TINDAK-TANDUK Maira bersahabat dengan Dahlia telah terbawa-bawa hingga ke sekolah. Walaupun biasanya dia akan menjauh dari murid-murid lain dan mencari tempat yang agak tersorok dan sunyi untuk berbual dan bergelak tawa dengan Dahlia,namun ramai juga yang telah menyedari akan perilaku anehnya itu terutamanya rakan-rakan sekelas.
Waktu rehat hari tu Maira seperti biasa melepak di belakang blok sekolah yang paling hujung sekali. Di situ agak sunyi-sepi dan ada hutan tebal yang di pisahkan oleh pagar.
Lepas makan dari bekalan yang ada di bawa dari rumah,Maira pun duduk bersila dan bermain pok amai-amai dengan Dahlia.
Dan ketika itulah beberapa orang murid sekelasnya yang sudah lama mengintai dan memerhatikan perbuatannya memunculkan diri.
"Ahahahahaa kau cakap sorang-sorang ke Maira? agaknya kau dah gila kan?"kata Husna sebelum di sambut ketawa oleh yang lain-lain.
"Hikhik..lebih baik minta ayah dan mak kau hantar kau masuk ke Tanjung Rambutan je Maira"
Hahahahahahaha
Maira menatap wajah rakan-rakan sekelasnya dengan renungan yang tajam.
"Berambus!"sergahnya.
"Wuih marahnya..bukan orang gila sepatutnya buat mata juling dengan lidah terjelir ke"sakat Diana pulak sebelum budak-budak itu ketawa terbahak-bahak.
"Jom kita blah..jangan layan Maira gila ni. Dahlah tak ada kawan,macam kera sumbang..cakap sorang-sorang pulak tu"kata Husna lagi.
Budak-budak itu pun beredar.
Nafas Maira turun naik dek marah yang meluap sebelum di pujuk oleh Dahlia.
"Sudahlah Maira..pedulikan mereka tu. Aku kan ada sebagai kawan baik kau"kata Dahlia mengusap ke pipi Maira.
Senyuman kembali terukir di wajah Maira.
"Dahlia..kenapa tubuh kau sejuk, putih dan pucat?"
Dahlia tertunduk sedih.
"Aku...aku sebenarnya..."
"Kenapa Dahlia?"
"Nanti bila kita pergi ke rumah tu lagi aku akan tunjukkan sesuatu kat kau"ujar Dahlia.
"Apa yang kau nak tunjukkan tu?"
Belum sempat pertanyaan itu hendak di jawab oleh Dahlia,loceng sekolah tanda tamat waktu rehat pun bergema.
"Lupakanlah..jom kita masuk ke kelas"
---------------------------------
KETIKA murid-murid kelas 4 Melor sedang khusyuk menyalin nota yang di berikan oleh guru kelas mereka di papan hitam,Maira perasan yang Husna menguap-menguap dek kerana mengantuk.
Dahlia yang duduk di atas lantai betul-betul di sebelah kerusi dan meja yang Maira duduki mulai berbisik sesuatu.
"Biar aku kenakan dia"
Maira tersenyum dan mengangguk-angguk.
Tiada seorang pun dalam kelas itu menyedari akan kewujudan Dahlia di saat gadis misteri berbaju gaun putih di penuhi percikkan darah itu membelai-belai Husna yang mengantuk itu sehingga tersembam ke meja dan terlelap.
******
"Aaaaaaaa!!!"
Husna berlari kencang sambil sesekali menoleh ke belakang. Anjing liar itu terus menggonggong kasar dan mengejarnya.
Akhirnya dia tiba di hadapan sebuah rumah kotej. Pintu pagarnya terbuka dengan sendiri seakan-akan mengalu-alukan kedatangannya. Pantas dia masuk dan menutup kembali pagar tersebut.
Anjing tadi menggonggong dari luar pagar kerana tidak dapat masuk ke dalam.
"Awak kena kejar anjing tu ke?"teriak satu suara gadis.
Husna pun menoleh dan mendapati ada seorang gadis hampir sebaya dengannya memakai baju gaun putih.
"Aah anjing tu nak gigit saya"
"Takpe..marilah masuk dalam rumah saya"ajak gadis itu.
Husna menuruti gadis itu. Perasaan takut dan paniknya tadi beransur reda.
Dalam rumah itu di lihatnya ada banyak bingkai gambar hitam putih sebuah famili tergantung dekat dinding.
"Ini gambar ahli keluarga awak ke?"tanya Husna.
Gadis berbaju gaun putih sekadar menggelengkan kepalanya. Kemudian dia pun mengajak Husna menaiki tangga untuk ke tingkat atas rumah kotej.
Di lihatnya ruang tingkat atas itu di penuhi perabot, barangan lama dan antik. Malah ada beberapa buah bilik yang pintunya bertutup rapat. Ketika melihat ada sebuah kerusi rotan berhayun-hayun sendiri tanpa ada sesiapa pun yang mendudukinya,serta-merta perasaan takut menyelubungi diri Husna.
"Kenapa kerusi rotan ni bergoyang sendiri?"tanyanya.
"Nenek duduk kat situ"balas gadis berbaju gaun.
"Nenek? tak ada sesiapa pun"dahi Husna berkerut.
"Ada..awak je yang tak nampak..heeee"
Kali ini sesuatu yang aneh berlaku di hadapan mata Husna. Darah mulai membasahi baju gaun gadis di hadapannya itu.
"Eh eh awak ni dah kenapa ni?"
Husna mulai berasa seram bila darah mengalir di lantai membasahi kakinya.
"Aaaaaaaaaaa!!"
Dia terjerit lalu berpaling untuk turun semula ke tingkat bawah namun entah bagaimana kerusi rotan itu telah muncul menghalangnya di tangga sambil terus berhayun-hayun.
Jeritan Husna memecah suasana. Dia jatuh ke lantai dan merangkak-rangkak dalam darah.
******
"Aaaaaaaa! tolong! Tolonglah! lepaskan aku keluar dari rumah ni!"
Husna terpekik-terlolong kuat di dalam kelas sampai-sampai dia tergolek jatuh dari kerusi dan terus merangkak-rangkak atas lantai.
Kecoh satu kelas!
"Husna! awak dah kenapa ni? Mengigau ke?"Puan Azura dan beberapa murid lain menggoncangkan tubuh gadis itu hingga dia tersedar.
"Hm..tidurlah lagi waktu saya tengah mengajar ya Husna"tegas Puan Azura.
"Maaf..maafkan saya cikgu.."balas Husna dengan wajah kebingungan. Lebih parah lagi kain nya basah lencun.
"Eh bau hancing je ni..awak terkencing dalam kain ke?"kata cikgu Azura sebelum di sambut ketawa oleh murid-murid lain. Ada yang siap tepuk-tepuk meja.
Yang pasti Maira juga terhenjut-henjut tertawa dek lucu mengenangkan nasib Husna yang kurang baik.
"Sori cikgu..sori"
"Sudah pergilah cuci kain tu. Mop lantai sekali"
Ketawa murid-murid lain masih sahut-menyahut. Maira menoleh ke belakang kelas dan mendapati Dahlia sedang duduk goyang kaki di atas sebuah meja lebihan yang kosong sambil ketawa menekup mulut.
KETIKA sudah tamat waktu persekolahan. Maira tidak terus pulang. Dia berjalan menuju ke garden sekolah. Gara-gara kelakuannya yang gemar bercakap sorang-sorang itu bukan saja telah di ketahui oleh murid sekelas,malah sampai ke pengetuan guru kelasnya Puan Azura. Jadi guru kelasnya itu ingin berjumpa dengannya lepas habis waktu persekolahan nanti.
Ketika tiba di garden sekolah,di lihatnya Puan Azura sudah lebih awal menunggu sambil duduk di bangku bawah sebatang pokok yang besar dan redup sambil bercakap dengan seseorang melalui telefon pintarnya. Guru wanita itu langsung tidak sedar yang Maira sudah muncul dari arah belakangnya dan terus berbual di telefon.
"Well..malam ni jadi ke?..husband i pun tengah*outstation*ni..line clear sangatlah kan..muah rindu kat you tau..boleh i bawa anak kecik i sekali tak? pssst..hotel tu selamat ke? Aaa okey..okey..jadi eh?"
Tak lama kemudiaan perbualan telefon itu pun tamat. Puan Azura menyimpan telefon pintarnya ke dalam beg sambil melilaukan pandangan sebelum menyedari Maira sudah tercegat di belakangnya.
"Eh? bila Maira sampai? Cikgu tak perasan pun..meh duduklah sini"pelawa guru terbabit.
Maira pun duduk di sebelahnya.
"Saya dapat aduan dari rakan-rakan sekelas awak..mereka kata selalu nampak awak bercakap sorang-sorang betul ke Humaira?"tanya Puan Azura.
"Saya cakap dengan kawan saya"balasnya.
"Kalau kawan mana dia?"
"Tu! kat sebelah cikgu"
Guru itu pun menoleh ke sisi sebelah kirinya. Tiada sesiapa.
"Awak janganlah main-main Maira..cakap betul-betul ya..ini dah banyak sangat aduan saya terima bukan saja dari kawan sekelas awak,malah dari guru lain termasuk pak Mat tukang kebun sekolah"
"Betullah..Dahlia duduk kat sebelah cikgu"
Berkerut dahi cikgu Azura.
"Haih awak ni..cikgu serius ni..opocot!"
Tiba-tiba guru wanita itu berasa sebelah pehanya di tepuk seseorang,walhal tiada sesiapa pun di situ selain dia dan Maira.
"Hikhikhik"Maira tertawa lucu.
Guru kelasnya masih menganga kebingungan.
"Kenapa awak ketawa Maira?"
"Dahlia yang tepuk tadi"
"Susah saya nak percaya. Kalau betul suruh dia.."
PAPP
Kali ini sanggul tinggi tudung yang di pakai oleh cikgu Azura pula rasa seperti di cepuk.
"Omakkau!"
GULP!
Cikgu Azura teguk air liur. Sedikit sebanyak dia mulai percaya kata-kata Maira.
"Adakah kawan awak tu halimunan?"
Maira mengangguk.
Tak bertangguh cikgu perempuan itu capai beg tangannya.
"Tak apa..awak boleh pulang sekarang..nanti saya jumpa dengan ibu awak je"
Bergegas cikgu Azura pergi sambil tertoleh-toleh ke arah garden dengan wajah bingung. Maira tersenyum sambil melambai.
... BERSAMBUNG...
Share this novel