next..

Romance Completed 6518

Siti mengambil udara di luar rumah pagi ini.Udara yang amat segar dirasai membuatkan dirinya tenang.Disini lah Siti berada selama ini.Jauh dari orang yang menyakitkan hati.Bandaraya Kuching mempunyai banyak tarikan yang tersendiri.Sepupu Siti tinggal disini mengikut suaminya,dirumah merekalah Siti tinggal selepas dia keluar meninggalkan rumah seminggu yang lalu.
“Weyh kau termenung apa tu?" suara Amira memecahkan lamunan Siti
“Mana ada aku termenung,aku tengok tu ha budak kecil yang berjalan sebelah mak dia tu,comel" balas Siti sambil matanya tidak beralih melihat budak kecil itu.
“Kau tak rindu ke dekat keluarga kau,mesti mereka risau dengan kau sekarang" tanya Amira lagi
“Rindu memanglah rindu,tapi aku nak tenangkan fikiran aku dulu" kata Siti lagi lalu memalingkan mukanya ke arah Amira
“Aku bukan nak halau kau,malah aku suka kau tinggal sini teman aku tapi kau kena ingat yang kau sekarang ni adalah isteri orang.Berdosa kau keluar rumah tanpa izin suami" pujuk Amira
“Aku faham maksud kau tu,aku dah bercadang nak balik esok" sambil tersenyum Siti memberitahu Amira
“Yelah,bagus lah kalau macam tu.Kalau masalah kau dah selesai,kau datanglah sini lagi.Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk kau" kata Amira lalu memeluk Siti

Ya,kerinduan yang teramat terhadap keluarga membuatkan Siti mengambil keputusan begitu.Dia sudah nekad,walau apa sahaja rintangan dan dugaan yang mendatang,dia akan menghadapinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience