next..

Romance Completed 6518

Sebaik sahaja tiba dirumah,Amirul terus masuk ke dalam bilik dan mengambil tualanya kerana hendak pergi mandi.Seluruh badannya terasa panas.Dia meninggalkan telefonnya diatas meja.
Notifikasi whatsapp berbunyi menandakan ada teks yang diterima dari seseorang.Siti membuka telefon bimbit milik Amirul dan melihat siapakah yang menghantar teks kepada suaminya itu.

Daripada:Aira

‘Abang,macam mana dengan upah Aira haritu.Penat Aira berlakon depan Siti masa majlis perkahwinan Nur haritu macam yang abang suruh,takkan lah tak bagi upah.Lagipun abang yang suruh Aira dapatkan perhatian Shah dan hasut dia untuk benci Siti kan'

Terasa seakan dirobek hatinya ketika itu.Amirul yang telah selesai mandi terus masuk ke dalam bilik dan melihat Siti sedang memegang telefon miliknya dengan wajah yang merah menahan marah.Dia tahu isterinya itu telah membaca segala perbualannya dan Aira dan apa yang mereka telah rancangkan.Amirul cuba menenangkan Siti dan memujuknya.
“Siti jangan salah faham,ini bukan macam yang awak sangkakan" kata Amirul
“Awak jangan cuba nak menipu saya lagi,saya dah tahu kebenarannya" balas Siti

Telefon Amirul yang berada ditangannya,dibuang ke lantai.Sebaik sahaja berbuat demikian,Siti terus keluar untuk mengelak daripada ditahan oleh Amirul dan mendengar segala kata-katanya.Siti duduk diruang tamu sehingga petang.Dia tidak mengendahkan rayuan Amirul terhadap dirinya,dia terus pergi ke dalam bilik mandi.Usai solat,Siti terus tidur tanpa mempedulikan Amirul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience