MALAM kian larut. Radziah dan suami baru saja usai berasmara. Arman terus terlelap dan berdengkur. Radziah masih belum berasa mengantuk. Lagipun tekaknya haus. Setelah menyarung kembali pijama tidurnya,Radziah pun pergi melihat-lihatkan bayinya Irfan yang sudah nyenyak tidur di katil buat seketika sebelum keluar dari bilik.
Ketika turun ke tingkat bawah,di lihatnya Maira sedang leka menonton televisyen di ruang tamu.
"Maira tak tidur lagi ke sayang? Dah lewat malam ni kan?"
"Belum mengantuk. Lagipun esok cuti"balas Maira.
Radziah biarkan saja anak angkatnya itu terus menonton sementara dia berlalu ke dapur. Setelah membancuh secawan air milo panas,Radziah pun kembali semula ke ruang tamu dan duduk di sofa untuk menonton sekali bersama Maira.
Entah apa judulnya filem yang sedang di tayangkan itu Radziah kurang pasti pula. Namun paparan adegannya sungguh ngeri dan kurang menyenangkan. Beberapa kali juga dia terpaksa memejamkan mata atau mengalihkan pandangan ke lain di saat babak yang agak kejam dan tidak berperikemanusiaan di mainkan. Antaranya ialah babak seorang wanita di kelar lehernya sebelum perutnya di toreh lalu usus-ususnya di tarik keluar bersama limpahan darah.
Yang menghairankan Radziah ialah Maira tampak begitu fokus dan amat senang menonton babak sebegitu.
Walaubagaimanapun Radziah merasakan filem ngeri keterlaluan sebegitu agak kurang wajar untuk di tonton oleh kanak-kanak.
"Maira tak nak tengok filem lain ke? tak ngeri ke tengok cerita macam ni? Nanti tak boleh tidur malam pulak di buatnya"ujar Radziah.
Pertanyaan itu tidak di jawab. Sebaliknya Maira terus leka menonton. Akhirnya Radziah terpaksa membiarkan saja. Dia pun kembali semula ke bilik tidur.
_________________________________
SETELAH memakirkan keretanya di kawasaan parkir sekolah rendah itu,Radziah pun melompat turun dan berjalan menuju ke bilik guru. Hatinya kurang sedap setelah mendapat panggilan dari Puan Azura iaitu guru kelas Maira. Guru terbabit ingin berjumpa dengannya dan berbincang sedikit perihal berkaitan Maira.
"Kenapa dengan anak saya cikgu? Dia ada buat nakal ke kat sekolah? Atau main-main sewaktu belajar?"tanya Radziah.
"Begini Puan..sebenarnya Maira seorang murid yang pintar. Keputusan peperiksaannya pun bagus,cuma..."
"Cuma apa tu cikgu?"
"Saya fikir Maira suka menyendiri dan dia tak berapa bergaul dengan murid-murid lain. Malah rakan-rakan sekelasnya juga mengadu pada saya yang Maira sering bersikap dingin dan tidak mesra. Adakah dia mempunyai apa-apa masalah di rumah?"
"Kat rumah pun dia macam tu juga cikgu. Suka menyendiri dan berkurung dalam bilik. Dia tak suka keluar rumah atau merayau tak tentu arah. Saya juga dah beberapa kali menasihatinya agar keluar dan berkawan sepertimana kanak-kanak lainnya,tapi nasihat saya tu ibarat mencurah air ke daun keladi je cikgu"
Puan Azura mengangguk-angguk sebelum mengajak Radziah ke bilik seni di mana hasil kerja seni murid-murid sekolah ada di simpan di situ.
Bilik seni itu letaknya di hujung deretan blok. Radziah dan Puan Azura berjalan kaki ke sana sambil berbual.
Keletuk..keletak..keletuk..keletak bunyi tapak sandal tumit tinggi yang di pakai oleh cikgu wanita itu. Kebaya modennya agak ketat di bahagian punggung. Radziah yang berjalan di belakangnya sampai terpaksa mengalih pandangan ke lain.
"Eh jauh jugak ya letaknya bilik seni ni cikgu? sunyi dan bersebelah pulak dengan hutan"kata Radizah ketika mereka telah tiba di bilik tersebut.
Ada sebuah tilam spring tersandar di dinding bilik itu.
"Aah jauh Puan..mungkin letih sikit kaki nak berjalan kemari..bilik ni biasa di guna oleh guru dan pelajar kesenian. Bilik hujung macam ni agak jauh dari kebisingan..so agak membantulah dalam memberi inspirasi seni.."kata Cikgu Azura.
"Tilam spring ni untuk apa je cikgu?"tanya Radziah.
"Itu di guna buat menjemur lukisan bercat basah. Lagipun tilam besar ni mudah nak di alih atau jemur di mana-mana kan"
"Ouh.."
"Kenapa Puan tanya?"Cikgu Azura tersenyum sambil angkat kening.
"Tak ada apa..saja tanya"
"Err Puan tolong saya ikatkan simpulan kat belakang saya ni"pinta Cikgu Azura sambil membetul-aturkan tudung sanggul tingginya.
Radziah pun membantu mengikat tali simpulan di belakang pinggang kebaya moden ketat Cikgu Azura. Fesyen tudung sanggul guru kelas Maira itu hampir membuat Radziah berasa tertarik.
"Mmm tapi bagus jugak bilik hujung ni Puan..sunyi-sepi je kan..tak ada orang lalu-lalang sangat..line clear"kata cikgu Azura separa berbisik dan mengenyit mata nakal sambil tepuk ke permukaan tilam spring yang menyandar ke dinding itu.
Raziah tersenyum. Langsung dia berminat dengan kegedikkan cikgu Azura.
Mereka pun masuk ke bilik tersebut sebelum Puan Azura membawa beberapa keping kertas lukisan hasil kerja seni Maira lalu di tunjukkan kepada Radziah.
"Nah,Puan Radziah tengoklah sendiri kesemua lukisan yang di buat oleh Humaira"
Setiap kepingan lukisan itu di belek oleh Radizah satu persatu. Dahinya mulai berkerut.
"Eh betul ke Maira yang lukis semua ni cikgu? kenapa seram sangat lukisan-lukisan ni?"soal Radziah bagai tidak percaya.
"Betul Puan..guru kelas lukisannya yang adukan kepada saya perihal semua hasil kerja seni Humaira ni. Dia pun dah pening kepala dan berbuih mulut menasihati Maira agar melukis benda selain gambar-gambar yang menyeramkan ni,tapi anak puan tetap terus berdegil"
Radziah menekup mulut dengan mata terbeliak. Di antara lukisan itu ada gambar orang yang di penggal kepala,di tikam dengan pisau,gambar tengkorak-tengkorak yang bersusun,juga gambar orang yang di robek usus perutnya hingga terkeluar bersama limpahan darah.
"Adalah amat aneh dan pelik bagi seorang kanak-kanak perempuan berumur sepuluh tahun seperti Maira untuk berasa tertarik dengan hal-hal ngeri semacam ni Puan"ujar Puan Azura.
"Aduh..mungkin salah saya jugak cikgu. Saya tak pernah pantau tentang apa yang di lukisnya selama ini. Lewat malam hari tu saya ada turun ke ruang tamu dan lihat Maira sedang menonton filem*horror*yang memaparkan adegan ngeri-sengeri apa yang dia lukiskan ni"kata Radziah kesal sambil menggeleng dan memicit kepala.
_____________________________________
LEPAS habis urusan bertemu dengan guru kelas Maira di sekolah,Radziah terus memandu pulang ke rumah. Dia akan memberitahukan perihal Maira kepada suaminya nanti.
Ketika kereta Radziah tiba di rumah,di lihatnya jiran sebelah dan anak-anaknya sedang berkerumun di luar pagar.
"Eh kenapa tu Kak Midah? apa halnya?"tegur Radziah sejurus keluar dari kereta dan menghampiri jirannya.
"Akak baru marahkan budak-budak ni tadi Ziah..anak kucing yang akak bela habis mati di penggal kepala. Nah,awak tengoklah sendiri Ziah.."kata Kak Midah sambil tunjukkan mayat anak kucing yang sudah di bungkusnya.
"Auchh...ngerinya"Radziah memalingkan wajahnya dek gerun melihatkan bangkai kucing yang hanya tinggal badan tapi kepalanya sudah hilang entah ke mana itu.
Kak Midah masih membebel memarahi anak-anaknya.
"Mengakulah kat mak sekarang..siapa yang lakukan perkara zalim macam ni? Aris? Kamal? Ifah? berdosa tau tak kamu menzalimi haiwan"wanita itu bercekak pinggang dengan wajah merah padam.
"Kami tak buat mak..sumpah kami tak lakukan perkara yang kejam macam ni. Kami pun sayangkan anak kucing tu. Mungkin orang luar punya kerja kot. Kan anak kucing ni selalu merayau ke luar"anak-anak kak Midah yang tiga orang itu menafi.
"Sabarlah ya Kak Midah..perkara pun dah jadi"Radziah cuba mententeramkan jirannya itu.
------------------------------------
MALAM tu di saat Maira sudah masuk ke bilik dan tidur lebih awal,Radziah pun memberitahukan perihal pertemuannya dengan guru kelas Maira siang tadi.
"Bi rasa patut ke kita pantau sikit rancangan-rancangan televisyen yang Maira selalu tonton? Sebab ayang rasa Maira terpengaruh dari filem-filem seram yang dia tonton kat tv lewat-lewat malam tu kot"kata Radziah.
"Baiklah..kita nasihatkan dia secara baik-baik. Kita kena beritahu kat dia bahawa filem-filem ganas sebegitu tak wajar di tonton oleh kanak-kanak bawah umur,bimbang akan mempengaruhi pemikiran dan perbuatannya nanti"kata Arman.
Pasangan itu pun sepakat menasihati Maira,akan tetapi gadis itu tetap berdegil. Di kala waktu lewat malam saat Arman dan Radziah sudah masuk ke bilik,Maira pun turun ke ruang tamu dan menonton filem seram*horror*ganas yang menjadi kegemarannya.
Radziah dan suami tidak mampu menghalangnya kerana bimbang Maira akan tersalah faham dan menuduh mereka mahu menyekat kehidupannya pula nanti. Akhirnya mereka terpaksa beralah dan membiarkan sahaja. Namun hal itu tidak lama sebelum pasangan suami isteri itu terpaksa juga mengubah fikiran kerana Radziah menjumpai sesuatu yang amat mencurigakan dan malah mengerikan di dalam laci meja bilik tidur maira.
Apakah yang telah di temui oleh Radziah?
Share this novel