next..

Romance Completed 6518

Jam menunjukkan pukul tiga petang,Nur dan Aimil bersama keluarga datang ke rumah termasuk juga Shah yang berada dibelakang sekali.Mereka datang beramai-ramai ada sebabnya ingin menjemput Siti dan keluarga mertuanya datang ke majlis perkahwinan Nur dan Aimil yang akan berlangsung beberapa bulan lagi.
“Kami harap sangat lah keluarga Amirul pergi masa majlis tu nanti,bukan apa ni ha Nur nak sangat Siti tu datang masa majlis dia nanti"
“ Insyallah kalau tiada apa-apa halangan,kami pergi"
“Eh jemputlah minum,kejap lagi kita makan sama-sama"
“Haa yelah"

Tanpa mereka sedari,ada dua insan saling saling merindui antara satu sama lain sedang bertatapan mata.
“Ehem,perhatikan apa tu" Amirul yang tiba-tiba datang memecahkan lamunan diantara dua insan yang sedang melepaskan rindu,namun tiada jawapan dari mereka.Hanya senyuman yang diberikan,walaupun begitu Amirul tahu apa yang sedang berlaku kerana dia telah memerhatikan dua insan itu dari awal lagi.Dia merasa bersalah kerana dia dua insan ini menderita.Dua insan ini seharusnya telah pun melangsungkan perkahwinan namun kerana dirinya,semua yang mereka harapkan tinggal harapan.

“Kau kerja mana sekarang Shah" tanya Amirul
“Aku kerja dekat Miri jadi jarang balik kat sini"
“Oh,seronok kerja tempat orang?Kenapa kau taknak kerja tempat lama kau dulu?"
“Malas lah,banyak sangat kenangan dekat sana sampai aku pun dah tak sanggup nak krja balik dekat sana"
“Kenangan dengan rakan sekerja ke dengan bekas tunang"
Perkataan tunang itu ditekan sedikit untuk melihat reaksi Shah,namun Shah tidak cepat melatah.
“Kenangan dengan sepupu aku,rakan sekerja semua.Kerja jauh tak apa,asalkan aku ingat dekat mana tempat sebenar aku tinggal"

Mendengar kata-kata itu Amirul terdiam seketika dan memikirkan ada kelebihannya Shah kerja jauh sebab dia akan rasa selamat bahawa isteri dia tidak berhubung dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience