SEJAK Arman meninggal dunia lima bulan yang lalu,Radziah mulai membuat perniagaan menjual pelbagai jenis biskut*cookies*di rumah secara*on line.*Bisnes itu agak menguntungkan juga kerana dia mendapat banyak tempahan. Pendapatan yang di perolehi cukup untuk membayar bil,sewa dan menyara dua orang anak. Di samping itu Radziah juga masih ada simpanan wang yang mencukupi hasil peninggalan arwah suaminya Arman.
PINN!
Sebuah kereta baru tiba di hadapan pagar rumah. Radziah bergegas keluar sambil menjinjing suatu bungkusan plastik mengandungi satu bekas cookies sambil tersenyum melambai ke arah pemandu kereta terbabit.
Pak Abu tersengih dari tingkap kereta dengan misai putihnya yang lebat dan tebal itu. Radziah membuka pintu pagar.
"Nah..ini cookies coklat almond yang Pak Abu pesan"kata Radziah sambil menyerahkan bungkusan tersebut.
"Terima kasih Ziah"
"Sama-sama"balas Radziah sambil menyambut wang bayaran yang di hulur oleh Pak Abu.
"Haa selalu asyik kamu aja yang rajin ke pasar beli sayur dan ikan dari aku. Sekarang ni aku pulak dah jadi pelanggan setia*cookies*kamu"
"Hahaha iyalah Pak Abu"Radziah membetul-betulkan selendang tudung kepalanya. Sajalah dia mengenakan kain panjang ketat dan terbelah sedikit di tepi sehingga menayangkan sebelah betis kakinya untuk menyedapkan sikit pandangan mata Pak Abu.
"Psst...malam ni jadi tak?"bisik Pak Abu tersengih nakal.
"Ikut Pak Abulah..Ziah jadi je..mmm kat hotel mana pulak?"
"Aih tempat biasalah Ziah..oh ya lebih kurang sejam yang lalu aku rasa macam ada ternampak anak perempuan kamu berbasikal kat jalanraya"
"Hari ni kan cuti..Maira memang tak reti nak lekat kat rumah. Sepanjang hari asyik pergi berbasikal je dengan kawan dia"
"Tapi aku nampak dia sorang-sorang aja Ziah. Dia membelok masuk ikut hutan kat luar kawasan taman perumahan ni. Setahu aku dah tak ada orang ikut laluan tu lagi. Dia pergi mana?"
Berkerut dahi Radziah.
"Lalu ikut hutan? Eh jangan-jangan Pak Abu nampak budak lain tak? Maira berbasikal dekat-dekat taman perumahan ni jugak. Tak mungkinlah dia berbasikal sampai masuk hutan"
"Aku tak bergurau ni Ziah..aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Kalau kamu tak percaya,jomlah aku bawa dan tunjukkan laluan hutan tu"
Radziah bersetuju. Setelah mengunci pintu dan pagar,dia pun masuk ke dalam kereta Pak Abu dan mengikuti orang tua itu.
*******
"Betul ke Pak Abu nampak Maira berbasikal masuk ke hutan ni?"tanya Radziah sambil membuang pandangan ke luar tingkap. Kereta Pak Abu berhenti betul-betul di bahu jalan dekat laluan tersebut.
"Betul..aku perhatikan dia sampai hilang dari pandangan"
Jalan berhutan yang di lihat itu agak bersemak dan ada pepohon buluh. Pada pandangan Radziah ia bukanlah laluan yang menyenangkan untuk di lalui oleh orang dewasa apatahlagi pula kanak-kanak perempuan sebesar Maira.
"Ish pelik jugak ni. Maira pergi ke mana je ikut masuk hutan macam ni?"
"Dulu-dulu sekitar puluhan tahun silam, hutan ni memang kawasan laluan. Waktu tu aku pun masih muda lagi. Zaman sekarang mana ada orang lalu ikut sini lagi"ujar Pak Abu.
"Laluan hutan ni tembus ke mana je Pak Abu?"
"Ianya jalan pintas nak ke Desa Terpenchil"
Hati Radziah mulai berasa tidak sedap bila mendengar nama Desa tersebut. Dia mulai curiga sesuatu.
"Jangan-jangan Maira pergi ke.."
Belum sempat kata-kata itu di sudahi,kelibat Maira pun muncul dari denai laluan hutan itu sambil berbasikal.
Pantas Radziah keluar dari kereta.
"Maira?! Maira pergi mana sebenarnya? Kenapa ikut laluan hutan ni? Cuba bagitahu mama"
------------------------------------
MAIRA tersandar di sofa dengan wajah selamba dan tidak ada rasa kesal atau bersalah walaupun di bebel oleh ibu angkatnya Radziah sewaktu terserempak di gigi hutan yang menjadi laluan biasanya pergi berbasikal.
"Kalau Maira kena culik dengan orang macam mana? Selama ni mati-mati mama ingatkan Maira pergi ke rumah kawan Maira berdekatan sini je..rupanya sejauh itu Maira dah pergi? kenapa Maira degil sangat? tak tahu ke kat rumah kotej tu ada pembunuh yang masih lepas bebas selepas membunuh uncle Arman dengan cikgu kelas Maira dulu?"bebel Radziah lagi.
"Rumah tu baik-baik je''
"Itu bukan soalnya! soalnya sekarang keselamatan diri Maira sendiri..faham tak?"tegas Radziah dengan agak beremosi.
Maira melompat turun dari sofa dan terus nak berjalan pergi.
"Mama belum habis cakap lagi Maira! turun sini!"teriak Radziah sambil bercekak pinggang mendongak melihat gadis itu terus menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
Sudahnya Radziah menghempaskan tubuhnya ke sofa dan merungut-rungut sendirian.
Kemudian Maira turun semula dan berdiri di tangga. Radziah pun menoleh.
"Sepatutnya mama kena berterima kasih kat Maira sebab uncle dengan cikgu dah tak ada lagi"kata gadis itu tersenyum.
Hairan Radziah dengan kata-kata tersebut.
"Apa maksud Maira? Oh ya..mama nak tanya satu hal lagi..mama jumpa lukisan Maira tentang uncle dengan cikgu..
"Nah!"tiba-tiba Maira menghulurkan sebuah telefon pintar kepada Radziah.
"Macam mama pernah lihat je telefon tu sebelum ni"Radziah mulai curiga. Dia pun mengambilnya dan memeriksa.
"Ini bukan telefon pintar cikgu Azura yang hilang tu ke?"
Maira hanya senyap. Radziah pun memeriksa telefon tersebut sebelum menemui video rakaman sewaktu arwah suaminya Arman dan cikgu Azura di bunuh dengan parang.
"Aaaaaaaaa!"
Wanita itu terjerit ketakutan sehingga telefon pintar itu pun terlepas dari tangannya. Kini tahulah dia siapa pembunuh suaminya dan cikgu Azura sekaligus menjawab persoalan tentang dari mana Maira mendapatkan ilham melukis lukisan pembunuhan itu sebenarnya. Sungguh tak di sangka-sangka! Radziah baru sedar rupanya genetik 'hitam' yang di warisi oleh Maira telah menukar gadis kecil itu menjadi psikopat dalam usia yang amat mentah dan kanak-kanak.
"Rupanya Maira yang bunuh Arman dengan cikgu Azura!"kata Radziah menggigil ketakutan.
"Maira dah bunuh uncle sama cikgu. Maira tahu mereka buat mama sakit hati. Sekarang mereka dah tak ada..kita boleh hidup berdua balik macam dulu-dulu..mama tak nak ke macam tu? Maira nak hidup dengan mama je tanpa ada orang lain"
"Maira kena ikut mama kita pergi berubat ya..Mama percaya pasti ada jalan keluar kepada masalah yang Maira hadapi"pujuk Radziah.
"Pergi berubat? Maira sihat je mama..Maira tak sakit.."
"Maira tak sihat...Maira kena ikut mama"
"Tak apalah..tak perlu pun pergi berubat. Tak lama lagi kita akan tinggal berdua je mama. Maira janji takkan marah-marah lagi kat mama"
"Apa maksud Maira tinggal berdua? Kan Maira masih ada adik Irfan sekali"
"Tak lama lagi Irfan pun akan ikut uncle dengan cikgu"Maira tersenyum.
Kata-kata Maira dan mimik mukanya itu membuat Radziah tersentak dan mulai curiga.
"Mama tak faham..."
"Cuba mama tengok kat video telefon tu. Ada Maira rakam untuk mama"
Pantas Radziah meneliti kandungan video dalam telefon dan menemui satu video lain di mana bayinya Irfan di beri minum dengan sebotol minyak masak oleh Maira.
"Irfan kata dia suka minum minyak masak. Jadi Maira bagilah dia minum minyak banyak-banyak"kata Maira.
Hampir-hampir Radziah hendak pengsan ketika itu juga namun saat genting itu terganggu apabila ada panggilan dari hospital masuk ke telefon Radziah. Pantas dia menjawab panggilan tersebut.
"Bagaimana dengan keadaan baby Irfan saya doktor?"
"Maafkan kami puan Radziah..saya harap puan banyakkan bersabar dan bertenang atas perkara yang kami nak sampaikan ni.."
"Kenapa ni Doktor?"Radziah berasa tidak sedap hati.
"Hasil ujian ke atas bayi Puan kami dapati dia di beri minum minyak masak dengan banyak sekali. Dia di serang serangan jantung tadi dan pihak hospital telah mencuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan dia...malangnya baby Irfan tak berjaya di selamatkan"
Radziah meraung dengan kuat. Telefon di tangannya langsung terlepas. Dia terjelepok kesal dan menangis dengan pilu. Tahulah dia bahawa bayinya telah tiada dan meninggal dunia.
Maira pun mendatangi Radziah yang sedang meraung dan terbaring ke lantai itu.
"Mama janganlah sedih..kan kita dah boleh hidup berdua balik macam dulu-dulu..mama tak suka ke?kata Maira.
"Pergi!"jerit Radziah kuat kepada Maira.
"Mama janganlah macam ni.."
"Pergi aku kata pergi! kau bunuh anak aku!"lebat tangisan Radziah. Hatinya hancur-luluh. Tulang-tulang sendinya terasa lemah. Dunia bagaikan gelap-gelita ketika itu.
Share this novel