Bab 5

Romance Completed 6518

Genap seminggu sudah Siti berkahwin,namun perasaannya tetap sama.Merindui bekas tunangnya walaupun dia cuba untuk mengawalnya kerana dia tahu dia adalah isteri orang yang tidak berhak untuk mencintai mana-mana lelaki selain suaminya.Hari berganti hari,tidak ada apa pun yang berubah.Siti membuka telefon bimbitnya yang sudah lama tidak dibukanya semenjak berkahwin kerana dia tahu didalam itu tersimpan semua memori indah bersama bekas tunangnya dulu.
“Awak tengok apa tu?" tanya Amirul yang tiba-tiba muncul dari belakang
“Tak ada apa,saja buka sebab dah lama tak buka telefon ni" kata Siti sambil menyorokkan sedikit telefon nya

Tiba-tiba Amirul mengambil telefon bimbit milik Siti dan membukanya,dia tidak terkejut melihat gambar Siti dan bekas tunangnya Amirul masih tersimpan didalam telefon itu.Amirul seakan ingin marah terhadap Siti kerana masih menyimpan gambar itu,namun dia berlagak tenang kerana dia tahu jika dia bersikap begitu Siti akan membencinya.
“Awak masih simpan gambar ni?Saya ingatkan awak dah buang"
“Maafkan saya sebab saya masih tak mampu untuk lupakan dia.Tolong beri saya masa""
“Tak apa,ambil masa awak dulu,saya tahu bukan mudah nak lupakan orang yang kita sayang" kata Amirul sambil tersenyum
“Awak marah?" tanya Siti
“Saya kan seorang suami,perasaan cemburu dan marah tu semua memang lah ada dalam hati saya bila isteri saya masih teringatkan orang lain selain saya tapi tak apa.Kalau bukan sebab saya,pakcik Amin mesti takkan paksa awak dan suruh awak putuskan tali pertunangan awak dan Shah haritu"
“Memang susah saya nak terima hakikat,semua ni berlaku tanpa dirancang dan saya secara jujurnya belum dapat terima awak dalam hidup saya" kata Siti lantas berlalu pergi ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience