next..

Romance Completed 6518

Semua orang didalam rumah Shah telah pergi ke tempat kerja masing-masing.Makcik Aina dan pamkcik Jufri pula pergi ke rumah pakcik Amin.Hanya Siti dan Izzah sahaja yang berada dirumah ketika itu.

Siti masuk ke dalam bilik air dan menangis.Dia berada selama lebih satu jam didalam bilik air itu.

Izzah yang menyedari Siti masuk ke dalam bilik air,dia berfikir untuk melancarkan rancangan jahatnya.Dia mengambil sedikit minyak dan diletakkan dihadapan pintu bilik air.Dia kemudiannya masuk ke dalam biliknya kembali.

Siti berhenti menangis dan mencuci mukanya.Dia membuka pintu dan melangkah keluar.Tapi malang sekali dia terjatuh kerana tergelincir seperti sesuatu yang licin diletakkan dihadapan pintu itu.Siti menahan perut nya yang sakit,teramat sakit.Badannya separuh berada di luar dan separuh lagi berada dibilik air.Siti melihst banyak darah yang mengalir keluar.Tidak lama kemudian,dia pengsan disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience