next..

Romance Completed 6518

Bibir Amirul terasa sakit,bibirnya sedikit berdarah selepas menerima dua tumbukan daripada Shah tadi.Siti hanya berdiam diri.Amirul mula membuka mulut

“Sebenarnya saya dan Aira telah membuat rancangan untuk memburukkan Shah dihadapan Siti supaya dia benci dengan Shah.Semuanya terbongkar selepas Siti membuka telefon saya kerana Aira menghantar teks memberitahu tentang rancangan kami.Siti menjadi marah dan tidak mengendahkan saya seharian.Esok nya Siti sudah tiada ditempat tidur,pakaian semua dia bawa pergi.Ya,semua ni salah saya.Saya penyebab Siti keluar dari rumah,maafkan saya" jelas Amirul

“Jadi kau yang buat angkara ya?"kata Shah lalu menghampiri Amirul namun dihalang oleh pakcik Jufri
“Ya,memang aku.Aku sedar kesilapan aku"katanya lagi
“Aku nak kau minta maaf dekat Siti atau kau nak aku buat kau menyesal seumur hidup?" tengking Shah kepada Amirul

Amirul duduk disebelah Siti,dia memegang tangan isterinya itu.Seperti biasa,Siti akan menepis.Tapi kali ini Amirul menggenggam kuat tangan Siti.

“Awak,saya nak minta maaf sebab dah buat macam ni dekat awak.Seharusnya saya usaha untuk dapatkan hati awak bukan buat macam tu dekat awak.Awak maafkan saya,please?" rayu Amirul

Nur yang duduk disebelah kanan Siti tersenyum memberitahu supaya memaafkan Amirul.

“Baiklah,saya maafkan awak" jawab Siti setelah dipujuk oleh Nur

“Siti,tak lama lagi awak dah nak jadi makcik tau" usik Shah sambil tersenyum
“Maksud awak?" soal Siti yang tidak dapat menangkap maksud kata-kata Shah itu
“Kalau awak nak tahu,kak Nur dah mengandung tau" ujar Shah lagi

Mendengar berita gembira itu,Siti terus memeluk Nur kerana baginya itu adalah anugerah yang terindah bagi setiap pasangan suami isteri.Nur gembira kerana kini Siti berada disisinya,seorang adik yang dia sayangi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience