13.Culik dan Bedah

Horror & Thriller Series 5227

TELEVISYEN masih bersiaran di ruang tamu. Setelah bayinya di susu dan didodoikan sehingga tidur, Radziah pun bangun dan pergi ke dapur. Pada ketika itulah Maira perlahan-lahan turun dari tangga tingkat atas bersama Dahlia.

Dia tercegat seketika sambil melihat kepada bayi yang sedang tidur itu sambil mencebik benci dan geram. Kemudian gadis itu pergi mengintaikan ibu nya yang sedang sibuk di dapur sebelum kembali semula ke ruang tamu.

Baru sahaja Maira tergerak hati untuk mencekik ke leher Irfan tiba-tiba Radziah muncul dari dapur. Mujur cepat dia menarik tangannya semula.

"Maira..ni bekalan makan dan minum Maira. Nanti lapar dan haus makanlah ya"kata Radziah sambil menghulurkan bungkusan plastik kepada Maira.

Maira mengangguk dan mencapai bungkusan tersebut. Radziah menghantarnya hingga ke pagar. Ketika Maira menyorong basikalnya keluar,sebuah kereta jenis Mivi pun tiba. Cikgu Azura melambai dari tingkap pemandu. Sejak akhir-akhir ni guru kelas Maira itu agak rajin bertandang dan bertemu dengan Radziah.

"Hai Puan Radziah..wow seksinya"cikgu Azura mengulum senyuman nakal sambil gerak-gerak kening melihatkan dress dan kain panjang ketat dan terbelah yang di pakai oleh Radziah.

"Hai cikgu..."balas Radziah mengenyit mata sambil sengaja menayangkan sebatang kaki peha gebu betis padinya yang menciut seksi dan terjulur keluar dari belahan kain ketatnya itu.

"Maira nak pergi mana naik basikal tu?"sapa cikgu Azura.

Walaubagaimanapun gadis itu senyap seribu bahasa serta enggan menjawab sapaan gurunya itu.

"Maira..tak baik buat macam tu kat cikgu. Jawablah sapaan cikgu tu"tegur Radziah.

"Eh tak apalah puan..budak-budak kan..saya tak amek hati punlah"kata cikgu Azura sambil melompat turun.

"Maira pergi dulu ma"kata Maira.

"Baiklah..hati-hati bawa basikal tu. Jangan laju-laju sangat"

Maira sekadar mengangguk sebelum dia berkayuh pergi. Radziah dan cikgu Azura tercegat di pagar sambil melambai sehinggalah kelibat Maira telah jauh dan hilang dari pandangan.

"Suami Puan ada kat rumah ke?"tanya cikgu Azura terintai-intai sambil membetul-betulkan tudung sanggul tingginya.

"Tak ada..dia pergi kerjalah. Hm..kuat menyengat bau perfume cikgu ni"kata Radziah sambil mencumbu ke tudung sanggul tinggi guru wanita tersebut.

"Ramai yang cakap bau perfume ni hancing sikitlah..hopefully tak mengganggulah ya"

"Mmh tak apa.. cikgu semburlah banyak-banyak sikit perfume tu...lagi cepat saya teransang"

"Yeke..ahahaha dahsyat betul lah Puan Radziah ni..muah"cikgu kelas Maira yang gedik itu pun memuncungkan bibirnya minta di kucup oleh Radziah.

"Eh buat kat dalam rumahlah..kat sini orang nampak.."

"Pssst. tak ada pencegah maksiat kan?"

"Beres..line clear honey"

Ketika tiba di suatu selekoh,Maira berhenti seketika dan membiarkan sebuah kereta berlepas lalu terlebih dahulu sebelum dia melintas ke seberang. Dahlia muncul di sisinya sambil mengayuh basikalnya sendiri.

"Kenapa kau benci sangat kat bayi mama kau Maira?"tanya Dahlia.

"Aku tak suka dia. Di sebabkan dia lah mama dah kurang beri perhatian kat aku. Aku patut cekik budak tu"kata Maira.

Dua orang gadis itu pun saling berbasikal dan meluncur di tepian jalanraya. Akan tetapi kenderaan yang lalu-lalang hanya dapat melihat kelibat Maira seorang sahaja.

Tak lama kemudian basikal mereka pun membelok masuk ke laluan sebuah hutan yang tiada seorang lain pun yang tahu bahawa ia rupanya adalah jalan pintas menuju ke Desa Terpenchil. Dahlia lah yang mengabarkan tentang laluan rahsia itu kepada Maira.

"Dulu-dulu aku pergi sekolah ikut laluan rahsia ni. Zaman sekarang laluan ni dah berhutan semak dan di lupakan orang. Sebenarnya aku benci nak lalu kat sini..tapi nak buat macam mana..jarak rumah kau ke Desa Terpenchil agak jauh kalau ikut jalanraya utama"Dahlia bercerita.

Sesekali Maira dan sahabatnya itu terpaksa berhenti dan mengangkat basikal mereka kerana ada akar-akar pokok yang menghalang.

"Kenapa kau bencikan laluan ni Dahlia?"tanya Maira.

Dahlia senyap dan terus berkayuh. Terlakar kesedihan di wajahnya yang putih,dingin seperti mayat itu.

"Dahlia.."

"Sebab dekat laluan ni lah pakcik tu culik aku naik kereta dia dan bawa aku ke rumah tu.."ujar Dahlia.

"Pakcik tu siapa?"

"Pakcik Doktor yang duduk kat rumah tu lah. Dia suka culik kanak-kanak. Dia bawa aku dan kurung dalam bilik bawah tanah dengan budak-budak lain. Nanti bila dah sampai giliran,kami pun akan di baringkan dalam bilik yang banyak gunting dan pisau tu. Pakcik Doktor akan bedah tubuh kami.."

"Dia bedah badan kau?"

Dahlia mengangguk.

"Dia potong pinggang aku dan ambil buah pinggang aku.."

Maira terdiam.

Lebih kurang setengah jam perjalanan berkayuh basikal itu akhirnya Maira dan Dahlia tiba di perkarangan sebuah rumah usang bersebelahan ladang tebu. Setepatnya rumah kotej terbiar yang pernah di huni oleh Maira sewaktu dia masih kanak-kanak dahulu.

Selama ini rupanya dalam senyap-senyap Maira berbasikal ulang-alik di hujung minggu ke rumah kotej itu bertemankan Dahlia. Ibu angkatnya Radziah dan Arman tidak pernah tahu akan hal itu. Mereka menyangkakan Maira pergi ke rumah sahabatnya dekat sekitar perumahan tempat tinggal mereka sahaja.

Dekat rumah tu Maira dan Dahlia bebas bermain tanpa ada yang mengganggu. Mereka bermain kejar-kejar di halaman rumah sambil bergelak tawa riang. Setelah letih,mereka akan masuk ke rumah dan melepak di ruang tamu.

"Dahlia..kau makanlah sekali. Mama aku buatkan sandwich tuna ni berlebih untuk kau sekali"pelawa Maira yang sedang duduk menikmati bekalan makanan dan minuman.

"Aku ni dah mati. Manalah rasa lapar lagi. Kau makan je lah"balas Dahlia sambil bersila di lantai dan bermain guli.

Maira berasa kasihan pula dengan sahabatnya itu.

"Maira..kau tak rasa seram dan takut ke berkawan dengan aku? Yelah..kan aku ni dah mati"tanya Dahlia.

"Tak takutlah. Aku senang berkawan dengan kau"

"Lepas kau makan nanti aku bawa dan tunjukkan kau bilik kurungan rahsia bawah tanah tu nak tak?"kata Dahlia.

"Nak..nak.."Maira berasa seronok dan tidak sabar untuk melihat bilik seperti yang di perkatakan oleh Dahlia


********

Ada sebuah kereta tiba-tiba muncul di hadapan rumah kotej terbiar itu. Pemandunya adalah seorang lelaki. Dia memerhatikan ke sekeliling yang sunyi-sepi jauh dari orang dan terpelesuk di pagari hutan dan ladang tebu.

Dia mengangguk-angguk kerana telah mendapat suatu akal. Pantas dia mencapai telefon pintarnya dan menghubungi seseorang.

"Saya rasa saya dah jumpa lokasi rumah yang selamat dan jauh daripada orang ramai. Mungkin kita boleh jadikan rumah tu sebagai tempat untuk kita bersama setiapkali kita bertemu"katanya.


*****

"Betul ke? Kalau macam tu saya ikut je lah Encik Arman..yang penting rumah tu selamat, tak ada gangguan dan kita saling boleh merahsiakan hubungan kita dari pengetahuan suami dan isteri masing-masing kan?"balas cikgu Azura berbisik-bisik bercakap melalui henfonnya sambil berhati-hati memerhatikan ke arah Radziah yang sudah terlelap di bantal atas katil besar dalam bilik.

Rupanya lelaki yang muncul di hadapan rumah kotej itu ialah Arman,suami Radziah. Sejak keterlanjurannya meniduri guru kelas Maira tempoh hari,dia jadi tak keruan antara rasa kesal,bersalah dan dalam masa yang sama lelaki itu berasa seronok dan puas.

Begitu juga dengan Cikgu Azura. Walaupun hanyut dalam hubungan sesama kaum hawa dengan Radziah,namun dalam pada masa yang sama dia juga puas meniduri suami wanita itu. Dan walhasilnya mereka berskandal secara senyap.

"Tak apalah nanti saya kena uruskan dalam rumah kotej tu sikit..mungkin kita boleh letak katil"kata Arman di hujung talian.

Terus senyuman terukir di bibir cikgu Azura.

"Wow..tak sabar dah saya ni Encik Arman..harap boleh di percepatkanlah hal tu ya..nanti dah ada 'port' barulah senang kita nak bersekedudukkan kan.."

Radziah terlena di bantal bersama jambakkan bunga ros di sisi sesudah memuaskan keinginan sesama kaum hawanya dengan cikgu Azura tadi tanpa seurat benang dan hanya berselimut hingga ke dada.

Beg tangan ranggi,sebatang dildo warna pink yang masih basah, dan kain tudung sanggul tinggi guru kelas Maira pun bersepah di atas katil.

Kereta Arman pun berlalu pergi setelah tamat perbualannya di telefon dengan cikgu Azura. Lelaki itu langsung tidak menyedari bahawa Maira sedang berada di dalam rumah kotej itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience