7.Lari Dari Rumah

Horror & Thriller Series 5227

MAIRA sedang duduk di meja dalam sebuah bilik berhawa dingin dekat Pusat Kaunseling dan Psikologi itu. Radziah, Arman dan Doktor Badrisyah hanya berdiri di luar dan melihat ke dalam bilik itu melalui dinding kaca.

Sebuah ujian akan di adakan ke atas Maira.

"Ujian yang bagaimana Doktor?"tanya Radziah ingin tahu.

"Pembantu saya akan membawa beberapa naskah buku mewarna kanak-kanak. Kami nak lihat buku bergambar yang manakah yang akan menjadi pilihan Maira"ujar Doktor Badrisyah.

Tak lama kemudian seorang pembantu Doktor datang dengan beberapa buah buku mewarna kanak-kanak. Dia masuk ke bilik itu lalu menghidupkan video perakam sebelum duduk berhadapan dengan Maira di meja yang di sediakan.

"Maira suka mewarna buku tak?"tanya pembantu.

"Suka"balas gadis itu.

"Baiklah..sekarang Maira pilihlah buku yang mana yang paling Maira sukai untuk di warnakan. Masa yang di berikan hanya lima belas minit sahaja untuk Maira mewarnakan gambar yang di pilih okey?"

Maira mengangguk setuju.

Buku-buku itu di suakan kepada gadis tersebut. Maira mulai membelek-belek dan melihat gambar-gambar di dalamnya. Buku yang pertama menawarkan gambar pemandangan bukit-bukau,rumah,kapal di lautan dan haiwan di zoo untuk di warnai.

Kemudian dia membelek buku yang seterusnya. Kali ini gadis itu menunjukkan riak seperti berminat dan tertarik. Dia terus menyelak mukasurat dari buku mewarna itu. Tidak seperti buku yang pertama tadi,buku kali ini menawarkan gambar-gambar yang sedikit mengerikan. Ada gambar tangan menggenggam pisau,gambar rumah terbakar,tengkorak berulat,haiwan di gantung pada cangkuk dan sebagainya. Dan Maira memilih untuk mewarnakan gambar dari buku terbabit.

Lima belas minit kemudian Maira selesai mewarnakan gambar haiwan di tusuk cangkuk dan di gantung itu. Pembantu Doktor mengambil semula buku dan pensel warna tersebut.

Kemudian beliau meletakkan pula sebuah papan miniatur mengandungi kiub-kiub kecil berupa rumah dan manusia. Maira di minta menyusun kembali kiub-kiub itu persis seperti deretan rumah di taman perumahan yang di duduki bersama keluarga angkatnya.

"Susun rumah dan ahli keluarga kamu"pinta pembantu Doktor.

Maira pun meletakkan empat kiub berbentuk manusia di hadapan kiub rumah kediamannya yang mana mewakili dirinya,ibu angkatnya Radziah,Arman dan baby Irfan. Kemudian dia di beri beberapa kad yang mengandungi gambar hati(love), hadiah,pisau,racun dan api.

Pembantu doktor cuba menjadikan papan miniatur itu sebagai sebuah permainan untuk mengalih perhatian Maira dari tujuan sebenarnya. Hasil dari eksperimen itu di dapati Maira bukan sahaja tidak menyukai kehadiran Arman dan baby Irfan malah kalau boleh dia mahu dua individu itu di singkirkan dari kiub rumah kediaman.

Maira mulai mengasingkan kiub dirinya dan Radziah dalam sebuah rumah yang di letakkan dengan kad hati(love) dan hadiah. Namun sebaliknya yang berlaku pada Arman. Kiub suami ibu angkatnya itu di keluarkan terus dari papan miniatur,sementara kiub baby Irfan pula di letakkan pada sebuah kiub rumah lain bersama kad api,pisau dan racun.

"Maira benar-benar pasti tak mahu kiub ayah dan adik di kumpulkan sekali serumah dengan Maira dan ibu?"tanya si pembantu Doktor.

Gadis itu menggeleng-geleng tanda tidak mahu.

"Masih ada masa untuk Maira mengubah fikiran dan menyelamatkan ayah dan adik Maira"

Maira sekadar menggeleng. Dia telah bulat tekad.

"Baiklah"pembantu doktor akur dan mencatat sesuatu pada fail laporan di tangannya.

Tak lama kemudian sesi ujian berbentuk psikologi itu pun selesai. Sementara pembantu tadi membawa Maira pergi berjalan-jalan,Radziah dan Arman pun di pertontonkan semula rakaman yang berjalan di bilik tadi bersama maklumat analisis yang dibuat.


******

"Jadi Maira sebenarnya tidak menyukai kehadiran saya dan baby Irfan"Arman membuat kesimpulan setelah usai menonton rakaman ujian papan miniatur Maira.

"Bi..ayang harap bi janganlah amek hati sangat ya. Maira cuma seorang gadis kecil berusia sepuluh tahun je kan?"pujuk Radziah pada suaminya.

"Tak adalah..saya tak amek hati. Ujian yang Doktor jalankan sangat bagus. Cuma apa yang saya kurang faham ialah kenapa Maira membezakan penyingkiran kiub saya dengan baby Irfan Doktor? Kenapa saya hanya di keluarkan dari papan miniatur tu tapi sebaliknya baby Irfan pula di letakkan dalam kiub rumah dengan kad api,racun dan pisau? Apa ertinya dari semua itu?"soal Arman kepada Doktor Badrisyah.

"Inilah yang agak berat sikit untuk saya sampaikan kepada Encik Arman dan Puan Radziah. Sebenarnya tiada ujian khusus dan nyata untuk membuktikan kebenarannya. Ujian yang di jalankan tadi pun hanya berdasarkan kaedah pendekatan yang saya cipta. Walau apa pun terpulanglah kepada kamu berdua untuk mempercayainya atau tidak "kata Doktor Badrisyah dengan wajah yang agak serius.

"Kenapa ya doktor?"tanya Radziah pula.

"Pembezaan yang Maira tunjukkan tadi sebenarnya menggambarkan yang dia cuma sekadar tidak menyenangi kehadiran Encik Arman. Hal ini mungkin berlaku kerana dia sudah biasa hidup berdua dengan Puan Radziah sebelum kamu berdua menjadi suami isteri. Akan tetapi dia tidaklah sampai ke tahap membenci Encik Arman. Ini mungkin kerana beberapa perbuatan,sikap dan layanan baik yang pernah Encik Arman tunjukkan padanya. Tapi gadis ini mempunyai pendirian yang berbeza terhadap bayi kamu. Saya berharap kamu sentiasa berwaspada akan sikapnya terhadap baby Irfan"

Penjelasan itu membuatkan Radziah dan Arman saling berpandangan sesama sendiri sebelum melanjutkan lagi pertanyaan.

"Waspada?"

"Ujian miniatur tadi sebenarnya telah mendedahkan perasaan kurang senang yang lebih menjurus kepada kebencian Maira terhadap bayi kamu. Kalau tidak,kenapa dia sanggup mahu melihat bayi Irfan di biarkan sendirian dalam rumah yang terbakar?Serta di beri racun dan pisau yang membahayakan?"

Kali ini pasangan suami isteri itu tersentak dan tergamam.


----------------------------------

SEJAK pulang dari pusat kaunseling tingkah-laku dan psikologi kanak-kanak,Radziah dan Arman sepakat mahu melihat Maira kembali hidup normal memiliki keperibadian yang baik dan jauh dari apa-apa pengaruh negatif yang dapat merosakkan sahsiah dan pemikiran kanak-kanaknya.

Oleh itu beberapa perkara harus di tekankan demi kebaikkan gadis itu. Maira tidak lagi di benarkan menonton rancangan tv atau filem-filem*horror*ngeri di penuhi babak ganas,keterlaluan atau yang seumpama itu.

Saluran*movies*yang menawarkan cerita-cerita sebegitu terus di hentikan langganannya. Hal itu telah menyebabkan Maira jadi perengus dan memberontak apabila*channel*kegemarannya sudah tidak dapat di tonton lagi.

BUMM!

Pintu bilik di hempas dengan kuat. Maira mengurungkan dirinya sambil membentak marah. Habis barang-barang dalam bilik itu di sepah-sepahkannya.

Radziah dan Arman datang ke bilik itu dan cuba memujuk Maira.

TUKK! TUKK! TUKK!

"Maira bukak pintu ni sayang..mama dengan uncle nak cakap dengan Maira"teriak Radziah. Dia bercakap secara lemah-lembut dan baik-baik saja kerana tidak mahu hati gadis itu terguris.

"Maira..Maira kena faham..uncle dengan mama sayang Maira..kami bukan nak sekat dan halang minat Maira menonton..cuma cerita-cerita yang Maira selalu tonton tu tak sesuai untuk kanak-kanak. Ia hanya bagi pengaruh yang buruk dan tak elok pada Maira"pujuk Arman pula.

"Pergilah pergi!!! jangan pedulikan pasal Maira lagi!"teriak Maira kuat.

"Maira.. ini semua untuk kebaikkan Maira jugak.. bukaklah pintu ni sayang..mama rayu kat Maira ni"

Walaubagaimanapun Maira tetap berkeras dan enggan membuka pintu. Radziah dan Arman terpaksa akur dan beredar.

Bersama esak tangisan dan kekecewaan,Maira pun mencapai beg pakaiannya. Kain baju di sumbat ke dalam. Dia sudah nekad mahu melarikan diri dari rumah malam ini juga.

Lewat malam itu, di kala keadaan telah sunyi-sepi barulah Maira membuka pintu biliknya. Radziah dan Arman yang telah berlabuh di alam mimpi ketika itu langsung tidak menjangkakan rancangan Maira untuk lari dari rumah.


*******

BULAN mengambang penuh di dada langit malam. Sebuah kereta baru tiba dan berhenti di luar pagar rumah kotej usang terbiar itu. Pemandunya seorang pakcik tua bersongkok lusuh.

Pakcik itu menggaru-garukan kepalanya beberapa kali dengan wajah bingung sambil membuang pandangan ke rumah kotej yang sudah hampir di telan semak dan ladang tebu di sebelahnya sebelum menoleh ke arah Maira yang duduk di sit sebelah. Tadi dia menemui gadis itu berjalan sendirian di tepi jalan sambil menjinjing beg pakaian dan beg sandang lalu di tumpangkannya naik ke kereta.

"Betul ke adik tinggal kat sini? Rumah ni dah lama terbiar.."kata pakcik.

"Itu rumah lama famili saya"balas Maira.

"Ouh gitu..jadi famili adik sekarang ni dah pindah ke rumah baru lah ya? meh pakcik hantarkan ke alamat rumah baru tu"

"Tak nak..saya nak tinggal kat sini. Saya lebih sukakan rumah lama ni"Maira berdegil.

"Eh jangan gitu dik..nanti risau mak ayah adik nanti"

Maira terus membuka pintu dan berlari keluar dengan beg pakaiannya.

"Adik nak pergi mana tu? Balik ke mari! biar pakcik hantar kamu balik ke pangkuan mak ayah kamu!"teriakkan pakcik tua itu tidak endahkan langsung oleh Maira. Gadis itu terus membuka pintu pagar dan masuk ke laman rumah hingga memaksa pakcik tua keluar dari kereta dan mengejarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience