next..

Romance Completed 6518

Pelbagai cara telah dilakukan Amirul untuk mendapatkan hati Siti namun hampa,Siti seakan tidak menghiraukannya malahan selalu mengelak daripadanya.
“Kenapa saya tengok awak selalu mengelak daripada saya?" tanya Amirul
“Saya...."
“Kenapa dengan awak?Awak sakit ke?"
“Tak,saya sihat cuma saya nak bersendirian"
“Kalau awak ada apa-apa masalah,awak kongsi dengan saya mana tahu saya boleh bantu awak.Jangan berdiam diri macam ni,risau saya"
“Awak tak payah lah nak risau,saya tahu macam mana nak uruskan hidup saya"
“Saya nak tanya awak,awak memang tak ada perasaan dekat saya ke tak walaupun sedikit?"
“Kan saya dah cakap,saya belum mampu untuk terima awak,tolonglah faham saya"
“Yang lain saya boleh terima,tapi yang saya tak faham sekarang perlu ke awak simpan gambar bekas tunang awak tu,awak tahu tak berdosa simpan gambar lelaki lain padahal saya ni suami awak yang sah,awak sedar tak Siti?!" tegas Amirul yang sedang menahan amarah dan cemburunya dalam satu masa
“Kalau bukan sebab awak semua ni takkan berlaku lah,ini semua berlaku berpunca dari awak tahu tak?Awak ingat senang ke saya nak terima awak selepas apa yang berlaku?" jawab Siti sambil mengusap air matanya

Amirul tersedar bahawa kata-katanya tadi telah mengguris perasaan Siti hingga membuatkan Siti menangis.
“Awak,saya minta maaf sebab tinggi suara dekat awak" rayu Amirul
“Kenapa awak tak faham yang saya ni belum mampu nak lupakan dia?"
“Maafkan saya,saya janji takkan tinggi suara dekat awak lagi" pujuk Amirul lagi apabila melihat Siti menangis teresak-esak

Amirul memujuk Siti yang menangis sehingga tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience