Bab 10

Romance Completed 6518

Jam munujukkan pukul sembilan pagi,Amirul menggosok matanya dan melihat Siti tiada disebelahnya.Dia pergi ke dapur,bertanya kepada kakak dan ibunya sama ada melihat Siti atau pun tidak.Namun mereka memberitahu bahawa dari pagi lagi tidak melihat Siti.Dia berfikir mungkin isterinya pergi ke kedai.Lalu dia masuk ke dalam bilik dan membuka almari untuk mengambil baju.Sebaik sahaja membuka almari itu,dia terkejut melihat semua pakaian Siti tiada.Dia bergegas keluar dan melihat selipar dan kasut Siti juga tiada.Amirul memberitahu ibunya bahawa Siti telah keluar membawa semua pakaiannya.Amirul cuba menghubungi Siti,namun Siti gagal dihubungi.Dia pergi ke rumah pakcik Amin dengan segera.

“Assalamualaikum pakcik Amin"
“Waalaikumsalam,hah ada apa kamu ke mari?Siti mana tak ikut sekali?" tanya pakcik Amin
“Siti tak ada dekat rumah pakcik,pakaian dia semua tak ada.Saya syak dia lari ni pakcik" kata Amirul lagi
“Kamu cuba cari dekat rumah Nur kakak dia,mana tahu dia ada dekat sana ataupun kamu pergi rumah keluarga dia" kata pakcik Amin
“Baiklah pakcik,saya minta diri dulu.Assalamualaikum"
“Waalaikumsalam"

Dalam keadaan tergesa-gesa,Amirul masuk ke dalam rumah dan mengambil kunci kereta miliknya.Dia meluncur laju membawa keretanya menuju ke rumah Nur.Sesampai sahaja di rumah Nur,dia terus memberi salam

“Assalamualaikum"
“Waalaikumsalam,hah ada apa Amirul?" tanya Nur
“Siti ada dekat rumah korang ke?" tanya nya lagi
“Eh Siti tak ada dekat sini,kenapa?Siti tak ada dekat rumah ke.Takkan kau tak tahu dia pergi mana,korang kan tinggal sebumbung" kata Nur lagi
“Masalahnya sekarang,dia tak ada dekat rumah masa saya bangun tadi.Pakaian dia semua tak ada,tu yang saya risau.Kot dia lari ke apa" sambung Amirul lagi
“Korang gaduh ke?Sebab Siti tak pernah bersikap macam ni tau" Nur berasa musykil
“Tak,kami tak gaduh pun" Amirul cuba menyembunyikan
“Kau baliklah dulu,nanti kalau dia ada telefon aku.Aku bagitau kat kau"
“Ha yelah,saya balik dulu" katanya sebelum masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi

Amirul mencari Siti dimerata tempat termasuk juga dirumah keluarga Siti.Namun hampa,Siti juga tiada disana.Amirul duduk di dalam kereta kerana kepenatan mencari isterinya.Dia terus memandu balik ke rumah dan bercadang untuk menyambungkan pencarian pada keesokan harinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience