Bab 2

Romance Completed 6518

Hari yang ditunggu telah tiba,Siti dan keluarga pergi ke rumah Shah untuk berbincang dengan keluarganya tentang pertunangan yang akan dilangsungkan nanti.Siti berasa gementar seperti selalu apabila bertemu dengan orang yang dia belum selesa.Selesai makan,mereka berkumpul untuk berbincang.Perbualan dimulai terlebih dahulu oleh ayah Shah pakcik Jufri
“Assalamualaikum,terima kasih kepada Siti dan keluarga kerana sudi datang ke rumah kami,kami minta maaf kalau kami telah menyusahkan Siti dan keluarga"
“Waalaikumsalam eh tidak menyusahkan kami pun,malahan kami berbesar hati datang ke rumah awak ni,terima kasih lah sebab dah jemput kami ni"
“Yelah sama-sama,jadi saya teruskan ya?"
“Teruskan"
“Jadi macam ni lah,saya cadangkan pertunangan Shah dan Siti dilangsungkan dua bulan dari sekarang,itu pun kalau awak semua setuju"
“Kami semua ikut saja apa keputusan yang dibuat oleh pihak awak semua"
“Kita buat secara kecil-kecilan sahaja,sarung cincin dan makan dirumah kami macam hari-hari biasa"
“Alhamdulillah,bertunang ni tak payah dihebohkan dulu,ye dok?hahaha"
“Haah,nanti dah kahwin baru lah hebohkan dekat orang,bukan apa dugaan bertunang ni besarkan?hahaha"
“Betul tu,jadi mereka bertunang berapa lama agaknya?"
“Saya kira macam ni lah,mereka ni biarkan bertunang setahun je,sebab benda elok jangan dilambatkan jadi selepas setahun mereka bertunang kita bincang perkahwinan mereka pulak,setuju ke pihak perempuan?"
“Kami ni ikut je,hahaha"
“ Alhamdulillah,syukur"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience