Bab 20

Romance Completed 6518

Sudah beberapa hari berlalu,Siti masih bersikap dingin terhadap suaminya.Tidak mahu mempedulikan Shah,tidak mahu makan,tidak mahu bercakap,selalu termenung dan menangis.Shah sudah buntu tidak tahu apa lagi yang harus dia lakukan.Dia sendiri sedih melihat keadaan Siti seperti itu.Dia hanya ingin Siti pulih dan sembuh.Dia rindu isterinya yang dulu.Seorang yang periang,suka membuat lawak.Kini semuanya hilang gara-gara perbuatan Izzah.

Syarina menjaga Siti semasa Shah pergi bekerja.Dia membantu Siti melakukan beberapa perkara.Siti sudah hampir sembuh namun masih tidak mahu bercakap dengan sesiapa.

Selepas balik dari kerja Shah terus pergi ke rumah Aimil.Dia meminta pertolongan daripada Aimil dan Nur.Nur dan Aimil memberitahu bahawa bulan hadapan adalah hari lahir Siti yang ke-24.Jadi Shah perlu membuat persediaan dan meminta maaf kepada Siti atas apa yang telah berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience