Bab 8

Romance Completed 6518

Ramai orang menghadiri majlis perkahwinan Nur dan Aimil,tidak terkecuali juga Siti dan keluarga mertuanya.Bagai pinang dibelah dua,itulah perumpamaan bagi pasangan pengantin Nur dan Aimil kerana sama cantik sama padan.Pasangan pengantin mengenakan baju bertemakan merah jambu atas permintaan Nur selaku peminat tegar warna merah jambu.
Siti dan keluarga mertuanya makan dimeja yang telah dikhaskan untuk mereka.Siti dan Amirul mengenakan baju biru muda sedondon manakala ahli keluarga Amirul mengenakan baju berwarna hijau.Pelbagai lauk dihidangkan.Maka tamatlah zaman bujang Nur,dan secara rasminya telah menjadi isteri Aimil yang sah.Semua berjalan seperti yang dirancangkan.

Sedang leka mengambil gambar bersama pengantin,tiba-tiba datang Shah dengan seorang wanita cantik,berkulit putih dan tinggi.Apabila melihat Shah dan seorang wanita berjalan bersama sambil bergelak ketawa,hati Siti menjadi sakit lalu dia pergi mencari suaminya untuk mengajak pulang ke rumah dengan segera kerana tidak sanggup melihat adegan yang lebih menyakitkan hati.

Amirul yang seakan mengetahui apa yang Siti telah lihat,dia segera mendapatkan Siti.Mereka meminta diri terlebih dahulu daripada keluarga Aimil,lalu menuju ke kereta dan pulang.Dalam diam ternyata wanita yang bersama Shah sewaktu majlis perkahwinan tadi berlangsung adalah sepupu kepada Amirul yang telah diupah oleh Amirul untuk membuat Siti cemburu lantas membenci Shah.Amirul tersenyum melihat Siti cemburu dan marah terhadap Shah kerana itulah yang dia inginkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience