9.Sahabat Misteri

Horror & Thriller Series 5227

KETIKA perut sudah berasa lapar,Maira pun keluar dari rumah kotej dan berjalan di halaman yang tidak terurus dek rumput lalang yang tumbuh memanjang dan liar. Gadis misteri yang muncul tadi hanya duduk di tangga anjung melihat kepadanya.

Meskipun Maira berasa amat senang untuk tinggal dan menghuni di situ namun soal mencari makanan dan minuman masih menjadi suatu permasalahan bagi seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun sepertinya.

Akhirnya dia pun duduk sekali di tangga anjung dengan gadis misteri itu sambil merintih kelaparan. Timbul juga penyesalan dalam dirinya kerana keseronokkan dapat pulang ke rumah itu tidaklah bererti segala keperluannya juga akan di penuhi dengan lancar. Dia masih lagi harus bergantung kepada ibu dan ayah angkatnya dalam perkara-perkara lain.

Cahaya mentari membuat mata gadis itu sedikit silau di tambah rasa lapar yang memberontak hampir membuatkan Maira berasa hendak pitam. Gadis itu terbaring di lantai anjung dengan pandangannya mulai berpinar.

Gadis misteri itu duduk bersila di samping Maira sambil membelai rambutnya.

"Maaflah Maira..aku tak dapat nak tolong kau carikan makanan"

"Tak apalah. Biar aku tidur je kot"balas Maira.

Namun mujur tak lama dia terlelap di situ,kereta yang di naiki oleh ibu angkatnya Radziah dan suami pun tiba.

"Maira!"

Suami isteri itu menarik nafas lega setelah menemui Maira lalu berlari masuk ke dalam halaman rumah dan menerpa ke arah anjung di mana gadis itu sedang terbaring.

"Mama..Maira laparlah"suara gadis itu agak lemah namun cukup memukul rasa keibuan Radziah. Dia menangis kesyukuran sambil memeluk erat tubuh Maira.

"Kesian anak mama lapar..kita balik rumah ya sayang..mama akan masak yang sedap-sedap untuk sayang mama"

Maira akur dan mengangguk.

Arman masuk ke rumah lalu mengambil semula beg dan barangan Maira. Mereka pun pulang.


-----------------------------------

HARI,minggu dan bulan terus berlalu. Segalanya kembali ke sediakala. Maira pun tidak berhajat lagi untuk lari dari rumah. Lambat-laun gadis itu pun sudah boleh menerima ketegasan ibu dan ayah angkatnya dalam hal membatasi minatnya menonton rancangan atau filem berunsur ngeri dan ganas.

Radziah dan Arman benar-benar menarik nafas lega dengan sikap Maira. Mungkin juga ada hikmahnya bila Maira mengambil keputusan untuk lari dari rumah tempoh hari yang mana akhirnya gadis kecil itu mempelajari suatu nilai di mana ibu dan ayah angkatnya masih lagi menjadi tempat pergantungannya.


______________________________

Pada hujung minggu itu, sebuah lori dari kedai menjual basikal tiba di rumah keluarga empat beranak itu. Maira yang beriya-iya hendakkan sebuah basikal. Katanya dia dah punya rakan yang gemar berbasikal. Arman dan Radziah cukup gembira dengan perkembangan terbaru itu. Mereka melihat Maira sudah mula mahu berkawan dan membuat aktiviti di luar rumah. Jadi mereka pun amat berbesar hati membelikan Maira sebuah basikal.

Suami isteri itu percaya Maira masih boleh di lentur keperibadiannya agar menjadi gadis normal yang aktif,ceria dan periang sepertimana gadis-gadis lain sebaya dengannya. Mereka juga percaya genetik 'hitam' yang mengalir dalam tubuh Maira pastinya boleh di singkirkan asalkan gadis itu di bimbing dan di bentuk tumbesarannya dengan nilai-nilai kebaikkan.

"Maira..ni mama ada siapkan bekal makanan dan minuman yang Maira minta. Nanti lapar makanlah dengan kawan basikal Maira tu ya?"kata Radziah sambil memasukkan bungkusan plastik itu ke dalam bakul basikal Maira.

"Terima kasih mama. Maira minta diri dulu. Kawan Maira pun dah tunggu tu"kata Maira sambil tunjuk di suatu arah dekat seberang jalan.

Radziah menoleh ke arah yang di tunjukkan sebelum berkerut dahi.

"Mana kawan Maira tu? Mama tak nampak pun"

Maira ketawa-ketawa je.

"Dia pemalu sikit dengan mama. Maira pergi dulu ma..bye"

"Hati-hati mengayuh basikal tu"pesan Radziah sambil tercegat di pintu pagar dan melambai. Ketika kelibat Maira sudah jauh dan hilang dari pandangan,Radziah masih tergaru-garu kepala kebingungan. Sahabat basikal Maira itu tidak pula kelihatan di matanya.

"Eh hairannya..tak ada nampak pun kawan Maira tu..atau maira bergurau je tadi?"Radziah menggeleng kepala lalu sambung menyapu sampah di hadapan rumah.

PETANG tu cuaca sedikit mendung. Maira mengayuh basikal nya lebih deras agar cepat sampai di rumah. Rambutnya terbuai-buai di tiup angin. Dari jam sepuluh pagi tadi lagi dia keluar berbasikal dan tidak pulang-pulang ke rumah. Sekarang sudah pukul empat petang. Mujurlah rumahnya sudah dekat.

"Esok kita pergi sana lagi ya Maira? Kalau boleh kita bermalam lah kat situ. Nanti kita boleh bermain-main sepuasnya"kata sahabatnya yang berbasikal di sisi.

"Entahlah Dahlia.."

"Entah? kenapa..kau takut ke?"

"Taklah..cuma malam nanti kat sana gelaplah"

"Bawaklah lampu, lilin dan pemetik api"

"Nanti mama aku marah"

"Tapi mama kau bukannya ibu kandung kau"

Maira diam dan terus mengayuh sehinggalah dia tiba di hadapan pagar. Ibu angkatnya sedang mengangkat kain baju di jemuran.

"Kenapa lambat balik rumah? Maira pergi mana je tadi?"tanya Radziah.

"Pergi rumah kawan"balas Maira sambil menyorong basikalnya masuk.

MALAM tu sebelum masuk ke bilik untuk tidur,Radziah pun pergilah ke bilik Maira. Baru dia hendak membuka pintu bilik tu tiba-tiba dia terdengar suara Maira sedang bergelak ketawa dan seperti berbual-bual dengan seseorang.

Berkerut dahi Radziah. Setahunya Maira tidak ada membawa rakannya datang ke rumah. Malah tak pernah walau sekali pun Maira membawa sahabatnya datang bertandang.

Pintu di ketuk sebelum Radziah membuka pintu bilik itu. Di lihatnya Maira sedang duduk-duduk melunjur di katilnya sendirian sambil bermain dengan anak patung. Tiada orang lain dalam bilik tu.

"Maira cakap dengan siapa tadi?"

"Dengan kawan"balas gadis itu mudah.

"Siapa kawan Maira tu? Mana dia? tak ada pun.."

"Kawan basikal Maira"

Berkerut dahi Radziah. Kalau nak kata Maira bercakap melalui telefon,dia tidak pernah membelikan gadis itu henfon.

Radziah pun masuk lalu melabuhkan punggungnya di tepi katil anak angkatnya itu.

"Kawan basikal Maira tu tinggal kat mana?"

"Tinggal dengan kitalah"

"Maksud maira dia tinggal kat rumah ni?"

Maira mengangguk-angguk.

"Habis tu mana dia?"

"Tu"

Maira tunjuk ke arah kerusi meja tulisnya. Radziah pun menoleh.

Tiada sesiapa.

Akhirnya Radziah membuat andaian mudah bahawa Maira barangkali bercakap dengan anak patung kesayangannya yang di anggap sebagai sahabat imaginasi kanak-kanaknya.

"Sudahlah..Maira tidurlah ya..dah nak lewat malam ni"

Maira pun berbaring sementara Radziah menarikkan selimut untuknya. Lampu tidur pun di buka.

Ketika ibu angkatnya telah beredar,Maira pun menoleh ke kerusi di meja belajarnya. Seorang gadis dengan wajah putih,sejuk dan pucat bagaikan tiada darah dalam tubuhnya sedang duduk berpeluk tubuh dan goyang kaki. Gadis yang Maira panggil sebagai Dahlia itu memakai gaun kanak-kanak yang di penuhi darah.

"Pssst...mama kau dah keluar..jomlah kita sambung main macam tadi"kata Dahlia.

Maira tersengih sebelum membongkar selimut dan duduk bersila di atas katil. Dahlia pun duduk sekali di katil. Mereka pun bermain tepuk-tepuk sambil bernyanyi..

*Pok amai..amai...*

*Belalang kupu-kupu..*

*Tepuk adik pandai...*

*Belanja minum susu..*


------------------------------------------------

PAGI tu Arman sudah bersiap segak hendak pergi kerja. Lelaki itu bekerja sebagai pegawai di sebuah bank. Dia pun turun ke dapur melihat isterinya sedang sibuk menyediakan sarapan. Bau harum nasi goreng yang di masak oleh Radziah benar-benar membangkitkan selera dan rasa lapar. Maira sudah duduk di meja makan lebih awal.

Baru saja lelaki bercermin mata itu hendak melabuhkan punggungnya di kerusi,Maira tiba-tiba mencegahnya.

"Eh uncle tak boleh duduk kat kerusi tu''

"Haa? Kenapa pulak Maira?"tanya Arman sambil pegang cermin mata dan menoleh ke bangku tersebut. Di lihatnya tiada apa pun atas kerusi tu.

"Dahlia duduk situ. Nanti penyek pulak dia kena duduk dengan uncle"

Berkerut dahi Arman.

"Dahlia? Dahlia tu siapa?"

"Kawan Mairalah"

"Mana dia? tak ada siapa pun kat meja ni selain kita"

Radziah datang ke meja dengan semangkuk hidangan nasi goreng yang baru di masaknya.

"Kenapa bi? Ada apa?"

"Entah..Maira tak kasi abang duduk kat kerusi yang satu ni..dia kata kawan dia nama Dahlia dah duduk situ"

Radziah tidak terkejut sangat kerana dia telah lebih dulu di 'perkenalkan' oleh Maira dengan 'sahabat' imaginasinya itu.

"Pssst..Dahlia tu nama anak patung kesayangan Maira"bisik Radziah.

"Ohh iye ke..okey..okey..uncle tak jadi duduk kat bangku tu"

Maira tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience