Bab 14

Romance Completed 6518

Kehidupan seorang janda pastinya dianggap serong oleh sesetengah masyarakat.Begitu rendah martabat seorang janda dimata mereka.Kini genaplah dua bulan,Siti bergelar seorang janda.Bukan janda biasa,tapi janda berhias.Siti tinggal bersama Nur selepas bercerai dengan Amirul.

Siti bermain bersama Fatimah,Nur dan Aimil hanya tersenyum melihat kelakuan Siti yang amat menyukai budak itu.Mereka berbual kosong di ruang tamu sambil makan cucur bawang dan kopi ‘o'.

Pintu diketuk..
Aimil membuka pintu.

“Eh Shah,masuk lah.Lama aku tak nampak kau.Kau pergi mana?" soal Aimil
“Aku kerja dekat Miri,ni aku balik terus tau.Aku tak kerja dekat sana lagi" kata Shah sambil tersenyum

Aimil mengajak Shah duduk bersama mereka.

“Minumlah,kau ni.Macam tak biasa pulak" usik Aimil

Melihat Shah yang hanya tersenyum memandang Siti,Aimil dan Nur tersenyum sendiri.

“Ehem,tengok apa tu Shah.Dari tadi tengok Siti aje,kalau cinta tu masih ada didalam hati,jangan tunggu lama-lama" usik Aimil lagi

Mereka ketawa serentak.Itulah masa yang sesuai untuk Shah memberitahu Siti tentang tujuan sebenar dia datang ke rumah itu.Dengan senyuman,Shah bangun dari tempat duduknya dan melutut dihadapan Siti dengan sebentuk cincin.Cincin yang dia beli ketika berada di Miri.

“Awak,adakah awak sudi terima saya balik seperti dulu?" tanya Shah dengan harapan
“Ya,saya sudi terima awak dan menyayangi awak macam dulu" Siti malu dilakukan sedemikian

“Kalau macam tu,awak sudi kahwin dengan saya tak" soal Shah lagi

“Saya sudi" jawapan Siti membuatkan Shah yang tadi berada dihadapan melonjak gembira.

Aimil dan Nur turut gembira melihat mereka berdua gembira.Seharunya itu yang mereka rasai tapi sudah suratan takdir,kini mereka kembali menyemai cinta yang dulunya hanya mampu disimpan dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience