Ending..

Romance Completed 6518

Dua bulan berlalu,pertunangan Amirul dan Izzah manakala Aira dan Rahman juga telah berlangsung minggu lepas.

Baru sahaja hendak membuka pintu,Siti terus sahaja pengsan.Shah yang melihat Siti pengsan terus membawa isterinya ke klinik dan Siti disahkan hamil tiga bulan.Kali ini,Shah berjanji untuk menjaga isteri dan kandungan sebaik yang mungkin kerana tidak mahu perkara yang lama terulang kembali.

Seperti yang dijanjikan,Shah menjaga Siti dengan sebaiknya.Apabila dia kerja,dia akan meminta pertolongan Syarina untuk memantau Siti dirumah.Sesekali Siti juga bermalam dirumah Nur atas permintaan Nur dan Aimil.

Semakin berganti hari,semakin besar juga lah kandungan Siti yang kini sudah mencecah sembilan bulan tiga hari.Dia merasa sudah tidak larat untuk pergi ke mana-mana lagi.

Baru sahaja ingin duduk disebelah suaminya,tiba-tiba Siti merasakan perutnya amat sakit.Masa untuk dia melahirkan telah tiba.Semua yang ada disitu juga kelam kabut dibuatnya.Siti terus dihantar ke hospital kerana air ketubannya sudah pecah.

Dengan tidak terduga,doktor memberitahu berita sedih dan gembira dalam satu masa.Berita gembiranya ialah Shah mendapat anak lelaki,dan berita sedih ialah Siti mengalami pertumpahan darah yang banyak.Siti terpaksa dirawat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience