Bab 6

Romance Completed 6518

Sinaran matahari dari arah tingkap membuatkan Siti terjaga dari tidurnya dan dia telah melupakan apa yang telah berlaku semalam kerana tidak mahu memanjangkan lagi tentang perkara yang telah berlaku.Dia pergi ke dapur dan ruang tamu namun tiada seorang pun dirumah,Siti ke hairanan ke mana perginya semua orang dalam rumah itu.Tidak lama kemudian Aliff keluar dari bilik air.
“Aliff,mana pergi semua orang dalam rumah ni?"
“Oh mereka pergi beli barang dapur kejap,barang dapur dah nak habis" jawab Aliff sambil tersenyum lalu masuk ke bilik nya.

Seperti biasa apabila selesai mandi,Siti akan menyarungkan kain batik terlebih dahulu sebelum menyarungkan pakaian didalam biliknya.Namun sebaik sahaja dia masuk didalam bilik,dia sedikit terkejut melihat Amirul sedang menukar baju lantas dia mengalihkan pandangan.Amirul yang seakan mengetahui perasaan Siti lantas keluar untuk memberi ruang kepada Siti.
“Ish kenapa lah dia tukar pakaian waktu ni juga" monolog Siti didalam hati lalu segera menyarungkan pakaian nya dengan segera,kang Amirul masuk bilik tak ke naya.

Siti membelek barang dapur yang dibeli sepertinya mereka akan memasak lauk yang banya,kerana bahan yang dibeli sangat macam,dah macam nak buat kenduri doa selamat dah.
“Kak,ni barang dapur banyak ni nak buat apa?Ada kenduri ke?" tanya Siti kepada kakak iparnya.
“Oh ni,nanti ada tetamu datang sebab tu la nak masak banyak"
“Siapa yang nak datang?" tanya Siti
“Nur dan Aimil ,mereka bawak keluarga dorang sekali"

Seakan memahami apa yang difikirkan Siti,kakak ipar nya Ana tersenyum.
“Kamu risau Shah datang sekali ke?"
“Haah kak,saya risau kalau dia datang nanti"
“Shah memang datang sekali nanti,tapi pandai-pandailah kamu "
“Baiklah kak" sambil menolong kak Ana memotong sayur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience