22.Sampul Misteri

Horror & Thriller Series 5227

KAWASAN padang itu sedang di tinjau oleh sekumpulan anggota polis. Penduduk sekitar pun ramai yang datang berkerumun hendak melihat sejak kes kehilangan Izad mulai gempar. Anjing pengesan turut di bawa ke tempat kejadian. Pada mulanya haiwan itu berjaya menghidu bau jejak Izad di sepanjang tanah dan rumput di mana dia di seret oleh Maira ketika pengsan,namun segalanya berakhir di suatu sudut bahu jalan.

Pihak polis meneliti di sudut berkenaan dan menemui kesan tayar lalu membuat kesimpulan bahawa Izad telah di larikan oleh si penculik itu dengan menaiki sebuah kenderaan.

"Habis tu macam mana Tuan inspektor?"tanya Pak Abu kepada pegawai polis yang mengetuai pencarian itu. Isterinya Radziah asyik menangis sahaja sehingga terpaksa di tenangkan oleh beberapa penduduk wanita.

"Bawa bertenang Pak Abu. Pihak kami akan menggiatkan lagi usaha menjejak Izad. Harap bersabar"


--------------------------------

IZAD baru terjaga dari pengsannya. Budak lelaki itu mendapati dirinya sedang duduk di bangku dalam keadaan kedua tangan diikat dekat belakang dan mulut pula di sumbat kain dan di tampal dengan plaster.

"Uuuu!...uuuuuuuu!!"

Izad meronta-ronta cuba melepaskan dirinya namun sia-sia. Dia sedang berada dalam sebuah bilik yang di penuhi dengan lukisan-lukisan cat air. Pipinya lebam di lempang oleh Maira sehingga dia pengsan tadi. Air matanya mengalir. Dia sedih dan tertanya-tanya apakah punca wanita muda yang telah di anggapnya seperti kakak sulung angkat itu sanggup memukul,menculik dan melempangnya sampai sebegitu sekali? Apakah salah yang telah di perbuatnya?

Dalam banyak-banyak lukisan kanvas yang ada dalam bilik itu,Izad perasan salah satunya adalah lukisan gambar familinya yang di lakar oleh Aira ketika pergi berkelah di Bukit Sedingin tempoh hari.

Dia juga perasan ada sebatang panah papan dart terpacak tepat pada gambarnya dalam lukisan tersebut. Apakah maksudnya itu? Dia tertanya-tanya adakah Aira akan membunuhnya?

Tiba-tiba pintu bilik itu pun terbuka. Maira muncul dan berdiri tercegat dari luar pintu memandang kepada Izad sambil bercakap dengan seseorang melalui telefon pintar.

"Apa? jadi pihak polis belum berjaya menjejak keberadaan Izad? harap kak Ziah dengan Pak Abu terus tabah dan bersabarlah ya. Sama-samalah kita doakan agar Izad di temui semula. Hm,baiklah kak. Nanti apa-apa hal saya datang ke kedai esok"

Panggilan pun berakhir.

Maira tersengih dan menyimpan henfonnya ke dalam poket.

"Kesian mama dan ayah kau sedang bersedih di atas kehilangan kau Izad..hahaha"kata Maira sambil tertawa.

Izad terus meronta. Dia tahu wanita pelukis muda itu baru saja habis bercakap dengan ibunya Radziah. Mahu saja dia menjerit sekuat hati agar mamanya tahu bahawa Aira itulah yang menculiknya,tapi apakandaya..mulutnya telah di sumbat dan bertampal dengan plaster.

Maira melangkah masuk ke dalam bilik itu dan berdiri di hadapan bangku yang sedang di duduki oleh Izad.

"Hahahaha tak ada guna kau meronta dan menjerit wahai budak Izad. Hm..mesti kau tertanya-tanya kan kenapa aku culik kau? Kau nak tau tak?"

Izad mengangguk-angguk.

Aira keluar sebentar dari bilik sebelum datang semula dengan beberapa keping foto lalu di tunjukkannya pada budak itu. Ia adalah gambar Maira ketika berusia sepuluh tahun bersama mama angkatnya Radziah,Arman dan baby Irfan.

"Nah kau tengok dalam gambar foto ni. Kau mesti cam kan siapa perempuan yang sedang dukung baby tu?"

Izad menatap ke foto tersebut dan berkerut sebelum mengangguk. Amat jelas gambar wanita yang di maksudkan itu ialah ibunya sendiri iaitu Radziah.

"Lelaki dewasa bercermin mata tu Arman,suami lama mama kau. Dan bayi kecil tu Irfan anak mereka. Agak-agak kau siapa gadis kecil tu?"tanya Maira.

Izad menatap lama. Akhirnya dia menggeleng kepala tanda tidak tahu.

"Budak bodoh! biar aku bagitahu kau sekarang..gadis kecil tu lah aku. Mama kau adalah ibu angkat yang bela aku sejak kecil. Dulu aku hidup bahagia bersama mama sehinggalah dia berkahwin dengan Arman dan dapat bayi. Kebahagiaan itu mulai hilang. Aku ingatkan lepas Arman dan Irfan tu mati,dapatlah aku nak hidup bahagia semula dengan mama macam dulu-dulu balik,namun kelahiran engkau pulak telah meragut kebahagian tu dari hidup aku sekali lagi. Mama terus abaikan aku..bukan sekejap...sepuluh tahun tau tak! Sepuluh tahun!"jerit Maira.

Izad terus menangis tersedu-sedan. Dia baru tahu rupanya ibunya pernah ada suami dan anak lain sebelum dia lahir ke dunia. Dan wanita muda yang di panggilnya sebagai Kak Aira itu pula adalah anak angkat ibunya suatu ketika yang lalu.

ZAPP!

Aira pun merentap plaster dari mulut Izad.

"Nah cakaplah!"

"Habis tu kak Aira nak buat apa je kat Izad?"


"Habis tu kau fikir apa yang patut aku buat pada seseorang yang telah merampas kebahagiaan orang lain hah?!"

"Ta..tapi ini bukan salah Izad"kata Izad teresak-esak.

"Aku nak mama kau berasa kesal dan kecewa atas perbuatan dia mengabaikan aku dulu. Agaknya dia fikir aku akan meringkuk sepanjang hayat kat dalam penjara dan takkan temui dia lagi..dia memang terlalu naif"


------------------------------------

KEHILANGAN Izad sudah masuk hari ke tiga. Pihak polis masih buntu dalam menjejaki penculik kanak-kanak itu. Pasaraya mini Pak Abu dah jadi tempat orang berkumpul dan bersembang tentang perkembangan kes culik Izad. Orang tua itu pun sudah naik lelah di asak pertanyaan demi pertanyaan dari pelanggan dan penduduk yang datang.

Radziah pula tidak keluar membantu Pak Abu di kedai. Semangat dan kudratnya hilang dek terlalu sedih dan kerap berendam air mata di atas kehilangan anak lelakinya.


-------------------------------------------

HANYA kira-kira sebulan kemudian di saat pihak berkuasa masih buntu dan keluarga Pak Abu sendiri sudah hampir berputus asa,sebuah sampul misteri mengandungi beberapa keping foto yang di percayai di ambil dengan kamera polaroid telah di hantar ke pasaraya mini Pak Abu.

Ia mengandungi gambar-gambar Izad di sebuah tempat misteri yang tidak di ketahui lokasinya, akan tetapi di percayai berada dalam sebuah bilik,rumah atau bangunan.

Radziah meraung kuat bila melihat foto anak lelakinya sedang terbaring di atas katil bedah pesakit seakan di dalam sebuah klinik atau hospital dalam keadaan tertiarap dan di belakang tubuhnya berbirat-birat merah seperti kesan libasan. Di sampingnya ada banyak peralatan bedah seperti gunting dan pisau.

Di antara foto lainnya ada gambar Izad duduk di kerusi dalam keadaan diikat tangan dan kakinya. Wajahnya cengkung dan kurus. Mata dan bibirnya lebam.

Kemudian foto seterusnya Izad dalam keadaan berdiri sambil memegang manila kad besar bertulis..


*'TOLONG SELAMATKAN SAYA"*


*****

"Aaaaaaaaa!!"

Radziah terjelepok dan meraung-raung kesal. Nurani keibuannya tercalar habis melihatkan kondisi anak tersayang dalam keadaan menyayat hati.

"Ziah..sabar Ziah sabar.."Pak Abu memapah isterinya.

Radziah pengsan.

Pak Abu sendiri tak tertahan air matanya dari keluar. Dia tidak tahu siapakah penculik atau orang gila yang sanggup memperlakukan anak lelakinya yang baru berusia 9 tahun itu sampai sedemikian rupa. Walaubagaimanapun sekurang-kurangnya dia tahu Izad masih hidup.

Sampul berisi gambar foto Izad itu pun di serahkan kepada pihak polis untuk di buat ujian pengesanan cap jari dengan harapan agar si penculik dapat di berkas.

Pihak polis juga giat untuk cuba mengenal pasti di manakah lokasi Izad di kurung berdasarkan gambar-gambar foto berkenaan. Apa yang pasti ruang bilik itu kelihatan seperti dalam klinik lama atau ruang bedah yang agak usang.

Pasukan polis lalu di kerah ke serata pelusuk bangunan hospital kosong atau terbiar kerana mengesyaki penculik itu menyembunyikan Izad di tempat-tempat seperti itu. Walaubagaimanapun usaha itu masih di teruskan kerana belum menemui sebarang hasil.

Pak Abu dan Radziah terpaksa berulang alik ke balai polis hampir setiap hari demi untuk mengetahui hasil perkembangan terkini penyiasatan itu. Apakah masih ada sinar harapan untuk Izad kembali ke pangkuan keluarganya?

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience