertahun-tahun kediaman penuh dengan kenangan itu di tinggalkan. Tiada langsung perasaan seram dan menakutkan membaluti diri.
Barang-barang dan perabot dalam rumah itu semuanya adalah tinggalan semenjak zaman Maira masih kecil lagi. Hamparan kain-kain yang menutupi perabot itu di letak oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengendalikan kejadian pembunuhan ngeri yang berlaku enam tahun lalu sebagai tanda rumah itu sudah tiada lagi waris dan penghuninya.
Apabila terlihatkan sebuah*music box*lama yang berada di atas rak,Maira pun segera bangkit dan pergi mendapatkannya. Apabila butang pada kotak nyanyian itu di tekan maka berkumandanglah lagu yang biasa di dengarinya semenjak dari dalam buaian.
*London bridge is falling down..*
*...falling down..falling down..*
*London bridge is falling down..*
*My fair ladys..*
Lagu itu benar-benar membangkitkan kembali nostalgia lama dalam diri Maira. Kegembiraan terpancar di wajahnya hingga mulutnya mulai menggumam melodi yang berkumandang sambil mendodoi anak patung kesayangannya.
"Maira.."
Gadis itu tersentak lalu berhenti mendodoi anak patung di tangan. Ada suara memanggil namanya tadi. Melodi yang berkumandang dari*music box*itu pun di matikan.
Maira mulai bangun dan meliarkan pandangan ke segenap ceruk dan penjuru dalam rumah kotej usang itu. Dia mencari dari mana datangnya suara halus dan lembut tadi.
"Maira..."suara itu bergema lagi tapi seakan berbisik.
"Siapa?"balas Maira.
Tiada jawapan. Lama di tunggu namun suara itu tidak juga kunjung tiba lagi.
Maira jadi hampa dan duduk di sofa sambil menongkat dagu dengan kedua tangan yang di genggam.
Perasaan rindu terhadap arwah ibunya mulai hadir. Maira segera membuka beg untuk mendapatkan foto ibunya yang ada di bawa sekali. Puas beg itu di geledah,namun buku diari yang di guna buat menyimpan gambar tersebut hilang entah di mana.
Maira bersungut kecewa. Mungkin itu hanyalah perasaannya sahaja. Tiba-tiba entah dari mana muncul seorang kanak-kanak perempuan hampir sebaya dengannya sedang berdiri dekat tangga.
"Maira.."kata gadis itu tersenyum melambai walaupun wajahnya tampak pucat keputihan seperti mayat. Dia memakai gaun putih yang telah di kotori oleh darah.
--------------------------------------------
RADZIAH menangis kecewa dan kesal di atas kehilangan Maira yang telah melarikan diri sejak malam tadi. Sudah puas kereta yang di naiki bersama suami meronda ke sana kemari dengan harapan dapat menjumpai Maira,namun hanya hampa yang di temui.
"Macam mana ni bi...?ayang risau keselamatan Maira. Takut kalau dia di culik atau di perapa-apakan orang. Dia gadis kecil lagi bi"teresak-esak Radziah menangis.
"Sudahlah tu ayang..kita dah berusaha mencari Maira,tapi tak jumpa. Sekarang biarlah kita serahkan aja pada pihak polis untuk mengesan dan menjejaki Maira"pujuk Arman yang sedang memandu kereta.
Ketika tiba di rumah,Radziah dan Arman mendapati ada sebuah kereta lain berhenti di hadapan pagar,dan seorang pakcik tua sedang berteriak memanggil.
"Waalaikumsalam..pakcik ni cari siapa ya?"Arman menyambut.
"Awak tuan rumah ni ke?"tanya pakcik bersongkok itu.
"Ya ya..ada apa pakcik?"
Pakcik tua itu pun memperkenalkan dirinya sebagai Pak Abu. Dia pun ceritalah bagaimana dia menemui seorang gadis kecil berjalan sendirian lewat malam di tepi jalan malam tadi sebelum di tumpangkannya naik ke keretanya.
"Syukurlah ya Allah...nasib baiklah pakcik jumpa anak kami. Dia ada kat mana sekarang?"Radziah kembali bersemangat.
"Saya hantarkan dia ke sebuah alamat. Mulanya saya ingatkan itu adalah rumah kediaman ibu ayah dan familinya,tapi saya hairan sebab rumah tu nampak dah terbiar usang dan gelap. Entah macam mana dia berdegil nak turun disitu dan masuk ke dalam. Kemudian puas saya mencari tapi dia hilang. Tapi mujurlah dia tercicirkan buku diari ni kat dalam kereta saya. Nasib baik ada tercatat alamat rumah kamu kat diari ni"terang Pak Abu panjang lebar sambil memulangkan semula diari itu kepada Arman.
Radziah dan Arman menarik nafas lega.
"Tadi pakcik sebut tentang rumah terbiar tu di mana alamatnya pakcik?"soal Arman meminta kepastian.
"Rumah kotej dekat Desa Terpenchil"
Langsung Radziah dan Arman tersentak. Tahulah mereka kini di mana keberadaan Maira. Apa pun mereka amat berterima kasih pada Pak Abu di atas makluman yang di berikan.
.. BERSAMBUNG..
Share this novel