Bab 4

Romance Completed 6518

Petang ini,sunyi sepi dirasai setelah apa yang telah berlaku pada tengahari tadi.Pakcik Amin bangun dari tempat duduk nya dan mencapai telefon bimbit miliknya dan menelefon ayah Shah
“Assalamualaikum,ini Jufri ayah Shah ke?"
“Waalaikumsalam,ye saya siapa ni?"
"Saya Amin,pakcik kepada Siti"
“Oh ada apa ye?"
“Macam ni saya nak bagitahu pertunangan Shah dan Siti diputuskan"
“Tapi kenapa Encik Amin?"
“Begini ceritanya" Pakcik Amin pun bercerita mengenai apa yang telah berlaku
“Oh macam tu,tak apa lah kiranya tak ada jodohlah Shah dengan si Siti ni ye" kata pakcik Jufri lagi
“Haah,saya dah bincang dengan ayah Siti dan mereka pun faham dengan apa yang berlaku,saya minta maaf dengan apa yang terjadi ni"
“Tak apa lah,dah tak ada jodoh nak buat macam mana,mungkin ini sudah suratan takdir mereka berdua" sambung pakcik Jufri lagi

Sejak tali pertunangan diputuskan tiga hari yang lalu,Siti jadi tidak mahu bercakap dengan sesiapa.Apabila ditempat kerja dia selalu tercari-cari Shah,namun hampa kerana Shah tidak ada.Lebih mengejutkan lagi,apabila Siti diberitahu oleh Aimil bahawa Shah sudah berhenti kerja dan telah berkerja ditempat lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience